Tuesday, May 31, 2011

Fettucine Bolognese


Okehhh, tercapai jugak hasrat nak makan benda alah ni petang ni. Alhamdulillah. Kak La ngan Aunty Jenny pun melantakkkk dengan lahapnyeeee... Malas nak cakap banyak, kang jadi orang Koreammmm pulak kang, kan Pak Cik Mat kannn... Hahaha~ Jom tengok resepi...

Bahan-bahannya:

Fettucine
Dada ayam (didadu)
1/4 batang lobak merah (belah empat dan hiris)
1 tin sos spaghetti tomato (PREGO)
1/2 biji bawang besar (didadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji tomato (direbus dan dibuang kulit)*
7 tangkai cili kering*
2 keping keju
sedikit garam
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk memasak (kalau ada minyak zaitun, lagi ok)

*dikisar bersama

Cara-cara membuatnya:

Fettucine disediakan macam kat SINI.

Untuk sos bolognese:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam dan lobak, gaul rata.
  3. Masukkan bahan kisar (cili kering dengan tomato) dan sos spaghetti tomato PREGO. Gaul bagi rata dan masak sampai pekat.
  4. Masukkan keju, garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Rasa dan kalau ok, bolehlah tutup api.
  5. Untuk hidangan, tuang sos bolognese atas fettucine. Boleh juga hias dengan daun parsley.

Ceq kata: Sedap tak terkata, makan sampai dua pinggan.




Sunday, May 29, 2011

Minum Petang dengan Keropok Lekor CMG


Alhamdulillah... Hari tu gi umah Pak Cik Mat, bawak balik keropok lekor pulakss~ Dia jual 1 kilo RM10.00. Perghhhhhhhhhhhhhhhhh! Tipu saje! Dia bagi je lahhhh... Hehehehe... Terima kasih PCM.

Resipi? Takdeee... Potong dan goreng saje... Hahaha~ Cicah dengan sos, makan panas-panas... Sedapnyeeeeeeeee....

Ceq kata: Peminat tegar keropok lekor.




Sunday, May 22, 2011

Kek Batik Horlick... Derhaka Lagi?


Teruja! Siang tadi tiba-tiba mengidam nak makan kek batik. Tapi kat rumah takde vico dan koko. Cakap-cakaplah dengan Kak La, tiba-tiba nampak Horlick. Err, mesti menarik kan kalo kita try guna Horlick pulak~ Sebelum ni pernah buat kek batik kat SINI, jadi resepi lebih kurang je, cuma tukar Vico kepada Horlick. Jom tengok resepi~

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlick
1/4 cawan air
2 sudu gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
  2. Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  4. Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (saya guna springform tin), tekan adunan tadi padat-padat dan biar hingga hilang wap panas.
  5. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Alhamdulillah. Cantik pulak jadinya... Pandai Kak La~~

Ceq kata: Lain kali nak tukar kepada biskut marie coklat, lepas tu guna susu tepung saje. Hahaha~




Thursday, May 19, 2011

Spaghetti Carbonara (Sosej)


Alhamdulillah. Hari ni terhasil jugak carbonara yang dijanjikan. Housemate dua-dua ada kat rumah, so lagi gembira rasanya nak sediakan. Resepi yang lebih kurang sama macam yang pernah ceq buat dulu kat SINI, tapi ceq ubah sikit, tukar ayam kepada sosej. Jom semak resepi.

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 sudu besar mentega/marjerin
1 tin Campbell Mushroom Soup Classic
1 cawan susu segar
3 keping cheese
2 batang sosej dibelah dua dan dipotong bulat-bulat
1 sudu gula
sedikit garam
spaghetti (sediakan macam kat SINI)
serbuk daun parsley

Cara-cara membuatnya:

Amek sikit mentega, letak dalam periuk, then panaskan.
Agak-agak dah cair dan naik bau, masukkan bawang putih tadi. Goreng sampai kuning baru masukkan sosej. Bila da masak, angkat. Tutup api ye.
Lepas tu, masukkan Campbell Mushroom Soup Classic ke dalam periuk tadi, masukkan gak 1 tin air (guna tin sup campbell tu). Bukak balik api ye.
Kacau sampai hancur & tak ketul-ketul da~
Then masukkan cheese.
Bila da cair, masukkan susu, gula 1 sudu dan sedikit garam.
Lepas tu masukkan lak sosej tadi tu...
Da masak~~~

Masa nak hidang, tuang sos atas spaghetti, taburkan serbuk daun parsley~ Jom tengok gambar lagi sekali.


Haa...kak Esmeda, nak sangat kan? Sila-sila...

Ceq kata: Sukanya kak La~~~~




Sunday, May 15, 2011

Spaghetti Goreng Dengan Jus Lemon


Semalam masa beli barang dapur, beli sekali spaghetti. Housemate nak makan carbonara katanya. Tapi tak buat lagi carbonara tu, pagi ni buat goreng je spaghettinya, sebab tinggal sorang je. Ingat nak try aglio olio, tapi tak cukup pulak bahan-bahan. So, buat lah ape yang ade kat rumah untuk seorang makan. Jom tengok resepi yee...

Bahan-bahan:

1 genggam spaghetti (direbus ikut cara NI)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sedikit sayur kobis
2 camca besar sos cili (boleh tambah lagi kalau suka)
2 camca besar mentega
1 camca besar jus lemon
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit serbuk daun parsley

Cara-cara membuatnya:

  1. Bawang besar, bawang putih dan cili hijau dikisar halus dan ditapis airnya.
  2. Panaskan pan, kemudian masukkan mentega. Masukkan pula bahan kisar dalam no 1 tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sosej dan goreng selama 5 minit. Masukkan pula sayur kobis dan gaul lagi selama 3 minit.
  4. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan dituskan dan teruskan menggaul.
  5. Masukkan sos cili, garam, jus lemon, serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Gaul lagi biar rata.
  6. Bila sudah masak, boleh diangkat untuk dihidangkan. Tabur serbuk daun parsley sebagai hiasan dan penambah rasa.

Ceq kata: Tunggu housemate balik, nak buat carbonara pulakkkk...





Puding Gembira... Blog Baru...

بسم الله الرحمن الرحيم



Petang tadi keluar beli barang dapur. Banyak pulak yang dibeli. Lepas tu jumpa lagi springform yang comel. Suka pulak tengok barang-barang dapur kat Giant tadi. Oven pun adooo...tunggulah next month!!! Erk.. Okeh, okeh...ni nak kongsi satu benda best yang selalu kami buat dulu-dulu. Puding gembira ni simple je nak buatnya, sesuai kalau nak bawak gi perjumpaan atau gathering keee...sebagai pencuci mulut. Jom tengok camne nak buat benda ni.

Bahan-bahannya:

1 tin laici
1 tin susu segar
1 tin koktel buah-buahan tropika (ceq guna jenama Hosen)
1 paket besar jelly

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas dan gaulkan.
  2. Simpan dalam peti ais hingga sejuk.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk di hari yang panas.

Senangkan, kannn kannnn...gembira je makan. Kalau nak bawak gi berkelah, gathering atau sebagainya, eloklah sediakan sekali ais batu. Masa nak hidang, bubuh ais batu dalam mangkuk atau cawan then bubuh pulak puding gembira ni. ^_^

Pssst, Pak Cik Mat dah ada blog baruuu... dah tengok? Klik SINI. Jangan lupa undi cheesecake jugak kat SINI. :)

Ceq kata: Adik bongsu ceq suka makan ni, hari ni birthday dia lah pulak...





Wednesday, May 11, 2011

Mousse Mangga... Sedapnyeeee Di Kala Panassss Nieee....

بسم الله الرحمن الرحيم


Hahaha~ Ada orang tu panassss!!! So, pe kata kita share benda niii...untuk sejukkan tekak di kala cuaca panas macam ni. Even malam-malam punnn, still bole makan kan??? Resepi asal dari blog orang yang panas.


Bahan-bahannya:

1 sudu besar gelatin
100 ml air panas
200 gram isi buah mangga
50 gram gula halus
1 camca besar jus lemon
200 ml whipping cream (ceq guna 2 cawan whipped cream)

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar isi mangga dan gula halus serta whipping cream hingga sebati. Ketepikan. Masukkan gelatin dalam air panas dan kacau hingga larut dan jernih. Masukkan dalam kisaran buah mangga tadi bersama dengan jus lemon, kacau hingga sebati.
  2. Tuang dalam bekas sesuai, simpan dalam peti sejuk hingga beku. Hias dengan potongan buah mangga sebelum dihidangkan. Sedap dimakan kala dingin...

Perghhhhh!!! Jeles tak, jeles tak??? Hahaha~

Ceq kata: Sedapppppnyeeeeee!





Monday, May 09, 2011

Telur Rebus Masak Sambal...

بسم الله الرحمن الرحيم



Tadi masa YM dengan Pak Cik Mat, tak tau nak masak apa malam ni. Gitau kat dia, nak buat nasi goreng je lah. Lepas tu, gi dapur. Macam biasalah kan, kepala ni mesti pikir-pikir jugak nak masak benda lain. Nampak telur, terus nak buat sambal. Sambil rebus telur tu, gitau balik kat Pak Cik Mat, tak jadilah buat nasi goreng. Hahaha~ Bila sebut nak buat telur masak sambal ni, dia kata Pak Cik Ben pun suka makan jugak... Tapi telur pecah lah, bukan telur rebus. Oooo...boleh je pakai resepi ni jugak. So jom lah kita semak resepi ek...

Saiz: 2 orang

Bahan-bahannya:

2 biji telur ayam direbus hingga masak, kemudian digoreng dan belah dua
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
sedikit garam dan gula

Bahan kisar:

8 tangkai cili kering
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bunga lawang dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Biar sampai kuah pekat.
  3. Masukkan telur dan gaul perlahan-lahan sebentar sebelum menutup api.

Simple je kannn...tapi kalau nak sedap lagi kannnn, kisarkan sekali serai. Tang tu yang depa suka tuu...ni tadi tak rajin la pulak ceq nak kuar amek serai depan rumah tu. Lenkali boleh lah yeee...

Ceq kata: Aunty Jenny kata yang ni boleh jadi signature dish ceq kalau bukak restoran. Erk!






Thursday, May 05, 2011

Ayam Masak Carrot

بسم الله الرحمن الرحيم


Hurmmm...malam ni housemate keluar, jadi masak untuk diri sendiri je. Takpe, bolehlah derhaka lebih-lebih sikit kan. Bukak peti ais, tengok ade carrot dengan jagung tu. Mulanya nak buat masak biasa je, last-last sambil potong bawang tu terpikir pulak...hehehehe. Ape kata...jadikan carrot tu sebagai kuah. Jadi, jom lerr tengok resepi ni...


Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

Ayam
1 biji carrot saiz sederhana (dikisar)
1 batang jagung (dihiris bulat-bulat)
7 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
Minyak untuk memasak
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar:

1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
8 tangkai cili kering

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bunga cengkih dan bunga lawang. Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan puree carrot dan gaul lagi. Tutup kuali dan biar dalam api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
  3. Masukkan hirisan jagung, sos cili dan garam secukup rasa. Tambah air jika mahu.
  4. Bila da masak, bolehlah dihidangkan.

Ceq kata: Rindu dengan nasi carrot.





Monday, May 02, 2011

Ayam Sos Kicap Kurma

بسم الله الرحمن الرحيم



Tengahari ni makan lauk ni... Hurmmm... Tak tau nak cakap pe dah, meh semak resepi.

Saiz: 2-3 orang

Bahan-bahan:

Ayam
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar serbuk perencah kurma
5 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit air

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan perencah kurma.
Masukkan ayam dan gaul. Bila ayam da empuk, masukkan pulak kicap manis dan sos cili. Gaulkan dan masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Tambahkan air kalau mahu berkuah.
Masak hingga ayam masak, kemudian bolehlah dihidangkan.

Simple je...

Ceq kata: Nak belajar amek gambar makanan dengan Pak Cik Mat.





Sunday, May 01, 2011

Strawberry Cheesecake...

بسم الله الرحمن الرحيم



Menggatal? Memang! Geram dan mengidam! So, buatlah cheesecake ni. Dah depa duk buat ja, ceq pon nak buat gak! Resepi asal kat SINI. Derhaka tetap ada...meh semak resepi.

BAHAN-BAHANNYA:

200 gram biskut marie
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (ceq guna jenama NONA)
125 ml air suam
2 cawan whipped cream
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:

  1. Biskut marie ditumbuk halus, kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat-padat. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Kemudian, masukkan whipped cream ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal dibancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..

Pak Cik Mat kata, masa nak keluarkan kek dari tin, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin kek tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Lagi satu, bab gelatin tu...nak bagi dia betul-betul larut, rendam bekas untuk membancuh gelatin dalam air panas sambil mengacau gelatin yang dicampurkan dengan air suam kat dalam bekas tu.

Erm...ceq guna tin kek 9 inci, jadi kek agak nipis dengan acuan besar tu. Cheesecake yang ni sebenarnya tak berapa nak jadi, tapi nak kongsi jugak. Lenkali, nak buat lagi...walaupun ade orang tu gelakkan. Huh! BELAGAK!

Ceq kata: Sedap gak eh walopun tak bape nak jadi...





Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.