Menu

Re-Post: Ayam Masak Kunyit Berkacang


Lewatnye nak update benda ni, sebenarnya nak update tengahari tadi, tapi lepas entri last tengahari tadi bizi memanjang sampai ke malam ni. Jadi, malam ni je lah entri ni boleh keluar.

Macam dah lambat, tapi resepi bila-bila pun boleh kongsi kan? Hehehe... Nak kongsi lauk tengahari tadi.


Ayam Masak Kunyit Berkacang

Bahan-bahan:
Ayam (dipotong ikut suka)
Kentang (dipotong ikut suka)
4 biji bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia
Cili kering (ikut nak pedas mana)
2 tangkai serai
serbuk ketumbar (1 sudu besar ketumbar lagi baik)
serbuk jintan putih (1 sudu besar lagi baik)
serbuk kunyit (2 cm kunyit hidup lagi baik)
air asam jawa
santan
garam secukup rasa
4 sudu kacang kisar

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula bawang putih, bawang merah, halia, cili kering, ketumbar, jintan putih, kunyit tu kisar bagi hancur, ni akan jadi bahan tumis.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tu sekali dengan serai. Bila da naik bau, masukkan ayam.
Bila ayam da empuk, masukkan air asam jawa dengan santan, masukkan jugak kentang.
Bila kentang da nak empuk, kuah lak dah nak pekat sikit masukkan kacang kisar.
Jangan lupa masukkan garam secukupnya ya~~
Dah siap untuk dimakan~~~

Eh, macam ungkep berkacang pulak ye~ Hehe...

No comments:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats