Monday, April 18, 2011

Kek Lapis Idola...Yang Mana Satu Idola Blogger?

بسم الله الرحمن الرحيم



Yang mana satu idola ampa? Hahaha~ Okeh, okeh...yang ijau tu Kek Lapis Overgreen (kadang-kadang dipanggil Evergreen), boleh rujuk resepinya kat SINI. Yang bukan hijau tu lah Kek Lapis Idola. Kek ni antara kegemaran jugak lah kat sana kalau musim-musim perayaan. Rasa coklat kat tengah-tengah tu kanak-kanak dan para gadis suka banget! Hahaha~ Okeh...jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
16 oz mentega
200 gram horlick
80 gram kaya
50 gram serbuk santan
60 gram coklat masakan (dimasak)
1 tin susu manis
1/2 gelas vico
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh vanilla
sedikit browning
pewarna kuning

Cara-cara Membuatnya:
Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, gaul rata.
Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan kuning - bahagikan kepada dua bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas.
  1. Campurkan vico, browning dan coklat masakan.
  2. Bakar bahagian bawah dulu berlapis-lapis hingga habis bahagian pertama adunan kuning.
Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat.
Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kedua adunan kuning tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat.

Untuk setiap lapisan, ceq buat 5 sudu makan setiap adunan. Ceq bakar guna acuan 8'X8' dengan menggunakan api 175C selama 5-10 minit. Camne nak tau da masak ke tak? Lapisan tu jadi kekuningan okeh...tu yang buat kek lapis ade garis-garis~ Kalau adunan coklat tu hati-hati sikit sebab susah nak tengok da masak ke tak dengan kaler tu. Hehehe...Faham?

Ceq kata: Selamat mencuba ya, try la buat. Resepi da bagi...:)





Ingin Sihat? Belajar Masak!

بسم الله الرحمن الرحيم


Sumber: RAPI 15 April 2011


Golongan dewasa yang biasa membeli makanan dan memasaknya sendiri ternyata mempunyai pola makanan yang lebih sihat daripada orang lain. Hasil tinjauan yang dilakukan oleh University of Minnecota terhadap lebih daripada 1,500 koresponden (berusia antara 18 hingga 23 tahun) mendapati bahawa pola pemakanan lima sajian sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari diamalkan oleh 31% daripada mereka yang lebih gemar memasak dan menyediakan makanan mereka sendiri. Mereka yang hanya membeli di luar hanya menerapkan 3% pola pemakanan sihat tersebut.

Dan dalam gambo kat atas adalah Nigella...yezzza~~ I loikeeee~

Ceq kata: Jadi lepas ni semua pun kena belajar masak yeee.





Donat Pelangi...Anda Masih Boleh Cari Makan!

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah buat donat pelangi? Pak Cik Mat dan Amalina tentu lah jawab pernah buat. Hehehe...macam tak lengkap pulak kalau orang yang mencadangkan ni tak buat jugak. So, balik umah ujung minggu lepas, ceq try lah buat kat rumah. Ceq tak bawak balik laptop, PC kat umah lak rosak, so takleh nak check resepi. Ceq buat main tibai ja, ingat-ingat lupa gak. Berdasarkan resepi Pak Cik Mat kat SINI, terhasillah donat pelangi ni.


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
2 camca besar gula halus
3 camca besar marjerin
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Pewarna makanan merah jambu dan ungu
Gula halus untuk salut donat

(nampak tu, takde susu tepung dan garam sebab lupa!!! hahaha~)

Sebelum goreng

Semasa menggoreng

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, gula halus, dan marjerin, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul lagi, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna ungu, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.
  3. Bulat-bulatkan adunan tadi sejemput-sejemput, kemudian leperkan dan buat lubang kat tengah-tengah (sebab takde acuan donat dan taknak guna gelas...hahaha~), alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan.


Ni gambar kat blog Amalina

Maaflah, gambar tak berapa jelas sangat sebab guna kamera henfon 3310 tu ja...(ada eks kamera???) Lupa nak bawak balik kamera digital. Huhuhu. Takpe, menjadi jugak, alhamdulillah. Ha...lepas ni nanti ceq kongsikan resepi kek lapis pulak, okie? Sabar eks...

Ceq kata: Dak mucuk, donat ni sebiji 50sen. Hahaha~





Saturday, April 09, 2011

Sup Telur Jugak...Versi Lain, Ok~

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak puas hati Pak Cik Mat main kete kebal kat dapur, ceq pon nak main jugak! Hahaha~ Okeh, tadi tengok resepi Pak Cik Mat kat SINI. Tergerak lak nak buat jugak. Tapi...sebab bahan-bahan kat rumah tak bape nak cukup sangat, maka terpaksalah ceq menderhaka jugak resepi Pak Cik Mat tu. Hehehe...


Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
1 biji kentang dipotong 8
1/4 batang lobak merah dipotong ikut suka
3 biji bawang merah dihiris nipis
2 biji bawang putih diketuk
1/2 biji buah tomato dipotong 6
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1/2 inci halia dihiris
Secubit perencah tomyam Knorr (sebab takde sup bunjut dan kiub pati ayam Megi kat umah)
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Sedikit serbuk oregano
Sedikit daun parsley
Minyak masak

Cara-cara Membuatnya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan biar hingga mendidih.
Bila kentang empuk, kecilkan api, masukkan tomato dan pecahkan telur satu persatu dalam kuali, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun parsley...

Hahaha~ Daun sup pun takde, tabur daun parsley lahh...boleh je kan? Asalkan sedap dimakan... Sori Pak Cik Mat!

Ceq kata: Ada orang tu, dia kata "mesti tak sedap kan?" Ceq tau, dia jeles sebenarnya.





Saturday, April 02, 2011

Sayur Kacang Panjang...dengan Belacan

بسم الله الرحمن الرحيم



Pernah makan sayur yang letak belacan? Mungkin pernah, tapi jarang-jarang kan? Erm...kalau kat tempat ceq kat Sarawak nun (spesifikalli kat Bintulu), memang sayur semua letak belacan. Penyedap rasa wooo...kalau tak letak belacan, mak mertua boleh detect! Wahahaha~ ceq tak kawen lagi, hokeyyyy...

Meh nak kongsi resepi ni, simple je ponn...takde yang special. Bahan tumis ni boleh guna untuk semua jenis sayur jugak. :)

Bahan-bahan tumis:

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 tangkai cili merah
1/2 sudu teh belacan
Sedikit garam

Sayur (kat sini ceq guna kacang panjang dan lobak merah)
Minyak masak
Air

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk semua bahan tumis tuuu...mulakan dengan garam dan cili, lepas tu bawang-bawang, baru ikan bilis, last sekali belacan.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang da ditumbuk tadi.
Bila da naik bau semerbak, masukkan sayur. Tambah air kalau nak.
Bila mendidih, tambah garam secukupnya.
Dah masak, tutup api. Sekian~

Ceq kata: Kalau alergi, takleh la nak letak belacan berketul-ketul. :D





Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.