Menu

Kek Lapis Buah... Rajin Pulak Nak Buat...


Rajin??? Mana ada rajinnn... Ni ada kawan mintak tolong buatkan. Kalau tak, mana ada rajin nak buat. Sebab family takde yang suka sangat kek buah, kecuali my bapak. Nanti kalo buat, ade tu simpan dalam peti ais sampai raya tahun depan pulak. Hahaha~ Okeh, jom tengok resepi ni ye.

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
2 gelas gula
2 sudu teh esen vanilla
1 bungkus ceri merah dipotong 4 segi
1 bungkus ceri hijau dipotong 4 segi
16 oz mentega
3 gelas tepung gandum
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
1 tin susu manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu, tepung dan vanilla, kacau hingga rata.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian - 1) Masukkan buah-buahan (digaul dengan sedikit tepung). 2) Biar warna asal.
  5. Gris loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper. Bakar selapis adunan warna asal dengan api atas dan bawah.
  6. Bila da masak, bakas pula selapis adunan buah-buahan. Ulang sampai habis.

Ceq guna 6 sudu makan, suhu 175 C.

4 comments:

JIJI YU said...

buatkan untuk aku sekali

Sunah Sakura said...

@JIJI YU

erkkkk! ko nak ke???

Anonymous said...

Salam,sukatan gelas yg camne tu kak,cawan metrik ke?maaf kak saya bru je nk blajar2 wat kek..

Sunah Sakura said...

@Anonymous

salam...erm..kalau guna mug saiz yang biasa tu pun ok...

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats