Menu

Biskut Jejari Coklat


Sebenarnya entri ni patut keluar semalam, sebab biskut ni siap pagi semalam. Tapi disebabkan badan tak berapa nak ok, maka semalam adalah hari berehat sedunia dari pagi ke petang ke malam ke waktu sahur... =.=

Ermm...resepi ni saya ambil dari Pak Cik Mat Gebu, pagi-pagi gak saya mesej dia tanya macam-macam benda. Pening la Pak Cik Mat nak jawab soklan-soklan cepu emas dia ni kannn.. =.=

Meh tengok resepi meh~~~

BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
130 gram tepung gandum*
15 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)

BAHAN HIASAN :
150 gram coklat masakan, dicairkan secara kaedah double boiler*
1/4 camca teh lemak sayur*(*disatukan dan kacau rata)
Gula-gula manik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bulat bersaiz 1 cm. Paip ke dalam dulang pembakar berbentuk jejari sepanjang 5 cm, kemaskan dan buat hingga siap.
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit (kalau takut hangit, turunkan lagi suhu ikut kesesuaian oven), sejukkan atas jaringan. Kemudian celup 1/3 bahagian biskut dalam coklat cair, tabur gula-gula manik hiasan, biar coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

3 comments:

Mrs. Abi said...

hehehe wah.... kalo wt bentuk eskem pun best gak ni kan....

p/s : ok la tu ada gak yg menjawap segala persoalan... kalo ditanya n tak jwp terus, lagi haru...huhuhuhu

~~zana@pb~~ said...

Untung la pkcik mat ada anak sedare yg rajin mcm sakura ni.......kena ambil tip2 memasak tu.

aDisH.sHidA said...

akak wat jugak raya tahun lepas..abg kata sedap..

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats