Wednesday, July 06, 2011

Kek Aprikot


Hari tu ada borak-borak dengan Pak Cik Mat kat YM, tanya-tanya dia kalau buah aprikot fresh ni ape je yang boleh buat. Dia kata boleh buat fruit tart, kek, dan macam-macam lagi. Lepas tu dia bagi link ke entri Kek Epal ni. Tukar epal kepada aprikot~ Wahhhhhhhh! Terus nak buat! So, pada hari yang sibuk konon-kononnya ni, saya pun membaking lerrr~ Derhaka sikit resepi Pak Cik Mat sebab takde lemon kat rumah~~ Jom tengok resepi jom~

BAHAN-BAHANNYA :

185 g mentega
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
6 biji aprikot


CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Aprikot dibelah dua dan dikelar setiap bahagian, ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
  3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Ambil aprikot tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak.

CATATAN PAK CIK MAT:- Jika menggunakan tin "spring form" atau apa-apa tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi.


Pak Cik Mat ada cadangkan sapu glis atas kek, tapi saya tak buat jugak macam Pak Cik Mat. Hahaha~ Kalo nak tau pasal glis tu, boleh gi jenguk link Kek Epal Pak Cik Mat tu ye~




17 comments:

bersama kak Es said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

gambar ke dua tu... aprikot kah? kenapa ada stripe ? mmg gitu ek..

seyes...nakkkk. bak sikit!

fa said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

wahh.. nakk.. ngee :)

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@bersama kak Es

kan dikelar tu kak, cer baca cara membuatnya no 1... hahaha~

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@fa

erkkk~ fa pun datang sini... segan sudahhh...hahahaha~ meh meh makannn~

Iffah Afeefah said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

makin kreatif dn rajin

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Iffah Afeefah

erkkk...membuang ke tepi sat kemalasan..

Isteri Encek Bard said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

cantik kek, buleh buka tuk tempahan ni laling

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Isteri Encek Bard

alamak, tempahan yee... err.. :p

mynameismy said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

kenapa sunah pandai buat ni..-.-'

eh tgh cuti ke?

niena shopping2u said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

wah... best nye,,,
terliur secara tetiba !

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@mynameismy

kenapa? errr... kenapa eks~ :D

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@niena shopping2u

alamak..minta maaf... =.=

CikMiMiey said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

mesti shedapp nih akak buat ..

nak try belaja jugak lah . sebelom tuh nak masokkan resepi ni lam diary masakan saye dulu .. huhu (^_^)

risa said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

seb baik ai tak mengidam..and seb baik ai tak suke bau aprikot..kalo idak mesti ada org keta ghatahhhh

mas saari said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

gebunya kek! mesti sedap ni...
nak cikit!!

JIJI YU said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

blog ko ke ni sunah

Along Usop said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

nakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.