Monday, June 27, 2011

Ayam Masak Merah... Tak Berapa Merah Sangat...


Disebabkan seorang kanak-kanak ribena meminta agar saya (macam lagi selesa guna saya dari ceq dah...tukaq teruih nooo...) update makanan berbuka puasa tadi ke Selera Sakura ni, so ade la jugak update hari ni kan, kan, kan? Hahaha~ Biasa-biasa je ni, dah biasa buat kan, dah up jugak dulu kot, tak ingat lah... Tapi mungkin ada yang lain sikit kot... Hentam je lah... Jom tengok resepi~

Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:
Ayam
3 sudu besar sos cili
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk memasak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau atau mendidih.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata.
  3. Bila ayam dah empuk, masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa.
  4. Bila da masak, rasa...kalau ok, boleh tutup api.

Senang aje kan... Huhuhu... Main campak-campak ajee...

Ceq kata: Takdak apa nak kata...




Sunday, June 26, 2011

Nasi Goreng Mentega... Dah Lama Tak Berasap...

Kak Es kata dah lama sangat dapur Selera Sakura tak berasap. Erk! Memang... Dah lama tak masak yang pelik-pelik. Masak yang biasa-biasa aje... Kadang-kadang ade jugak memasak, tapi virus M menyerang la pulak untuk update kat blog. Huhuhu... So, kali ni virus R pulak datang, so jom kita tengok resepi yeee...


Nasi goreng mentega ni mungkin ramai yang dah tahu buat, kannnn. Sebab tu lah malas nak kongsi. Hahaha... Takpe, sebab gambar tu cantik sangat, maka nak kongsi lah jugak. :p Nasi goreng mentega ni antara kegemaran anak-anak, eh! -- adik-adik ceq kat rumah nun jauh di sana. Buatnye senang aje...

Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

Nasi putih (ceq buat dalam 2 mangkuk, diramas dengan air garam)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu minyak masak
3 sudu mentega
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak, masukkan mentega dan kacau sampai cair.
  2. Masukkan bawang, goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan nasi yang da diramas dengan air garam, gaul bagi rata.
  4. Ketepikan nasi ke tepi kuali, masukkan telur.
  5. Bila telur da kering sikit, gaulkan bersama nasi.
  6. Bila da masak, boleh tutup api.

Kannnnn da kata dah, senang jeee... Tak best betul...

Ceq kata: Senyum, tak perlu kata apa-apa...




Tuesday, June 14, 2011

Telur Masak Masam Manis... Bukan Pengantin Punya!


Bukan pengantin punya??? Aha...bukan, bukan. Hahaha... Pak Cik Mat je yang selalu buat telur pengantin. Ni telur mata... Pecah punya... Jom tengok resepi~

Bahan-bahan:
4 biji telur (digoreng telur mata kerbau)
1/2 biji epal merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (dipotong dadu)
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
1 sudu gula

Bahan kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1/2 biji tomato

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumis bunga cengkih dan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan kentang, bagi kentang empuk sedikit, masukkan epal. Masukkan jugak sos cili dan gaul rata.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan pulak telur mata kerbau yang da siap digoreng tadi.
  5. Tak perlu lama, cukup sekadar bagi kuah dia meresap. Rasa, kalau ok boleh tutup api.

Suka buat macam ni, kesian Cik Epal, asyik kena masak ajeee.

Ceq kata: Kalo ade nenas, boleh gak bubuh nenas kannnn...




Sunday, June 12, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Sebenarnya dari hari tu lagi nak masak ni, tapi asyik tangguh aje. Bukan ape, bila terdetik nak buat tu, tiba-tiba hari dah malam kannn. Nak potong serai kat luar rumah tu macam malas pulak bila dah malam. Tapi bukan seram ye, kak Limah takdeee kat sini, kat umah Pak Cik Mat je ade. Heh... Resepi ni ceq oter sikit dari resepi asal Pak Cik Mat kat SINI. Jom kita tengok resepi eks~

Saiz: 3 orang

BAHAN-BAHANNYA :

Ayam
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji kentang, kupas, belah 8 dan rendam
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (ceq guna serbuk kunyit je)
7 tangkai cili padi hijau thai
7 tangkai cili padi merah thai

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan ayam, kentang (toskan), serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah asam gelugor..
  2. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambik dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

Ok, dah siap buat. Awak pulak buat lepas ni ye...

Ceq kata: Aunty Jenny mesti suka ni, pedas level dia dah ni...




Saturday, June 11, 2011

Fettucine Carbonara


Alaaa... Ulang tayang lagi kannn? Wellll~ Dah namanya anak buah Che Mat Gebu, so sama jugak lah macam Pak Cik Mat, ceq pun boleh ulang tayang gak kan??? Tapi tak sama okehhh! Kali ni ada lain sikit dalam resepi. Ceq tak guna susu segar, sebab kat rumah takde, ade susu sejat je. Cer tengok resepi...

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar mentega/marjerin
1 tin Campbell Mushroom Soup Classic
1 cawan susu sejat
3 keping cheese
dada ayam didadu
1 sudu gula
sedikit garam
Fettucine (sediakan macam kat SINI)
serbuk daun parsley
serbuk lada hitam
serbuk oregano

Cara-cara membuatnya:

Amek sikit mentega, letak dalam periuk, then panaskan.
Agak-agak dah cair dan naik bau, masukkan bawang putih tadi. Goreng sampai kuning baru masukkan ayam. Bila da masak, angkat. Tutup api ye.
Lepas tu, masukkan Campbell Mushroom Soup Classic ke dalam periuk tadi, masukkan gak 1 tin air (guna tin sup campbell tu). Bukak balik api ye.
Kacau sampai hancur & tak ketul-ketul da~
Then masukkan cheese.
Bila da cair, masukkan susu sejat, gula 1 sudu dan sedikit garam.
Lepas tu masukkan lak ayam yang dah digoreng awal tadi tu...
Da masak~~~

Masa nak hidang, tuang sos atas fettucine, taburkan serbuk daun parsley~ Jom tengok gambar lagi sekali.


Ceq kata:
Guna susu sejat pun okehhh, sedap!



Saturday, June 04, 2011

Kek Lapis Coklat Warna... Versi Tanpa Warna... Eh?


Resepi asal kek lapis ni kat SINI. Petang tadi sebenarnya buat kerja-kerja membakar ni. Dengan oven baruuu... :p Resepi asal guna tepung Hong Kong, tapi sebab tak jumpa kat kedai, maka ceq tukar kepada tepung Blue Key. Sukatan dia kena ubah sikit lah bila guna tepung Blue Key ni. Resepi asal jugak, kena bahagi ikut warna, tapi yang ni ceq buat satu warna je. Jom kita tengok resepi bergambar eks~

Bahan-bahan:

8 biji telur (disejukkan)
1 1/4 gelas tepung Blue Key
1 gelas gula halus
1 sudu makan ovellate
16 oz mentega
4 sudu makan susu manis
Sedikit vanilla
3 bungkus coklat M&M

Cara membuatnya:

Mentega, susu dan vanilla dipukul hingga putih. Telur, gula, tepung dan ovellate dipukul hingga pekat dan putih. Satukan kedua-dua adunan tadi, dan gaul hingga rata.

Cara melapis:

Lenserkan acuan 7x7 inci dengan sedikit mentega, dan letakkan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 170-200 darjah. Mulakan dengan lapisan pertama (4 sudu makan) dan susun coklat, bakar menggunakan api atas dan bawah sampai masak. Sesudah masak lapis lagi dan susun coklat, kali ni bakar guna api atas sahaja. Ulang sampai habis.

Coklat M&M

Susun coklat M&M atas lapisan sebelum masukkan ke dalam oven

Masukkan dalam oven pada suhu 170 darjah Celsius

Tunggu sampai macam ni, baru nampak lapisan dia... :)

Okie, lepas ni, sila cuba buat yeee... Hehehe...

Ceq kata
: Adik-adik ceq mesti jeles niii... Depa penggemar kek ni.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.