Monday, May 11, 2009

Roll Kipas

Roll_kipas2

Bahan-bahan ( 10 biji roll )

BAHAN-BAHAN A:

  • 15 biji Kuning Telur
  • 6 biji Putih Telur
  • 250g Gula halus
  • 200g Tepung Hong Kong / superfine
  • 1 camca Ovalette
  • 50g Tepung Jagung
BAHAN-BAHAN B:
  • 450g Mentega
  • 4 camca Susu pekat manis
  • 1 tin kecil Seri kaya
BAHAN-BAHAN C:
  • Pewarna Merah, Hijau, Kuning
BAHAN-BAHAN KULIT:
  • 10 biji Kuning telur
  • 4 biji Putih telur
  • 150g Tepung Hong Kong
  • 150g Gula Kastor
  • 20g Tepung Aiskrim
  • 1 camca Ovalette
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 50ml Air ais
  • 125ml Mentega cair
  • 1 botol jem strawberi

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
  2. Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
  3. Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
  4. Myresipi-cutter

    Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.





Sunday, May 10, 2009

Header Baru

Salam. Saya tak pasti sama ada kotak Recent Comments dan kotak Recent Posts itu berfungsi atau tidak, tapi tunggu dan lihat sahajalah dahulu. Kalau tidak berfungsi, bolehlah ditukar kepada yang lagi satu. Eheh. Semoga semakin menaikkan semangat untuk mencuba sendiri resepi Kek Lapis Sarawak.




Saturday, May 09, 2009

Tips Untuk Membuat Kek Lapis

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan kreativiti masing-masing. Tidak dinafikan pelbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada di pasaran. Akan tetapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Di sini ada sedikit tips untuk membuat Kek Lapis.

  • Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.
  • Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.
  • Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.
  • Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain, ini membuat kek lembab. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.
  • Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.
  • Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.
  • Gunakan daya imaginasi dan kreativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insya’ALLAH kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.
  • Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.