Menu

Telur Rebus Masak Sambal...

بسم الله الرحمن الرحيم



Tadi masa YM dengan Pak Cik Mat, tak tau nak masak apa malam ni. Gitau kat dia, nak buat nasi goreng je lah. Lepas tu, gi dapur. Macam biasalah kan, kepala ni mesti pikir-pikir jugak nak masak benda lain. Nampak telur, terus nak buat sambal. Sambil rebus telur tu, gitau balik kat Pak Cik Mat, tak jadilah buat nasi goreng. Hahaha~ Bila sebut nak buat telur masak sambal ni, dia kata Pak Cik Ben pun suka makan jugak... Tapi telur pecah lah, bukan telur rebus. Oooo...boleh je pakai resepi ni jugak. So jom lah kita semak resepi ek...

Saiz: 2 orang

Bahan-bahannya:

2 biji telur ayam direbus hingga masak, kemudian digoreng dan belah dua
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
sedikit garam dan gula

Bahan kisar:

8 tangkai cili kering
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bunga lawang dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Biar sampai kuah pekat.
  3. Masukkan telur dan gaul perlahan-lahan sebentar sebelum menutup api.

Simple je kannn...tapi kalau nak sedap lagi kannnn, kisarkan sekali serai. Tang tu yang depa suka tuu...ni tadi tak rajin la pulak ceq nak kuar amek serai depan rumah tu. Lenkali boleh lah yeee...

Ceq kata: Aunty Jenny kata yang ni boleh jadi signature dish ceq kalau bukak restoran. Erk!


6 comments:

bersama kak Es said...

uuiiii..signature dish tu..
meh sini akak rasa sket

Sunah Mohammad said...

@bersama kak Es

meh la sini~~ hehehe..

Salim Harmanain said...

lauk saya tengahari tadi..hehe

Sunah Mohammad said...

@Salim Harmanain

wah!!! tadi akak masakkan untuk salim kan? ehhh..bukan, bukan...:p

aDisH.sHidA said...

sama je cara buat kita..akak pun kalau telur rbus nak wat sambal..telur tu akan di goreng dulu...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

biasanya pas kenduri kawen mesti ada lauk ni..hehe

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats