Sunday, June 26, 2011

Nasi Goreng Mentega... Dah Lama Tak Berasap...

Kak Es kata dah lama sangat dapur Selera Sakura tak berasap. Erk! Memang... Dah lama tak masak yang pelik-pelik. Masak yang biasa-biasa aje... Kadang-kadang ade jugak memasak, tapi virus M menyerang la pulak untuk update kat blog. Huhuhu... So, kali ni virus R pulak datang, so jom kita tengok resepi yeee...


Nasi goreng mentega ni mungkin ramai yang dah tahu buat, kannnn. Sebab tu lah malas nak kongsi. Hahaha... Takpe, sebab gambar tu cantik sangat, maka nak kongsi lah jugak. :p Nasi goreng mentega ni antara kegemaran anak-anak, eh! -- adik-adik ceq kat rumah nun jauh di sana. Buatnye senang aje...

Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

Nasi putih (ceq buat dalam 2 mangkuk, diramas dengan air garam)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu minyak masak
3 sudu mentega
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak, masukkan mentega dan kacau sampai cair.
  2. Masukkan bawang, goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan nasi yang da diramas dengan air garam, gaul bagi rata.
  4. Ketepikan nasi ke tepi kuali, masukkan telur.
  5. Bila telur da kering sikit, gaulkan bersama nasi.
  6. Bila da masak, boleh tutup api.

Kannnnn da kata dah, senang jeee... Tak best betul...

Ceq kata: Senyum, tak perlu kata apa-apa...




7 comments:

aDisH.sHidA said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

erm....macam nasi grg cina

~..Lesung Batu..~ said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

lama tak makan...huhuhu

nuwairani ismail said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

salam kenal dr saya...baru pagi tadi makan nasik goreng carrot...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

akak lum pernah wat..nnt nak cuba.tq adik cumil

Cik Sue said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

meh nak sepinggan...he3...

Iffah Afeefah said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

simple sgt

tpi byk nye gne minyak n mentega

haha

gemok

tak pedas lgsung la ye

bersama kak Es said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

waahhh!! dah merajinkan diri tuu :)

sedap nasi goreng mentega ni kann lemak2 gitu. Kak Es mesti cari timun dan sambal belacan kalau nak makan dangan nasi goreng mentega ni :)

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.