Thursday, October 14, 2010

Kek Lapis?

Kek Lapis Titian Muhibbah yang dah diubahsuai
Raya lepas, saya menerima tempahan kek lapis daripada sahabat-sahabat. Ada tiga jenis kek yang saya siapkan untuk mereka, iaitu Kek Lapis Asmaradana, Kek Lapis Idola dan Kek Lapis Titian Muhibbah. Gambar kat atas ni sebenarnya Kek Lapis Titian Muhibbah yang saya dah ubahsuai susun atur intinya. Hehehe. Apa-apapun, kek ni memang sedap! Resepinya kat rumah la pulak. Lainkali saya uploadkan, insya'ALLAH.

Erm...untuk Syawal akan datang, mak da bagi planning. Hehe. Mungkin saya akan buka untuk tempahan kek lapis sarawak. ;) Jadi kena balik rumah lebih awal untuk cuti beraya. Harapnya masa tu tak sibuk sangat dengan master. :) Doakan ya...




Monday, August 23, 2010

Admin: Terima kasih.

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini, terkejut juga saya bila menjenguknya malam ini. Tidak sangka pula begitu memberangsangkan sambutan untuk blog ini. Malam ini sahaja ada 132 pengunjung blog pada statistik. Alhamdulillah, ramai yang nak belajar buat kek lapis. :)

Banyak juga yang menghubungi saya melalui e-mail dan bertanya soalan di chatbox. Saya jawab sekadar yang Allah bagi saya ilmu mengenainya. Banyak lagi yang meminta resepi kek roll dan juga bertanya mengenai penggunaan ketuhar. Insya'Allah jika ada kesempatan akan saya kemaskini blog ini dengan resepi-resepi baru serta tips-tips yang lain.

Sekarang ini agak sibuk dengan kerja penyelidikan dan saya bakal menyambung pelajaran di peringkat sarjana tidak lama lagi. Mohon doa pengunjung-pengunjung blog sekalian agar dipermudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat yang lain. :)

Terima kasih atas kunjungan anda. Insya'Allah raya ini, akan saya masukkan resepi-resepi baru. ;)




Friday, January 01, 2010

Kek Lapis Coklat Warna

Maaf, gambar kek lapis yang ini belum ada, terlupa pula untuk mengambil gambarnya yang telah siap. Tapi, seriously kek lapis ini memang sedap. Rugi kalau tidak mencuba. Pastikan menggunakan Coklat M&M, kalau tiada, gunakan cip coklat cahaja. Walaupun dalam resepi ada dinyatakan almond, sebelum ini saya tidak pernah menggunakan almond. Anda boleh sahaja mencuba untuk meletakkan almond seperti di dalam resepi.

Bahan-bahan:

8 biji telur (disejukkan)
200 g @ 1 ½ gelas tepung Hong Kong
200 g @ 1 gelas gula halus
1 sudu makan ovellate
16 oz mentega
4 sudu makan susu manis
Sedikit vanilla
3 bungkus coklat M&M (asing ikut warna)
Almond secukupnya (dibakar sekejap dan dicincang)

Cara membuatnya:

Mentega, susu dan vanilla dipukul hingga putih. Telur, gula, tepung dan ovellate dipukul hingga pekat dan putih. Gaul kedua-dua adunan tadi hingga rata, kemudian dibahagi kepada lima bahagian. Warnakan oren, coklat, merah, hijau dan kuning.

Cara melapis:

Mulakan dengan lapisan warna oren (guna senduk nasi) dan susun coklat yang berwarna oren dan tabor almond cincang dan bakar menggunakan api grill dengan kepanasan 180-200 darjah. Sesudah masak lapis lagi warna seterusnya dengan cara yang sama.




Kek Lapis Evergreen

Gambar dari: :Kek Sarawak:

Bahan-bahannya:

24 biji kuning telur
4 biji putih telur
16 oz mentega
10 oz gula halus
8 oz tepung Hong Kong
2 sudu the perasa pandan
1 sudu makan ovellate
1 ½ paket santan tepung
4 sudu makan susu pekat
1 ½ sudu makan warna hijau

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dengan susu, santan, hingga kembang. Ketepikannya terlebih dahulu.

2. Pukul telur, gula, ovellate, tepung sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan mentega tadi dan dipukul rata. (Jangan pakai mesin lagi). Kemudian masukkan perasa pandan dan warna hijau.

3. Bakar 2 senduk dahulu, pakai api bawah dan atas (150-10 minit). Lapis kedua api atas sahaja, 2 senduk lagi sampai habis. Pada lapisan terakhir, barulah pakai api atas dan bawah.





Kek Lapis Tupperware

Gambar daripada: :Kek Sarawak:

Bahan-bahan:

20 biji kuning telur
6 biji putih telur
4 sudu makan sudu manis
1 bungkus tepung ais krim (Vanilla)
250 g tepung Hong Kong
250 g gula halus
450 g mentega
1 sudu makan ovellate

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, ovellate, gula, tepung ais krim hingga pekat.

2. Mentega dan susu dipukul hingga putih.

3. Masukkan ke dalam adunan telur, gaul rata.

4. Bahagikan kepada 4 bahagian (ungu, kuning, merah, hijau)

Setiap 1 bahagian dibakar 2 lapis.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.