Menu

Spicy Lemon Spaghetti


Perut lapar, jadi masuk dapur tengok ape yang ade. Alhamdulillah, sisa-sisa bahan ade je kat dapur, cuma kena rajin sikit aje nak masak sebab duk sorang beberapa hari ni. Bila duk sorang aje, al-maklumlah...mesti jadi malas nak masak macam-macam. Ni pun tiba-tiba hari ni terrrrajin pulak dan tak ke mana-mana. Buat kerja-kerja rumah aje. Tuan rumah dengan isteri dia pun tiba-tiba datang pagi tadi, alhamdulillah ceq ade kat rumah, boleh la dia masuk tengok-tengok keadaan rumah. Kalo tak, mesti dia takleh masuk sebab dia takde kunci. Hurmmm...jomlah tengok resepi ni ye~

Bahan-bahan:

Spaghetti (sediakan macam kat SINI)
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 tangkai cili padi (dititik)
sedikit sayur kobis (dipotong kecil)
1/2 biji lemon (perah airnya)
1/2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar sos cili*
1/2 sudu besar kicap*
sedikit air* (bahan * dibancuh bersama)
sedikit garam
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mentega

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila da cair, masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng lagi sampai ayam masak baru tuangkan bancuhan kari, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata-rata dan masukkan juga garam secukup rasa.
  3. Masukkan spaghetti yang dah ditoskan dan gaul lagi biar bercampur rata. Tambah sayur kobis dan perahan lemon.
  4. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kemudian gaul lagi. Dah ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Rasa lemon meresap masuk ke spaghetti dan ayam. Aromanya pun cukup menarik hati. Sangat-sangat enak~ Selamat mencuba ye~ ^_^

No comments:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats