Menu

Puff Sosej Berkeju


Ni minum petang punya entri sebenarnya. Tapi lepas maghrib baru keluar. Petang tadi belek-belek blog Pak Cik Mat, nak try test dia punya Search Box tu, tapi mata ni ternampak pulak label Pastri dan teringat-ingat beberapa keping pastri yang tak digunakan lagi dalam peti ais. So, teringin la nak buat sesuatu dengan benda tu. Belek punya belek ternampak Pak Cik Mat punya Sardine Puff. So saya tanya dia, boleh tukar ke sosej tak inti tu. Pak Cik Mat kata boleh. Maka, saya pun mulakan operasi. Hehehe... Meh tengok resepi dia ye~ Kalo nak tengok cara-cara melipat pastri tu leh jenguk blog Pak Cik Mat kat SANA~

BAHAN INTI :

2 batang sosej
1/2 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
serbuk oregano
serbuk lada hitam

BAHAN LAIN :

4 keping puff pastry "KAWAN" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)

CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan sosej. Kacau rata. Akhir sekali masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan-tekan sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.
  3. UNTUK PUFF SOSEJ :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sosej hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan (saya punya tak keemasan punnn...hahaha). Alih kan puff sosej tadi atas jaringan.

3 comments:

Iffah Afeefah said...

gembire memask

nway keju mencairkan ati den

aDisH.sHidA said...

bila la akak dapat wat puff nie..huhu

Ummi said...

Weeee budak comeeyyyy, mintak sosej puff tu kat akak 2 ketuiii...amboii rajin masak2...baguuusss, anak sapaaaa laaaa tuuuuu :))

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats