Saturday, December 31, 2011

Spaghetti dalam Sup Sosej


Alhamdulillah.

Pagi tadi masak ni untuk sarapan. Walaupun macam tak berapa sihat sangat, tapi kena bangun juga untuk memasak. Sebab kena makan untuk makan ubat. Salah satu ubat lak kena makan sejam sebelum makan. Jadi da nak dekat sejam tu, baru terfikir nak masak ape. Jadi, drag jugak la masa makan sejam lepas telan ubat tu. Huhuhu. Pagi tadi pun tak bangun jam 4 pagi untuk telan ubat. Da tak tentu masa jadinya. Tak pe lah, saya cuba untuk betulkan balik. Malam tadi makan bubur je, sorang kakak senior belikan. Terima kasih kat dia... 

So, bila bangun pagi ni, rasa lapar lak. Buat la benda yang da biasa buat ni. Meh tengok resepi yang ni.

Bahan-bahan:

3 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
1 biji kentang (dipotong kecil)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 cm halia (dihiris)
4 tangkai cili padi (dititik)
sedikit sayur kobis (dipotong kecil)
1 sudu perencah sup (dibancuh dengan sedikit air)
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh sos tomato (kalau nak) 
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk memasak
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
spaghetti secukupnya (direbus macam kat SINI)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Bila naik bau, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi. Goreng lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej. Goreng sekejap, kemudian masukkan perencah sup dan air. Masukkan juga kentang. Kecilkan api, reneh sup selama 20 minit atau hingga kentang empuk.
  3. Masukkan sayur kobis, garam dan gula secukupnya. Kemudian, campurkan sedikit serbuk lada hitam dan sos tomato. Reneh lagi selama 5-10 minit.
  4. Rasa, kalau ok boleh tutup api.
  5. Tuang sup ke atas spaghetti untuk hidangan.




Friday, December 30, 2011

Kek Lapis Tentang Dhia


Cerita Tentang Dhia da habis ye? Disebabkan semua duk cakap pasal cerita tu semalam, masa tengah nak derhaka resepi kek lapis ni, terdetik lak nak letak nama Tentang Dhia pada kek lapis. Dengan sokongan ramai (cehhh, kira Like kat FB, sudah la kan), maka operasi melapis dimulakan malam tadi. Sebenarnya kek ni housemate yang tempah, dia nak bawak balik kampung untuk mak dia. Tanya jugak dia, mak makan masam tak? Dia kata makan je, then dia ada gitau jugak, mak dia tak mo kaler-kaler sangat, so saya pilih kaler yang simple tapi still menaikkan selera. Bukan kaler darah kambing ye Mek Rebitttt! Jampi-jampi bagai takde gak, baca selawat kasih sayang jeee. Erk! Panjang pulak bebel. Meh kita semak resepi ye~

Bahan-Bahan:

10 biji telur gred A
130 gram gula kastor
500 gram mentega
1 sudu besar ovalette
300 gram susu pekat manis
50 gram jem raspberry
270 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
1 sudu teh perisa vanilla
1 sudu besar air sejuk
pewarna oren dan kuning
chip coklat secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.
  2. Kemudian, masukkan susu manis, vanilla dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah sekadar untuk meratakan bahannya.
  3. Sesudah itu, masukkan tepung Hong Kong dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan yang rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Masukkan air sejuk dan kacau rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna oren dan kuning.
  5. Alaskan loyang 8" x 8" dengan baking paper dan sapukan mentega pada dasar dan keliling loyang.
  6. Ambil 2 senduk penuh adunan oren dan bakar dalam suhu kira-kira 175-200 darjah Celsius (dengan api atas dan bawah). Bila sudah masak, ambil pula 2 senduk penuh adunan kuning, taburkan chip coklat pada lapisan kuning dan bakar lagi macam lapisan oren tadi (dengan api atas sahaja).
  7. Buat berlapis-lapis hingga habis.


Kek ni sangat lembut dan sedap. Selamat mencuba~ :)




Thursday, December 22, 2011

Sedap Sup... Berbaloi-baloi~~~


Alhamdulillah.

Tengahari tadi gi makan kat luar. Kali kedua gi restoran ni. Semalam kali pertama. Sedap Sup. Tu nama restorannya. Bangunan kaler merah gelap nak dekat maroon kat Taman Universiti, Skudai. Letaknya kat deretan kedai bertentangan dengan restoran Pak Ali, restoran yang agak besar jugak lah, dekat-dekat dengan Bank Rakyat Taman Universiti.


Restoran ni baru je lagi, ganti restoran Sup Utagha dulu. Masih dengan tema sup, kali ni owner dia bawak tema sup pantai timur katanya. So, supnya jernih sikit. Tu saya pasang telinga la masa dia gitau customer meja sebelah. Hehehe. Kat sini ada macam-macam sebenarnya. Bukan sekadar sup saje. Semalam saya datang sini makan nasi campur, ambil tiga lauk dengan air sekali RM 5.50. Kawan saya kena RM 5.00.


Hari ni saya nak try nasi ayam dia pulak. Tu nasi ayam dia, macam dalam gambar. Sedap sup dia. Harga RM 4.00. Sekali dengan air limau suam sebab saya sakit tekak yang teramat sangat, maka kena RM 5.00. Kawan saya order sup daging macam dalam gambar kat atassss sekaliiii. Sekali dengan nasi putih, sayur sikit dengan sambal belacan RM 5.50.

Murah kannnnnnnnnn??? Harga ni kira ok lah bagi saya untuk sebuah restoran yang agak besar dan suasana dia yang bersih dan kemas. So, ape lagi~ Kalau berminat nak try, boleh la gi restoran Sedap Sup~~~


Kitorang selalu pilih tempat duduk yang dekat dengan poster kat atas ni. :p




Tuesday, December 20, 2011

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak


Ini saya dapat dari Facebook. Ramai yang share, maka saya share sekali kat sini untuk makluman semua.




Wednesday, December 07, 2011

Puff Sosej Berkeju


Ni minum petang punya entri sebenarnya. Tapi lepas maghrib baru keluar. Petang tadi belek-belek blog Pak Cik Mat, nak try test dia punya Search Box tu, tapi mata ni ternampak pulak label Pastri dan teringat-ingat beberapa keping pastri yang tak digunakan lagi dalam peti ais. So, teringin la nak buat sesuatu dengan benda tu. Belek punya belek ternampak Pak Cik Mat punya Sardine Puff. So saya tanya dia, boleh tukar ke sosej tak inti tu. Pak Cik Mat kata boleh. Maka, saya pun mulakan operasi. Hehehe... Meh tengok resepi dia ye~ Kalo nak tengok cara-cara melipat pastri tu leh jenguk blog Pak Cik Mat kat SANA~

BAHAN INTI :

2 batang sosej
1/2 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
serbuk oregano
serbuk lada hitam

BAHAN LAIN :

4 keping puff pastry "KAWAN" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)

CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan sosej. Kacau rata. Akhir sekali masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan-tekan sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.
  3. UNTUK PUFF SOSEJ :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sosej hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan (saya punya tak keemasan punnn...hahaha). Alih kan puff sosej tadi atas jaringan.




Sunday, December 04, 2011

Sambal Udang dan Sayur Campur... Lagi Sedap Kalau Orang Lain Masak!


Alhamdulillah. Murah rezeki hari ni. Ada kawan housemate yang bermurah hati nak datang ke rumah dan memasak untuk kami. ^_^ Al-kisahnya dia baru lepas beli udang di pasar, teringin nak memasak. Dia duk dalam kampus, so takde perkakas memasak tu semua. Jadi dia datang la rumah kami nak guna benda-benda tu. Dia masak sambal udang. Sedapppp~ Saya yang alergik sikit dengan udang ni pun telan beberapa ekor. Erk! Insya'Allah ok je lagi ni. Takde keluar benda-benda pelik tu lagi. Hahaha~


Then housemate saya masakkan sayur campur kat atas ni. Tahniah lah untuk dia kerana berjaya memasak dengan enaknya. Ekekeke... Bagus betul mereka-mereka ni. Sungguh sedapppp sekali makan benda yang orang lain masak dengan penuh kasih sayang~ Ehehehe...

Hari ni saya releksss saje~ Resepi? Tak dekkkk! Lalala~




Saturday, December 03, 2011

Chocolate Banana Puff


Lawa tak, lawa tak? Menggodaaaaaaaaaaaa's tak? Hahaha~ Adehhh...ntah pape kan. Pssst, resepi ni saya cilok dari Pak Cik Mat Gebu. Semalam housemate bawak balik pisang, tapi saya tak tau la pisang apa namanya *tak kenal pisang, teruknya!* Terus nak buat banana puff yang Pak Cik Mat pernah tunjuk kat blog dia. Jom la kita tengok resepi eks~ Saya oter sikit dari yang asal tu. Kalau nak tengok detail cara melipat puff pastry tu boleh ke blog Pak Cik Mat ye~

BAHAN-BAHANNYA:

6 keping puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
Hirisan pisang secukupnya, anggaran 2 biji, hiris nipis
2 camca teh gula perang @ soft brown sugar'
Kuning telur, untuk disapu
Coklat masakan (dicairkan guna kaedah double boiler)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  1. Ambil 1 keping puff pastry, buat satu garisan antara bucu pada puff pastry tadi. Kemudian kelar seperti dalam gambar kiri. Kemudian terbalikkan puff tadi dan susun pisang pada bahagian yang tidak berkelar, anggaran 6 keping hirisan pisang.
  2. Tabur 1/2 camca teh gula perang. Kemudian lipat, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu seperti dalam gambar. Susun dalam loyang pembakar, buat kaedah sama untuk baki bahan-bahan.
  3. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven kamu ada kipas, boleh on kan masa membakar puff pastry. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihias dengan coklat cair. Selamat mencuba..

#NP - Kemaafan Dendam Yang Terindah...



Friday, December 02, 2011

Menu Ringkas di Pagi Jumaat


Pagi ni sorang je kat rumah. Tak ke lab. Buat kerja kat rumah aje. Bila sorang, mulalah buat benda-benda yang pelik. Tapi tak pelik sangat pun. Da biasa makan kat Marrybrown kan??? Hahaha~ Pagi ni sarapan selera Western pulak. Ringkas aje. Nak resepi jugak ke? Alahai... Ye lah...

Saiz: 1 orang

Bahan-bahan:

2 keping roti (bahagi kepada dua setiap satu, potong bentuk segitiga)
1 batang sosej ayam Ayamas (potong dua)
Baked beans dalam sos tomato secukupnya
Sos kegemaran

Cara-cara membuatnya:

  1. Roti dibakar ikut tahap kekuningan yang kamu nak.
  2. Sosej digoreng sampai masak
  3. Baked beans dituang ke dalam pinggan.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Hahaha! Macam tu aje! Makan la ikut suka! Walopun ringkas, tapi insya'Allah ada banyak kandungan tenaga kat dalam tu. :)




Monday, November 28, 2011

Kek Lapis Mocha Pandan Untuk Kak LM


Alhamdulillah. Kek lapis ni sebenarnya tempahan oleh blogger kak Lydia Miza. Dia tempah untuk pos kepada bondanya. Saya beli bahan-bahan kek ni hari Sabtu lepas, dan mula membakar siang tadi. Resepi ni saya amek dari blogger chef Dayang Jack, tapi saya ubah guna loyang 7" X 7". Meh kita semak resepi dia ye.

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Cara-cara menyimpan kek: Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yang bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.




Saturday, November 19, 2011

Sarapan Kaya-Raya... Pastri Pokok Duit


Pagi ni perut lapar meminta-minta makanan. Da lama tak berasap dapur tu sejak bizi beberapa hari lepas. Sambil-sambil baring main dengan Cici, fikir-fikir la ape nak masak. Dengan benda-benda yang ada kat dapur tu, ape yang boleh dibuat ek? Ade pastry, ade sosej...ermmmm...bukak la blog Pak Cik Mat. Cari benda paling simple sekali. Ha! Jumpaaa...kaya la kalo buat benda tu~ Sebab nama pun Pastri Pokok Duit. Ada banyak duit yang akan terhasil. Hahaha~ Boleh rujuk SINI kalo nak tau secara detail cara-cara nak buatnye. Meh semak resepi.

BAHAN-BAHANNYA:

4 batang sosej
4 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sos untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA:

  1. Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah-tengah puff pastry dan lipat dua, kemaskan hujung puff pastry.
  2. Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar di SINI.
  3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam dan serbuk oregano. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.

Sedap, mudah dan comel sekali~




Wednesday, November 09, 2011

Laksa Kelantan dan Kek Coklat Solo Molo


Sempena raya haji hari tu, sempat jugak berziarah ke rumah kawan usu kat Putrajaya. Kawan usu tu orang Terengganu, isterinya pulak orang Kelantan. First time makan laksa Kelantan. Dan biasalah, kat Semenanjung ni laksa dia guna isi ikan. Lain dengan laksa Sarawak yang guna air rebusan ayam dan udang. Saya dapat kongsikan gambar dia aje la ye, resepi dia lupa pulak nak mintak hari tu. Hehehe...


Lepas tu, dapat pulak Kek Coklat dari sorang rakan blogger ni. Blogger Solo Molo, penjual kek coklat dan cupcakes~ Ehehe... Kek coklat dia ni sangat gebu dan lembut. Berbeza dengan kek coklat moist yang saya buat sebelum-sebelum ni, blogger Solo Molo guna soda bikarbonat dalam kek dia, so kek jadi lebih mengembang, berongga dan gebu. Kalau macam yang saya buat tu, kek dia padat. Haa...tu beza dia, ok? Nak tau resepi Kek Coklat blogger Solo Molo ni? Cer tanya dia eks... Nak buat tempahan pun boleh juga. :)

P/S: Dia pernah bagi resepi dulu, tapi dalam inbox FB. Lembab pulak internet ni. Asyik loading aje inbox tu dari tadi. Huhuhu.




Thursday, November 03, 2011

Jom Sarapan... Sandwich Telur Aje...


Ni kira rajin ke malas? Pagi-pagi perut rasa lapar sebab semalam tak makan. Tak larat dan penat. Balik-balik je terus tido. So pagi ni kena makan sebab berat badan semakin menurun dengan bahayanya. Eh, betul ke ayat penguat ni? Tak kisah lah. Yang ni simple aje, kalo saya tak letak resepi pun takpe kan? Err.. Ok ok... Saya guna bahan-bahan macam kat bawah aje.

Bahan-bahan:

2 keping roti
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
mayonis
sos cili

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapukan mayonis kat sebelah roti, letak telur goreng hancur kat atas sapuan mayonis tu.
  2. Sapukan sos cili pada sebelah roti yang lain. Then lengkapkan sandwich.
  3. Kalo ade salad atau timun atau tomato, mesti lagi best kan?




Sunday, October 30, 2011

Nak Rebus Pasta... Macam Mana???

Saya terfikir nak buat entri ni sebab selama ni saya asyik linkkan ke entri blog yang lagi satu tu. English pulak kan. So, kat sini saya nak explain macam mana caranya merebus pasta dengan betul supaya senang untuk kamu-kamu rujuk nanti. Meh kita tengok camne ye~


Bagi mengelakkan pasta kamu daripada melekat sesama diorang, pasta perlukan ruang yang cukup semasa proses merebus. Gunakan periuk yang dalam dan air yang betul-betul cukup.


Tambah garam ke dalam air yang digunakan untuk merebus pasta, bukan untuk menurunkan takat didih air tu, tapi lebih kepada untuk menambahkan rasa pada pasta kamu. Kalo tak tambah garam dalam air, nanti pasta kamu akan rasa tawar tak kiralahhhh banyak mana kamu tambah garam dalam sos pasta kamu!


Didihkan air atas api sepenuhnya. Pasta akan menurunkan suhu air sebaik sahaja selepas kamu masukkan ia ke dalam periuk, jadi pastikan air telah mendidih sepenuhnya baru masukkan pasta.


Bila da masukkan dalam air, kacau pasta jenis pendek perlahan-lahan. Untuk yang jenis panjang macam spaghetti, fettuccine, dengan angel hair, biarkan ia dalam seminit dua untuk melembutkan diri sebelum dikacau. JANGAN patahkan pasta!


Jangan campur dua pasta yang tak sama saiz dalam satu periuk. Sebab apa?? Sebab diorang kan ade tempoh masak yang berbeza. Ikut tempoh merebus pasta pada bungkusan pasta kamu tu~ Selalunya memang ada kat situ.


Kalo nak tau pasta kamu da masak ke tak, jangan tengok dan belek-belek aje. Cedok pasta, amek 'sehelai', dan gigit guna gigi kamu. Baru tau boleh dimakan ke tak. Kalo rasa dia cam senak semacam aje, maksudnya tak masak lagi la tu.


Menambah minyak ke dalam air tu tak berapa perlu sebenarnya, sebab kamu hanya akan membazirkan minyak tu bila menapis pasta nanti. So, kalo nak elakkan pasta melekat bila da ditos, guna je air paip tu sikit (kira cuci sikit dengan air paip) dan goncang dalam penapis tu sekejap.


So, bila pasta kamu da ready, bolehlah tuangkan sos yang kamu da siapkan atau buat ape-ape aje dengan pasta tu. Goreng olio pun ok jugak~

Semoga boleh membantu~ Kalau ade yang nak tambah, silakan ye~ :)


P/S: Gambar semua dari google.




Thursday, October 27, 2011

Kek Walnut Coklat... Terima Kasih Kak Lydia Miza


Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak buat kek yang guna kacang walnut ni. Kacang ni saya dapat dari seorang sahabat blogger. Kak Lydia Miza hadiahkan sebungkus kacang walnut Qatar, dipos khas dari Segamat sebelum dia kembali ke Doha. Terima kasih kakak comot! Saya cuba cari resepi yang ada gunakan walnut. Ada juga muffin pecan yang boleh kita tukar pecan tu kepada walnut, tapi tu lenkali saya buat ye. Kek Walnut Coklat yang ni saya ambil resepinya dari MCIK PTD LTD. Menjadi juga, alhamdulillah. Hasilnya nice~~~ lembut-lembut gitu~ Jom kita semak resepi ye~

Bahan-bahannya:

175 gm mentega
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus
75gm walnut
50gm coklat masakan
5 biji telur ayam
1 sudu air sejuk
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil serbuk penaik

Sebelum masuk ke dalam oven

Cara menyediakannya:

  1. Walnut di bakar hingga kuning. Kemudian parut coklat masakan.
  2. Masukkan telur, air sejuk, ovalette dan gula halus ke dalam mangkuk adunan, pukul hingga kembang. Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum, pukul lagi hingga naik gebu.
  3. Pukul mentega di tempat lain hingga putih. Campurkan adunan ini ke dalam adunan di nombor 2 tadi dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan parutan coklat dan digaul lagi.
  4. Lenserkan loyang berukuran 20cm atau 8 inci. Alaskan kertas tahan minyak. Tuangkan adunan dan taburkan walnut.
  5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190C selama 40 minit.

Meh tengok dalam kek ni macam mana...


Eh sejak bila pulak saya amek gambar jejari's macam Mat Gebu ni? :p




Moist Chocolate Cake with White Chocolate Ganache... Sempena Deepavali?


Hahaha~ Bila Pak Cik Mat sebut semalam dalam jam hampir 4 pagi tu, terdetik jugak kat hati saya - ha'ah lah...macam beras warna-warni untuk sambut Deepavali tu. Hahaha~ Ye lahhhhh...ape pun boleh~ Ni sama je ngan kek coklat moist yang lepas tu. Cuma ganache dia saya guna white chocolate. Sebab kat JJ da takde dark chocolate masa beli tu. Meh tengok ye resepi dia~

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
100 gram white chocolate
serbuk manik urai berwarna-warni

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Lenser tin segiempat sama berukuran 7 X 7 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan white chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Masukkan pwhite chocolate yang telah dipatah-patahkan dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler dengan api perlahan, bila semua larut, matikan api. Biarkan suam dan boleh sapu atas kek coklat tadi dan taburkan manik urai berwarna-warni.

Rasanya sangat sedap......... T_______T




Sunday, October 23, 2011

Spicy Lemon Spaghetti


Perut lapar, jadi masuk dapur tengok ape yang ade. Alhamdulillah, sisa-sisa bahan ade je kat dapur, cuma kena rajin sikit aje nak masak sebab duk sorang beberapa hari ni. Bila duk sorang aje, al-maklumlah...mesti jadi malas nak masak macam-macam. Ni pun tiba-tiba hari ni terrrrajin pulak dan tak ke mana-mana. Buat kerja-kerja rumah aje. Tuan rumah dengan isteri dia pun tiba-tiba datang pagi tadi, alhamdulillah ceq ade kat rumah, boleh la dia masuk tengok-tengok keadaan rumah. Kalo tak, mesti dia takleh masuk sebab dia takde kunci. Hurmmm...jomlah tengok resepi ni ye~

Bahan-bahan:

Spaghetti (sediakan macam kat SINI)
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 tangkai cili padi (dititik)
sedikit sayur kobis (dipotong kecil)
1/2 biji lemon (perah airnya)
1/2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar sos cili*
1/2 sudu besar kicap*
sedikit air* (bahan * dibancuh bersama)
sedikit garam
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mentega

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila da cair, masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng lagi sampai ayam masak baru tuangkan bancuhan kari, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata-rata dan masukkan juga garam secukup rasa.
  3. Masukkan spaghetti yang dah ditoskan dan gaul lagi biar bercampur rata. Tambah sayur kobis dan perahan lemon.
  4. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kemudian gaul lagi. Dah ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Rasa lemon meresap masuk ke spaghetti dan ayam. Aromanya pun cukup menarik hati. Sangat-sangat enak~ Selamat mencuba ye~ ^_^




Saturday, October 22, 2011

Donat Blueberry... Sempat Lah Pulak!


Pagi ni sempat pulak mendonat, padahal jap lagi nak keluar buat kerja sampai ke petang. Ceq tetiba nak buat donat blueberry ni bila tengok donat Pak Cik Mat kat SINI. Tapiiiiiiiiiiiiiiii (cinta bukan milik kita~~~) ceq tak guna pun resepi tu!!! Hahaha~ Ceq guna resepi donat biasa, cuma bentuk dan blueberry filling tu je yang tambah jadi lain. Meh tengok resepi eks~

BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula kastor
1 1/2 camca besar marjerin
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Gula halus untuk hiasan
Blueberry filling

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula kastor, marjerin dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan bulat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Angkat, tos, dan sejukkan.
  4. Dengan menggunakan gunting, buat sedikit lubang di tengah2 bahagian donat, saiz lubang bergantung ada saiz donat. Buat hingga siap, ayak gul aising dan sudukan sedikit blueberry filling pada lubang tadi. Boleh hidangkan..




Thursday, October 20, 2011

Ayam Masak Lemon... Bukan Masak Lemak Ye~


Mencabar betul nak memasak malam ni. Dah lah housemate nak berbuka, tengah-tengah nak tumis bahan kisar masakan ni, api dapur tiba-tiba menari sayup-sayup aje. Lama-lama tarian macam makin 'menggigil' semacam, dalam hati kata: "sah, nak habis dah ni..." Tutup api, dan try bukak balik. Terus tak kuar-kuar penari dia. Wakaka~ Dah habis rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ Cemas, cemas! Mana nak carik gas ni?? Alhamdulillah ada nombor fon orang kedai runcit depan tu. Akhirnya sampai jugak lah tong gas berisi. Siaplah jugak ayamnye tapi housemate dah pun berbuka bersama lauk sayur sahaja. Sanggup dia tunggu nak makan ayam. Hahaha~ Moh, moh kita tengok resepi eks~

Bahan-bahan:

Ayam
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 tangkai cili hijau*
3 tangkai cili kering*
sedikit parutan kulit lemon*(bahan * dikisar)
2 hirisan lemon
sedikit lobak (dipotong memanjang)
3 tangkai bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
minyak untuk memasak
sedikit gula dan garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ayam empuk.
  3. Kecikkan api dan masukkan lobak, garam dan gula secukup rasa.
  4. Bila ayam da nak masak, masukkan hirisan lemon. Masak sekejap sebelum matikan api.
  5. Boleh dihidangkan.

Ceq kata: Lemon ceq tu masuk awal sangat sebab kalut nak cepat masak, kesian housemate...




Monday, October 10, 2011

Sosej Lagi... Bukan Ala Teriyaki Sudah!


Ampun ye Pak Cik Mat sebab derhakakan resepi Pak Cik Mat sampai gitu sekali. Hahaha~ Sebenarnya sebelum ni Pak Cik Mat pernah bagi link kat SINI, Sosej Ala Teriyaki yang dia buat. Tapi disebabkan bahan-bahan kat rumah tak secukup kat Tesco rumah Pak Cik Mat, maka terjadilah penderhakaan luar biasaaaaa! Erk! Ok jom semak resepi simple ni~

Bahan-bahannya:

3 batang sosej, kerat kecik-kecik comel macam dalam gambo
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah*
1 cm halia* (bahan * ditumbuk lumat)
3 tangkai cili padi dititik
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap
1 camca besar sos tiram
Sedikit minyak
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk parsley untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk lumat bersama cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kicap, masak hingga pekat dan kering. Tambah serbuk lada hitam dan masak sekejap sahaja.
  4. Alih dalam pinggan dan hias dengan taburan serbuk parsley.




Agar-agar Santan Gula Merah... Hatimu Milikku?


Erk, kenapa ada "Hatimu Milikku?" dalam tajuk tu. Sebab bentuk hati, so letak lerr. :p Dah lama nak buat juadah yang berkaitan dengan gula merah ni. Alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nak buat. Puas menggoogle carik resepi yang menepati bahan-bahan yang ade kat rumah. Jumpa jugak satu link ni. Resepi asalnya boleh tengok kat SINI ye. Saya otter jugak sikit-sikit, memandai aje kan. Lepas tu potong lak bubuh terbalik dalam gambar tu. :p Tak kisahlah, lenkali amek cantik-cantik dari ni! Hahaha~ Jom tengok resepi yang dah diubah.

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar (saya guna serbuk adunan agar-agar yang 90 gram tu)
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan (takde, letak perisa pandan...hahaha)
1/2 camca pewarna coklat (saja nak letak, kalo taknak pun takpe, lagi nampak lapisan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam, pewarna coklat dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang ke dalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru didinginkan dalam peti sejuk




Sunday, October 09, 2011

Nasi Goreng Oregano... Aci Tak?


Amacam, boleh ke letak tajuk tu? Sebab tak tau nak letak nama apa. Hahaha. Ohhh, nampak tak ada fries bertepek kat atas nasi goreng tu? Jangan tertipu okehhh, itu bukan kentang goreng, tapi keledek goreng. Rasanya sangat sedap, ada rasa manis-manis gitu. Bukan saya yang buat, tapi beli kat Uncle Bob semalam. Tujuan dia hanya sebagai penghias aje sebab malas nak carik benda lain buat penghias. Ok lerr... Meh tengok resepi.

Bahan-bahan:

Nasi putih
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
sedikit ikan bilis*
sedikit garam*(bahan bertanda * ditumbuk sampai lumat)
1 batang sosej (dibelah 4 dan dihiris)
sedikit kobis Beijing (dipotong ikut suka)
1 sudu kicap
1 biji telur ayam
serbuk oregano
serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk memasak

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk lumat hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sampai sosej masak, masukkan kicap.
  2. Masukkan nasi dan gaul, kemudian masukkan sayur kobis. Gaul lagi sampai sayur lembut.
  3. Ketepikan nasi ke tepi kuali, masukkan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  4. Bila telur dah kering sedikit, gaulkan bersama nasi tadi.
  5. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Gaul lagi hingga nasi masak.
  6. Boleh dihidangkan panas-panas.




Thursday, October 06, 2011

Ais Kacang Special... Awiet Corner...


Ok, maaflah sebab gambar tak berapa cantik ye. Pakai kamera henset murah aje. Semalam gi mencarik ABC dengan housemates tersayang yang ketensionan dengan kerja. Mula-mula nak makan ABC kat Taman Universiti, depan Old Town tu, tapi tutup pulak. Maka, setelah bincang-bincang dengan yang lain, kami pun pergi la ke Larkin Bomba. Ehhh? Bomba pun ada Larkin ke? Hahaha... Tak lah... Nama tempat ni da memang macam ni. Kedai ni letaknya depan Balai Bomba dan Penyelamat Larkin. So, kalau gi makan, nampak la abang-abang bomba yang hensem ye. Eh, tak, tak! Abang-abang bomba tu macam da kawen je semua. Mungkin sebab tu housemate saya tak terpikat kan. Ops~ Nextttttt!

Carik kedai ni okehhh

Siap ada nombor tepon untuk tempahan

Ais jagung pun ada juga

Ais Kacang Special ni harga dia RM 4.00. Rasanya sedap la jugak, sesuai dengan harga dia tu. Ais jagung ni pulak harga dia RM 3.00. Kak Ila yang order ais jagung, tapi dia kata tak berapa sedap sangat. Err...cer try yang kedai belah-belah sana la eks kalo nak ais jagung.

Ada makan-makan sikit gak, order kedai sebelah Awiet ni je. Gerai Nurfifin. Yang sedap kat sini Chicken Chop dia tu kot no. Ada macam-macam chops yang lain gak, fish n chips, lamb chop pun ade. Chicken Chop dia harga RM 11.00. Sedap gak!!!

Nampak menu lain kat atas tu?

Chicken Chop sedap yang berasap-asap bila sampai kat meja kamu

Okeh, lenkali kita review tempat lain pulak ye~ Daa~~




Sunday, October 02, 2011

Belacan Goreng... Sentiasa Di Hati


Fuhhh! Lama da tak buat ni. Dah banyak kali nak buat, asyik terhalang dengan macam-macam dugaan. Cewah~ Ye lah, kira dugaan jugak kan bila cili tiba-tiba habis, bawang merah tiba-tiba dah takde, timun pulak tiba-tiba da layu. Tertangguh-tangguhlah sampai ke hari ni, akhirnyaaaaaaaaa...! Semua Pak Cik Mat punya pasal la ni! Dia buat saya bersemangat nak buat belacan goreng ni.

Belacan goreng ni sebenarnya salah satu makanan sampingan popular kat tempat saya di Bintulu, Sarawak. Kat sana, tentulah pakai belacan Bintulu sebagai ramuan dia, dan tentu jugaklah belacan yang mak saya buat sendiri. Hehehe. Kalau duk di perantauan ni, pakai la belacan kampung yang dijual kat kedai-kedai runcit tu ha. Belacan goreng ni sedap dimakan bersama ulam-ulaman. Kalau dalam keluarga saya, kami makan dengan hirisan timun atau mempelam. Perghhhh! Sedapppppppppppp okehhh! Kalau takde ulam-ulaman, makan dengan nasik pun boleh juga~

Meh la kita tengok resepi ye~

Bahan-bahan:

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
ikan bilis secukupnya
belacan secukupnya (biasanya hampir 1 sudu makan)
sedikit garam
1 sudu gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumbuk semua bahan-bahan tu kecuali gula dan minyak sampai lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi, goreng sampai kering baru masukkan gula.
  4. Gaul sekejap saje, then matikan api.
  5. Dah siap.

P/S: Selalunya belacan goreng kat umah kat Bintulu, kaler dia nak dekat-dekat hitam... Sebab belacan sini kaler cerahhhhhhhh so masih merah lagi~~~




Sunday, September 25, 2011

Donat Coklat?


Resepinya lebih kurang aje macam yang sebelum ni kat SINI. Cuma kali ni, ceq bubuh coklat dengan coklat rice sebagai topping. Ceq guna balik lebihan chocolate ganache dari SINI. Meh tengok jugak la resepinya kalo nak kan...

Sebelum tu, meh klik LIKE dulu kat SINI. Terima kasih~ :)

BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar marjerin
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

BAHAN COKLAT GANACHE :
100 g coklat masakkan
100 ml susu cair
1 camca teh mentega

UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan susu cair dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas donat tadi.




Thursday, September 15, 2011

Moist Chocolate Cake


Tempahan dari housemate untuk open house. Resepi asal dari Pak Cik Mat kat SINI. Terima kasih PCM...

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (ceq guna springform 8"). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Takleh potong sebab untuk dijual...



Sunday, September 04, 2011

Ayam Masak Lemak... Dengan Nenas Sarawak Pulak...


Sebelum ni da pernah buat kat SINI, tapi yang tu takde nenas. Ni alang-alang tengah ada kat Sarawak ni, maka ape lagiii... Guna lah nenas tu dalam masak lemak ayam tengahari ni. Suka tengok family makan... Bapak pun bertambah-tambah nasikkk. Ceq? Mesti la bertambah jugakkkk! Hahahaha~ So, meh la kita tengok resepi yang ni ye~

BAHAN-BAHANNYA :

Ayam
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair
1/2 biji nenas sarawak dipotong sederhana
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (ceq guna serbuk kunyit je)
7 tangkai cili padi hijau thai
7 tangkai cili padi merah thai

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan ayam, serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah asam gelugor..
  2. Masak dengan api perlahan dan masukkan nenas. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambik dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

Sedapnyeeeeeee...sampai terkenang-kenang Pak Cik Mat dengan abang Ady Budika... :p




Tuesday, August 30, 2011

Kek Lapis Dua Dalam Satu~~~


Ni pun kek lapis yang dibuat masa hari terakhir Ramadhan. Ni adik ceq buatkan. Festime dia buat yang cenggini. Walaupun agak bercerai-berai sikit, tapi cantik kaler dia...menyerlah gituuu~ Kena puji, baru dia rajin nak melapis lepas ni~~~ Lalala~ Moh le kita tengok resepi yang ni pulak ye~

Bahan inti:

12 oz mentega
8 biji telur ayam
12 oz gula halus
1 sudu makan ovallate
12 oz tepung gandum
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan vanilla. Mentega dipukul dengan gula sampai gebu. Masukkan telur yang dah dipukul tadi ke dalam adunan mentega, masukkan pula ovallate dan akhir sekali masukkan tepung, gaul rata-rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian, satu warna merah, satu lagi warna hijau. Bakar setiap bahagian hingga masak dalam acuan 8" x 8" x 1" dan potongkan 1 inci setiap satu bila da masak. Selepas dipotong 1 inci, potong pula segitiga-segitiga secara memanjang. Ada acuan khas yang digunakan untuk memotong bentuk macam ni.

Bahan lapisan atas dan bawah:

10 biji kuning telur
5 biji putih telur
8 oz mentega
5 oz tepung gandum
5 oz gula halus
5 oz tepung susu
1 sudu makan ovallate
1 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan gula hingga kembang. Mentega dan susu dipukul hingga sebati, kemudian campurkan kedua-dua adunan tadi, gaul rata-rata. Bahagikan kepada dua bahagian.

Bakar lapisan bawah berlapis-lapis hingga habis, susun inti segitiga tadi sampai habis, kemudian bakar pula lapisan atas berlapis-lapis hingga habis.

Gunakan jem untuk melekat bahagian inti pada lapisan atas dan bawah.




Kelupis... Juadah Wajib Menjelang Aidilfitri


Setiap tahun, juadah yang mesti ada kat rumah ceq, kelupis ni lahhhh... Pernah nampak tak benda ni? Pernah buat, pernah makan? Guna beras pulut yang direndam dan 'ditanak' sekejap dalam kuali bersama santan kelapa dan sedikit garam, kemudian dibungkus kat dalam daun tuuuu... (kitorang panggil ra'on tulen - bahasa Melanau Bintulu) sebelum dikukus selama beberapa jam. Kira ketupat pulut versi lain la~

Ni mak ceq yang masak, dia selalu dapat tempahan kelupis ni time raya gini. Boleh dimakan bersama rendang, kuah kacang, dan lauk-lauk raya yang lain. Rasa dia...mmmmm...lemak-lemak gitu~

Kan da kata, macam ketupat... :p

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kepada semua. Mohon maaf zahir batin atas segala salah silap. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Ameen...




Kek Lapis Tikar Mengkuang... Tak Boleh Duduk Atas Tikar Ni...


Sebenarnya da penat sangat nak up entri ni. Tapi paksa diri jugak untuk update. Takot kang kalau tangguh-tangguh lama-lama jadi malas nak update dah... T_T So, ni kek yang ceq buat hari last Ramadhan. Selalunya yang kene ada inti ni memang buat last minute...Sebabbbbb, nanti kalau rasa malas, tak payah buat. Hahaha~ Kejiiiii~ Meh la kita tengok resepi eks~

Bahan inti:

A

10 oz mentega
2 sudu makan susu pekat manis

B

12 biji kuning telur (sejukkan)
4 biji putih telur
5 oz gula halus
6 oz tepung Hong Kong
2 oz air sejuk
1 sudu makan coklat paste
1 sudu teh esen strawberry
1 sudu makan pewarna merah

Cara-cara membuatnya:

Pukul bahan B hingga pekat. Pukul bahan A berasingan hingga putih, kemudian masukkan ke dalam bahan B dan kacau hingga rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian, satu letak coklat paste, lagi satu letak esen strawberry dengan pewarna merah. Sediakan acuan nipis 8" x 8" x 1", kemudian bakar berlapis-lapis hingga habis. Bila da masak, potong 1 inci setiap satu.

Bahan lapisan atas dan bawah:

A

10 oz mentega
2 sudu makan susu pekat manis

B

12 biji kuning telur (sejukkan)
4 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
2 oz air sejuk
5 oz gula halus
1 sudu makan ovallate
1/2 sudu teh VX2*
1 sudu teh benzoat*

*ceq tak guna yang ni sebab tak tau nak carik kat mana...

Cara-cara membuatnya:

Pukul semua bahan B hingga pekat. Pukul bahan A berasingan, kemudian campur kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada dua.

Bakar bahagian bawah selapis-selapis hingga habis. Kemudian, susun inti tadi, satu menegak dan satu dibaringkan. Buatlah begitu hingga habis. Kemudian lapis lagi bahagian atas hingga habis.

Gunakan jem untuk menyusun kuih. Jem ni fungsinya macam pelekat.

Pssst, ada satu lagi kek... Tu esok eks ceq up kan entri dia...




Monday, August 29, 2011

Kek Lapis Buah... Rajin Pulak Nak Buat...


Rajin??? Mana ada rajinnn... Ni ada kawan mintak tolong buatkan. Kalau tak, mana ada rajin nak buat. Sebab family takde yang suka sangat kek buah, kecuali my bapak. Nanti kalo buat, ade tu simpan dalam peti ais sampai raya tahun depan pulak. Hahaha~ Okeh, jom tengok resepi ni ye.

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
2 gelas gula
2 sudu teh esen vanilla
1 bungkus ceri merah dipotong 4 segi
1 bungkus ceri hijau dipotong 4 segi
16 oz mentega
3 gelas tepung gandum
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
1 tin susu manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu, tepung dan vanilla, kacau hingga rata.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian - 1) Masukkan buah-buahan (digaul dengan sedikit tepung). 2) Biar warna asal.
  5. Gris loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper. Bakar selapis adunan warna asal dengan api atas dan bawah.
  6. Bila da masak, bakas pula selapis adunan buah-buahan. Ulang sampai habis.

Ceq guna 6 sudu makan, suhu 175 C.




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.