Menu

Re-Post: Kek Batik (derhaka)


Saya derhaka! Maaf Che Mat! Saya terpaksa!

Bukan saya sengaja...

Tidak terniat di hati saya untuk melukai Che Mat!

Sungguh!

Err... Err... Sebab....

Sebab...

Sebab...susu pekat manis kat rumah saya tinggal sikit jek~~ Hahaha! Okie~ pagi tadi borak-borak ngan Che Mat kat SB pasal bingka labunye. Tiba-tiba cakap kat Che Mat nak wat Kek Batik. Che Mat pon bagilah link resepi yang dia derhakakan kat SINI. Maka, saya pon apa lagi...gi la try kan~ alang-alang memang dah beli bahan-bahannya. Kebetolan lak, biskut sama brand ngan yang Che Mat guna. :D

Cuma...saya derhakakan sikit...meh tengok ni...

Tiru kabus-kabus macam Che Mat! Hahaha~


*IKLAN*
Mereka juga join kempen~ 
Ammar Yasir & ♥ LT Gadis Senjakala ♥
Ade lagi...yang nak autopublish tengah-tengah malam ni gak...
Sama-sama kita tunggu diorang..

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan VICO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/3 cawan susu HL (saya tukar air dan vanilla ye Che Mat~~)

Cara Menderhaka: Hahaha~ :D

Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (ni jek yang ada...takde plastik cling tu Che Mat~ Huhu~), tekan adunan tadi padat2 dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Hurm...menjadi jugak, alhamdulillah...mood awal-awal entry tadi gembira...sekarang tak bape nak gembira...sebab lalat la...hurm..sabar je la...lepas ni mungkin entry macam takde mood je...

Ceq kata: Kek Batik ni diminati ramai!

No comments:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats