Apam Polkadot Macam Kak Yatie Pulak


Sebelum ni da pernah buat apam polkadot kat sini. Semalam try lagi buat apam polkadot guna resepi lain pulak. Tergoda tengok apam kak Yatie yang comel-comel dan bulat-bulat dot dot dia. Tengok resepi dia, ada kelainan sikit dari yang pernah saya buat sebelum ni. So, saya pun tergerak nak cuba. Jadi lah apam polkadot kaler oren dengan hijau ni haaa. Moh ler kita tengok resepi eks?

Bahan-bahan: (50 biji papercup medium)

3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanilla
filling-blueberry@strawberry@apa-apa ikut citarasa
pewarna

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  4. Susun mangkuk kertas dalam acuan lompang (saya guna acuan tart).
  5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  6. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  7. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak.

Tapi saya pelik la, kenapa kalau hujung-hujung punya apam polkadot kan, permukaan dia jadi tak licin, dan makin berlubang-lubang? Sebab air dalam kukus da kurang atau sebab api kuat sangat? Hurmm...
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

7 Comments

  1. waaaaaaaaaaaaaaaah best nya...kak tatau la bila nak buat

    ReplyDelete
  2. free delivery kat area larkin tak??

    ReplyDelete
  3. Permukaan apam berlubang-lubang sbb x lap bahagian dalam kukusan, jd air wap menitik la. Kalau api besar, apam akan pecah merekah...

    ReplyDelete
  4. kak, memang kena campur semua bahan sekaligus ke ? bukan satu persatu ea ? sebab kite pernah cuba buat, jadi bantat pulak apamnya. huhuu

    ReplyDelete
  5. @ct kektus

    siti cuba guna resepi yang ni --> http://selerasakura.blogspot.com/2012/03/apam-polkadot-sedap.html

    alhamdulillah, selama akak berbisnes, akak guna resepi ni, apam kembang comel macam gambar yang latest dalam entri ni --> http://selerasakura.blogspot.com/2012/11/apam-tak-dot-dot-untuk-anak-anak-dr.html

    selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
  6. ada ovelatte yg halal ke?

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    insya'Allah banyak je kat kedai kalau cari....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post