Kek Aprikot


Hari tu ada borak-borak dengan Pak Cik Mat kat YM, tanya-tanya dia kalau buah aprikot fresh ni ape je yang boleh buat. Dia kata boleh buat fruit tart, kek, dan macam-macam lagi. Lepas tu dia bagi link ke entri Kek Epal ni. Tukar epal kepada aprikot~ Wahhhhhhhh! Terus nak buat! So, pada hari yang sibuk konon-kononnya ni, saya pun membaking lerrr~ Derhaka sikit resepi Pak Cik Mat sebab takde lemon kat rumah~~ Jom tengok resepi jom~

BAHAN-BAHANNYA :

185 g mentega
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
6 biji aprikot


CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Aprikot dibelah dua dan dikelar setiap bahagian, ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
  3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Ambil aprikot tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak.

CATATAN PAK CIK MAT:- Jika menggunakan tin "spring form" atau apa-apa tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi.


Pak Cik Mat ada cadangkan sapu glis atas kek, tapi saya tak buat jugak macam Pak Cik Mat. Hahaha~ Kalo nak tau pasal glis tu, boleh gi jenguk link Kek Epal Pak Cik Mat tu ye~
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

16 Comments

  1. gambar ke dua tu... aprikot kah? kenapa ada stripe ? mmg gitu ek..

    seyes...nakkkk. bak sikit!

    ReplyDelete
  2. @bersama kak Es

    kan dikelar tu kak, cer baca cara membuatnya no 1... hahaha~

    ReplyDelete
  3. @fa

    erkkk~ fa pun datang sini... segan sudahhh...hahahaha~ meh meh makannn~

    ReplyDelete
  4. @Iffah Afeefah

    erkkk...membuang ke tepi sat kemalasan..

    ReplyDelete
  5. cantik kek, buleh buka tuk tempahan ni laling

    ReplyDelete
  6. kenapa sunah pandai buat ni..-.-'

    eh tgh cuti ke?

    ReplyDelete
  7. wah... best nye,,,
    terliur secara tetiba !

    ReplyDelete
  8. mesti shedapp nih akak buat ..

    nak try belaja jugak lah . sebelom tuh nak masokkan resepi ni lam diary masakan saye dulu .. huhu (^_^)

    ReplyDelete
  9. seb baik ai tak mengidam..and seb baik ai tak suke bau aprikot..kalo idak mesti ada org keta ghatahhhh

    ReplyDelete
  10. gebunya kek! mesti sedap ni...
    nak cikit!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post