Saturday, April 09, 2011

Sup Telur Jugak...Versi Lain, Ok~

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak puas hati Pak Cik Mat main kete kebal kat dapur, ceq pon nak main jugak! Hahaha~ Okeh, tadi tengok resepi Pak Cik Mat kat SINI. Tergerak lak nak buat jugak. Tapi...sebab bahan-bahan kat rumah tak bape nak cukup sangat, maka terpaksalah ceq menderhaka jugak resepi Pak Cik Mat tu. Hehehe...


Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
1 biji kentang dipotong 8
1/4 batang lobak merah dipotong ikut suka
3 biji bawang merah dihiris nipis
2 biji bawang putih diketuk
1/2 biji buah tomato dipotong 6
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1/2 inci halia dihiris
Secubit perencah tomyam Knorr (sebab takde sup bunjut dan kiub pati ayam Megi kat umah)
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Sedikit serbuk oregano
Sedikit daun parsley
Minyak masak

Cara-cara Membuatnya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan biar hingga mendidih.
Bila kentang empuk, kecilkan api, masukkan tomato dan pecahkan telur satu persatu dalam kuali, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun parsley...

Hahaha~ Daun sup pun takde, tabur daun parsley lahh...boleh je kan? Asalkan sedap dimakan... Sori Pak Cik Mat!

Ceq kata: Ada orang tu, dia kata "mesti tak sedap kan?" Ceq tau, dia jeles sebenarnya.





1 comments:

Miss Ran said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

dengkila org tu hehe..buang la verify ni sunah oi

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.