Menu

Menu 11 Ramadhan... Selamat Hari Lahir Sunah Sakura


Alhamdulillah.

Menu 11 Ramadhan hari ini agak istimewa sedikit. Moist Chocolate Cake tertera nama Sunah Sakura dan angka 25. Buat ni sempena hari lahir sendiri. Err...tak pelik kan kalau birthday girl buat kek sendiri? Da tu, sape nak buatkan? =.=

Sebenarnya saja-saja je buat ni, plan dari semalam. Nak raikan dengan housemates masa berbuka. Balik dari lab tengahari, cari bahan-bahan kejap sebelum pulang ke rumah dan start membaking.

Kek ni sama macam Moist Chocolate Cake yang pernah saya buat dulu kat SINI. Cuma, saya tambah butter cream untuk hias kek. Ganache pun letak jugak, tu yang mengalir-ngalir tepi kek tu. Cuma berlaku sedikit insiden masa nak alihkan kek dari tempat sapu butter cream ke atas papan kek. =.=


Sebelum berbuka buat operasi ambik gambar sikit-sikit. Err..rasa kekok pulak bila da ada kamera semula. Macam tak pandai pulak nak ambik gambar. Ambik banyak-banyak kali pun tak lawa. Dahhhh...malas la nak ambik lawa-lawa, jadi la tuuuu. Dah nak dekat waktu buka gamaknye. So, potong-potong la untuk housemate terus.


Buka je lepas azan, ngap masuk mulut.

Gulpppp.

Sedapnyeeeeeee....T_____T

Moh ler tengok resepi ulang tayang ni k~

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 gm mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :
100 gm coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

BAHAN BUTTER CREAM:
200 gm butter
150 gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (ceq guna springform 8"). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
  6. UNTUK BUTTER CREAM:- Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

1 comment:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats