Tuesday, June 26, 2012

Apam Polkadot Macam Kak Yatie Pulak


Sebelum ni da pernah buat apam polkadot kat sini. Semalam try lagi buat apam polkadot guna resepi lain pulak. Tergoda tengok apam kak Yatie yang comel-comel dan bulat-bulat dot dot dia. Tengok resepi dia, ada kelainan sikit dari yang pernah saya buat sebelum ni. So, saya pun tergerak nak cuba. Jadi lah apam polkadot kaler oren dengan hijau ni haaa. Moh ler kita tengok resepi eks?

Bahan-bahan: (50 biji papercup medium)

3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanilla
filling-blueberry@strawberry@apa-apa ikut citarasa
pewarna

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  4. Susun mangkuk kertas dalam acuan lompang (saya guna acuan tart).
  5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  6. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  7. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak.

Tapi saya pelik la, kenapa kalau hujung-hujung punya apam polkadot kan, permukaan dia jadi tak licin, dan makin berlubang-lubang? Sebab air dalam kukus da kurang atau sebab api kuat sangat? Hurmm...




Tuesday, June 19, 2012

Asam Pedas Ayam


Petang tadi balik dari lab, tak tau nak masak ape. Keluarkan aje ayam dari peti ais. Sambil-sambil tu alas perut kejap dengan housemate, kira minum petang la kan. Tiba-tiba si housemate tanya, ayam tu nak masak ape? Saya cakap ntah lerr. Dia pun mintak la masakkan asam pedas. So, ape lagi, pergi bercucuk tanam daun kesom kejap, plinkkkkkk da besar daun kesom depan rumah tu. Eh. Tu cerita dongeng ok. Sebenarnya memang da tanam daun kesom lama dulu, kali ni da bole masukkan dalam asam pedas da sebab da tumbuh dengan subur sekali. Hehehe. Ok, resepi ni amek dari Pak Cik Mat Gebu gak, cuma ada la ubah sikit-sikit mana yang kurang bahan-bahan kat rumah ni. Jom tengok resepi.

BAHAN-BAHANNYA :

Ayam
1 biji kentang, dipotong ikut suka
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :

10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga ayam kecut sedikit. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan daun kesom. Bila ayam 1/2 empuk, tambah kentang dan masukkan jus asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga ayam empuk dan kentang sedikit lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk-lauk lain.




Monday, June 18, 2012

Kek Karamel Pandan Choco-Berry


Hari ini merajinkan diri buat kek karamel. Sebelum ni tengok kak Shida buat, kali ni nak buat sendiri pulak. Tengahari tadi, cek barang-barang yang ada kat rumah, susu sejat dengan gula kastor takde. So, gi kedai runcit depan rumah kejap, carik bebarang's tu. Alhamdulillah ade. Kul 12 da start buat, kul 2.30 start membaking. Punya lama kan tempoh masa. =.= Mana nak jaga anak lagi, tu yang jadi lambat tu. Anak kucing je tapi... :p Jom ler tengok resepi, sama macam sebelum ni, cuma kali ni ade tiga perisa.

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS (karamel)
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanilla
3 biji kuning telur
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.


MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
  • Pewarna coklat + perisa coklat
  • Pewarna hijau + perisa pandan
  • Pewarna merah jambu + perisa strawberry

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan coklat, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan hijau, tuang ke atas adunan coklat dan ambil satu senduk adunan merah jambu, tuang pula ke atas adunan hijau tadi. Ulang sampai adunan habis.
  3. Kek karamel sebelum dimasukkan ke dalam oven
  4. Panaskan oven selama 10 minit.
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  6. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  7. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  8. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.




Sunday, June 10, 2012

Kek Karamel Sakura Kakakechik



Hari tu masa kat Pendang, Kedah, Kakakechik Shida ajak buat kek karamel ni. Yang ni perisa oren dan coklat. Cuma, kaler oren tu tak nampak sangat, mungkin leh tambah lagi pewarna oren kalo nak bagi lagi cantik. :)

Nak tengok kisah di sebaliknya boleh tengok SINI.

Untuk resepi, saya ambil dari blog Kakakechik jugak, macam kat bawah ni~

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS( karamel )
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Biarkan sebentar.


MERINGUE (B)
6 telur putih
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..kaedah kaup balik.

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 2 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste dan 1 bahagian lagi mocha paste).
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah.




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.