Friday, July 29, 2011

Soursop Guava de Longan

Owhhhhh, mende la ni kan? Pelik bebenor namanya. Sebenarnya, tengahari tadi kuar makan kat Jaya Jusco Taman U. Tiba-tiba tekak ni mengidam nak makan chicken chop yang sedap tuuu. Yang mana, yang mana? Ni haaa... Dalam gambar kat bawah ni...


Kat mana makan ni? Kat food court JJ tu lerrr... Gi kat kaunter Western yang nombor 4. Sebenarnya ada banyak lagi choices makanan kat situ, beef steak, grilled chicken, lamb chop...burger ngan spaghetti pun ade. Tapi spaghetti dia asyik belum siap ajeee kalo ceq nak order. Hahaha~ So, kali ni makan la chicken chop lagi. Sebelum ni makan yang kecik harga RM 5.90, yang dalam gambar kat atas ni yang besar pulak... Harga dia RM 11.00. Pssst, yang besar, isinya lebih lembut dan senang nak potong, kalau yang kecik, isi dia agak garing sikit. Tips ni pandai-pandai la guna ikot citarasa masing-masing yeee~~ Lalalalala~

Eh, yang nama kat atas tu lakkk? Nama macam Perancis sikit kannn... Gedikkk! Ekekeke. Ceq yang gedik nak merasaaaa...bukan depa yang gedik letak nama ala-ala Perancis tuu... :p Okie, Soursop Guava de Longan ni sejenis Shaved Ice Delight antara banyak-banyak perisa yang lain. Yang ceq pilih ni perisa jambu batu dengan durian belanda. Perghhhhhh! Superbbbbbbbb! Kalo ampa suma makan ni rasa macam duk kat dusun buah jambu batu dengan durian belandaaaa... Pasai pa? Pasai rasa dia memang semulajadiiii macam makan buah yang betul-betul punyaaa... Hahaha~ Buah longan tu pulak perhiasan kat tepi-tepi dia, tapi hiasan yang boleh dimakan lah yeee...


Harga dia RM 4.00, kedai dia kat food court JJ Taman U jugak, dekat dengan pintu keluar masuk. Satu-satunya kedai kat tepi pintu kot no? Hurmmm...disebabkan gatal nak makan Soursop Guava de Longan ni, maka bersedialah untuk gatal-gatal tekak yeee... Kan batuk-batuk lagi tuuu!

Ceq kata: Uiks, kali ni review ajeee...boleh kan? :D




Friday, July 22, 2011

Kek Lapis Pandan Choco-Berry... Versi Derhaka...


Resepi ni pernah saya kongsikan dulu-dulu kat SINI. Kali ni try buat pulak, jadilah macam kat atas ni. Tapi bahan-bahan sebenarnya kurang kat rumah, ade yang saya tak guna pun dari resepi asal tu. Chocolate Emulco takde, saya guna perisa coklat je. Jem strawberry tak guna, guna Strawberry Emulco je. Banyak gak la yang diderhakakan. Hasilnya kaler tak berapa nampak sangat. Hehehe... So, jom kita tengok resepi ye~

Bahan-Bahan:

500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellette
10 biji telur saiz besar
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)
1 sudu teh pewarna coklat (tak guna ni, sebab takde kat rumah)
50 gm jem strawberry (guna Strawberry Emulco je)
1 sudu teh pewarna merah (takde gak..hahaha)
50 gm seri kaya
1/2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna coklat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yang akhir dibubuh seri kaya, pes pandan & pewarna hijau.
  5. Dengan menggunakan loyang 7" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama -plain, kedua -merah, ketiga -coklat dan yang akhir hijau. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

Nota:

Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jangan digunakan.




Thursday, July 21, 2011

Moist Blueberry Cheesecake


Moist la pulakkkk kan? Hahaha~ Sebenarnya semalam nak buat Light Blueberry Cheesecake macam yang kak Hasue buat kat SINI. Tapiii...disebabkan da lewat malam sangat saya mulakan operasi, maka saya menjadi malas nak tungguuuu putih telur tu sampai meringue. Hahahaha~ Jadi hasilnya macam tu lah, tak berapa gebu, lembap-lembap gituuu... Moh tengok resepi dari kak Hasue.

Bahan-bahan:

300ml susu segar
6 keping keju Kraft (saya guna Cheesedale)
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin. Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yang agak besar untuk 1 adunan).
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul-betul ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah) - tapi saya tak tunggu meringue sangat...
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.
  9. Ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis.
  11. Bakar pada suhu 175C menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).


Untuk dapatkan adunan putih telur yang betul-betul meringue, pastikan bekas adunan tu betul-betul kering, dan telur pulak telur baru...bukan telur yang kamu da lama beli tu. Kalo nak tengok tutorial cara buat light cheesecake, leh jenguk SINI.




Thursday, July 07, 2011

Spaghetti Alfredo Portobello


Balik petang tadi terus buat ni. Sama kan macam fettucine hari tu? Nama sama, guna sos sama, tapi tukar sikit cara memasaknya. Derhaka skit-sikit, takpe kan? Ok lah, jom tengok resepi.

Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

3 cekak spaghetti (disediakan macam kat SINI)
1 tin sos Alfredo Portobello
1 tin air (guna tin sos Alfredo portobello)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
1 keping keju
1/2 cawan susu segar
2 sudu mentega
1 sudu gula
sedikit garam
sedikit serbuk daun parsley

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega. Bila mentega cair sikit, masukkan sosej dan goreng hingga masak. Tutup api. Ketepikan.
  2. Masukkan sos Alfredo Portobello ke dalam kuali tadi bersama 1 tin air. Buka api dan gaul sos hingga tidak berketul-ketul.
  3. Bila da mula mendidih, masukkan susu segar dan gaul rata.
  4. Masukkan keju, gula dan garam, gaul lagi sampai pekat.
  5. Akhir sekali masukkan sosej tadi, dan gaul rata-rata. Dah masak, tutup api.
  6. Bila nak hidang, tuang sos ke atas spaghetti dan tabur serbuk daun parsley.

Ceq kata: Rasa cendawan dia agak kuat berbanding carbonara.




Wednesday, July 06, 2011

Kek Aprikot


Hari tu ada borak-borak dengan Pak Cik Mat kat YM, tanya-tanya dia kalau buah aprikot fresh ni ape je yang boleh buat. Dia kata boleh buat fruit tart, kek, dan macam-macam lagi. Lepas tu dia bagi link ke entri Kek Epal ni. Tukar epal kepada aprikot~ Wahhhhhhhh! Terus nak buat! So, pada hari yang sibuk konon-kononnya ni, saya pun membaking lerrr~ Derhaka sikit resepi Pak Cik Mat sebab takde lemon kat rumah~~ Jom tengok resepi jom~

BAHAN-BAHANNYA :

185 g mentega
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
6 biji aprikot


CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Aprikot dibelah dua dan dikelar setiap bahagian, ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
  3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Ambil aprikot tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak.

CATATAN PAK CIK MAT:- Jika menggunakan tin "spring form" atau apa-apa tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi.


Pak Cik Mat ada cadangkan sapu glis atas kek, tapi saya tak buat jugak macam Pak Cik Mat. Hahaha~ Kalo nak tau pasal glis tu, boleh gi jenguk link Kek Epal Pak Cik Mat tu ye~




Tuesday, July 05, 2011

Roti dengan Sup Ayam


Huk aloh, terlambat sikit nak up entri ni. Sebab leka update blog sebelah. Hahaha~ Takde ape sangat kot, takde resepi. Saja nak kongsi sarapan pagi tadi. Makan roti cicah sup ayam yang kak Ajan masak semalam. Ade lagi stok, so panaskan aje...




Sunday, July 03, 2011

Sosej Masak Lada Hitam


Hari ni sorang-sorang lagi, so masak untuk diri sendiri aje. Sesuka hati ceq ja~~~ Hahaha... Jangan tanjaaaatttt-tanjaaaatttt lak kat sini! Bek tengok resepi terussss...

Saiz: 1 orang

Bahan-bahan:

3 batang sosej (potong serong-serong)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
2 tangkai cili padi (dititik)
2 sudu teh lada hitam (ceq guna yang kena tumbuk dulu)
1 helai kobis cina (potong ikut suka)
1 sudu kicap manis
sedikit garam
air secukupnya (ikut citarasa)
minyak untuk memasak

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, halia, dan cili sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej dan goreng 3 minit.
  3. Masukkan sedikit air, bila mendidih masukkan kobis, gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam yang dah ditumbuk, kicap dan garam secukupnya. Gaul lagi.
  5. Rasa dan kalau ok, boleh tutup api.

Ceq letak garam sikit aje sebab sosej tu da masin da. Kalau nak bagi kuah kering pun boleh juga. Ikutlah yee...hurmmm...

Ceq kata: Enak dimakan begitu saja...




Saturday, July 02, 2011

Fettucine Alfredo Portobello... 31-7 Birthday Giveaway!


Maaf ye, kalo ade yang da muak tengok saya buat pasta ajeee... Saya gila pasta, jadi takleh nak buat ape da la kalo asyik mempasta ajeee... Kali ni saya try sos yang berbeza pulak. Tapi saya guna yang dalam tin tu, instant punya. Saja nak rasa yang lain dari biasa... Lagipun sorang je kat rumah, bolehlah buat sesuka hati. Jom tengok cane saya buat. Sebelum tu meh jenguk rumah sebelah, ada GA. Klik banner kat bawah untuk jenguk.


Saiz: 1 orang

Bahan-bahan:

1 genggam fettucine (disediakan macam NI)
1 batang sosej (dibelah dua dan dihiris)
1 sudu mentega
3 sudu sos Alfredo Portobello (Campbells')
1 keping keju (Cheesedale)
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk daun parsley

Ini amek dari MamaFami

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega. Masukkan jugak sosej dan goreng bagi sosej masak sikit.
  2. Masukkan sos Alfredo Portobello dan gaul bagi sebati.
  3. Masukkan lak keju (kalau taknak masukkan pun takpe sebab dalam sos ni sendiri dah ada) dan gaul rata baru masukkan serbuk oregano sikit.
  4. Masukkan fettucine. Gaul kesemuanya sampai bercampur. Then matikan api.
  5. Siap untuk dimakan, taburkan serbuk daun parsley.

Ni versi pekat dan creamy... Saya tak tambah garam sebab sosej, mentega dan keju da cukup masin. Rasanya boleh tahan beb!

Ceq kata: Kalo buat fettucine gaya ni mesti kak Ajan suka sebab sos dia meresap ke dalam fettucine berbanding cara biasa yang asing-asingkan sos.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.