Nak Rebus Pasta... Macam Mana???

Saya terfikir nak buat entri ni sebab selama ni saya asyik linkkan ke entri blog yang lagi satu tu. English pulak kan. So, kat sini saya nak explain macam mana caranya merebus pasta dengan betul supaya senang untuk kamu-kamu rujuk nanti. Meh kita tengok camne ye~


Bagi mengelakkan pasta kamu daripada melekat sesama diorang, pasta perlukan ruang yang cukup semasa proses merebus. Gunakan periuk yang dalam dan air yang betul-betul cukup.


Tambah garam ke dalam air yang digunakan untuk merebus pasta, bukan untuk menurunkan takat didih air tu, tapi lebih kepada untuk menambahkan rasa pada pasta kamu. Kalo tak tambah garam dalam air, nanti pasta kamu akan rasa tawar tak kiralahhhh banyak mana kamu tambah garam dalam sos pasta kamu!


Didihkan air atas api sepenuhnya. Pasta akan menurunkan suhu air sebaik sahaja selepas kamu masukkan ia ke dalam periuk, jadi pastikan air telah mendidih sepenuhnya baru masukkan pasta.


Bila da masukkan dalam air, kacau pasta jenis pendek perlahan-lahan. Untuk yang jenis panjang macam spaghetti, fettuccine, dengan angel hair, biarkan ia dalam seminit dua untuk melembutkan diri sebelum dikacau. JANGAN patahkan pasta!


Jangan campur dua pasta yang tak sama saiz dalam satu periuk. Sebab apa?? Sebab diorang kan ade tempoh masak yang berbeza. Ikut tempoh merebus pasta pada bungkusan pasta kamu tu~ Selalunya memang ada kat situ.


Kalo nak tau pasta kamu da masak ke tak, jangan tengok dan belek-belek aje. Cedok pasta, amek 'sehelai', dan gigit guna gigi kamu. Baru tau boleh dimakan ke tak. Kalo rasa dia cam senak semacam aje, maksudnya tak masak lagi la tu.


Menambah minyak ke dalam air tu tak berapa perlu sebenarnya, sebab kamu hanya akan membazirkan minyak tu bila menapis pasta nanti. So, kalo nak elakkan pasta melekat bila da ditos, guna je air paip tu sikit (kira cuci sikit dengan air paip) dan goncang dalam penapis tu sekejap.


So, bila pasta kamu da ready, bolehlah tuangkan sos yang kamu da siapkan atau buat ape-ape aje dengan pasta tu. Goreng olio pun ok jugak~

Semoga boleh membantu~ Kalau ade yang nak tambah, silakan ye~ :)


P/S: Gambar semua dari google.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

6 Comments

  1. spagheti kita rebus letak jugak minyak..xnak die melekat..

    ooo boleh juga xperlu guna minyak..baru tahu rupanya..

    ReplyDelete
  2. penjodoh bilangan pasta ...diorang ke? keh keh keh

    ok..good explanation. thanks dik

    ReplyDelete
  3. betul tu..kena gigit pki gigi.sbb dah kena dulu.rasa pki jari then kena rebus sekali lg..haha.

    ReplyDelete
  4. hahaha...actually I pun tgh mencari cara nak merebus pasta.....teringin nak makan pasta lah pulak....boring asyik kat Pizza Hut jer...sesekali nak rasa air tangan pulak....tapiiii...bila tu erk?

    ReplyDelete
  5. saya masak main blasah je...nasib malam td buat spgti goreng menjadi...rebus taruk garam n bawang putih..x tau utk pe...main taruk je...org llaki masak mmg mcm tu kot..haha..malam ni nk masak pe lak???

    ReplyDelete
  6. Memang saya tak pernah taruk minyak semasa merebus pasta, cuma kena kacau sikit.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post