Ayam Sos Kicap Kurma

بسم الله الرحمن الرحيم



Tengahari ni makan lauk ni... Hurmmm... Tak tau nak cakap pe dah, meh semak resepi.

Saiz: 2-3 orang

Bahan-bahan:

Ayam
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar serbuk perencah kurma
5 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit air

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan perencah kurma.
Masukkan ayam dan gaul. Bila ayam da empuk, masukkan pulak kicap manis dan sos cili. Gaulkan dan masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Tambahkan air kalau mahu berkuah.
Masak hingga ayam masak, kemudian bolehlah dihidangkan.

Simple je...

Ceq kata: Nak belajar amek gambar makanan dengan Pak Cik Mat.

Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

4 Comments

  1. hurmm sedap!yg penting pedas.mmg selera akak.

    ReplyDelete
  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    nak tambah pedas lagi, tambah lagi cili kering yeeee...orang johor kan suke pedas~

    ReplyDelete
  3. x pernah2 akak buat mcm nie..rugi plak x tgur smlm..kalau xleh masak arini...td masak ayam masak merah n acar timun+nenas je

    ReplyDelete
  4. @aDisH.sHidA

    tu pun kira sedap lah akak~~~ ayam masak merah, my feveret!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post