Menu

Gambar dari blog Pak Cik Mat Gebu

Alhamdulillah. Dah lama sangat tak berupdate blog ni. Bukan sebab dapur tak berasap, tapi sebab kamera da takde. So, terpaksa lah gulung tikar. Ni kalau bukak kedai makan, lepas tu wajib amek gambar, sah la da jatuh muflis sebab tak dapat nak amek gambar da. =.=

Ok, abaikan. Kali ni nak update pasal resepi yang Pak Cik Mat Gebu sudi masukkan dalam JELITA bulan Februari 2012. Bulan ni la kan. Tahun lepas, PCM tanya-tanya juga idea, nak masukkan resepi kek yang mana untuk masukkan dalam JELITA tu. Tiba-tiba pulak kan dia nak masukkan resepi Kek Batik Horlick yang pernah saya buat satu masa dulu. Saya cakap, boleh je masukkan~

So, bila belek-belek JELITA bulan Februari 2012, nampaklah resepi tu kat muka surat 146. Cantikkkk~ Sebab ada bunga sakura. Wee~~~ Nama kek pun tambah sakura kat hujung dia. Jadi lah Kek Batik Horlicks Sakura. Hehehe...

Terima kasih kepada PCM dan juga JELITA yang dah publishkan resepi ni. ^_^
7

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats