Menu

Kek Lapis Idola Azila


Kek ni sebenarnya Kek Lapis Idola yang dah diderhaka atas permintaan kak Azila. Maka, nama dia pun da bertukar jadi Kek Lapis Idola Azila. Teringin nak letak Kek Lapis Idolalila, tapi pelik pulak kang... =.= Bezanya dengan Kek Lapis Idola adalah pada lapisan kuning tu ditambah coklat cadbury. Meh tengok resepi eks~

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Loyang: 8' x 8' (kek ni agak tinggi, boleh guna loyang 9' x 9' untuk kek yang lebih rendah)

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
500 gram mentega
200 gram horlicks
80 gram kaya
50 gram serbuk santan
60 gram coklat masakan (dicairkan)
1 tin susu manis
65 gram milo
130 gram gula halus
340 gram tepung gandum
1 sudu teh vanilla
1 kotak coklat Cadbury Dairy Milk
sedikit browning (saya tak letak)
pewarna kuning

Cara-cara Membuatnya:

  1. Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, gaul rata.
  2. Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.(i) Warnakan kuning - bahagikan kepada dua bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas. (ii) Campurkan milo, browning dan coklat masakan.
  4. Bakar selapis-selapis adunan kuning, pada lapisan ketiga, susun coklat cadbury. Kemudian bakar lagi selapis-selapis hingga habis adunan kuning pertama.
  5. Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat.
  6. Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kuning yang kedua seperti adunan pertama tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat.

Untuk setiap lapisan, saya buat 5 sudu makan setiap adunan dan dibakar dengan menggunakan api 175 C selama 5-10 minit.

3 comments:

@reJue said...

macam kek lapis sarawak la..nk susun coklat cadbury 2 cemane ye..leh ltk pic x..

@reJue said...

macam kek lapis sarawak la..nk susun coklat cadbury 2 cemane ek?leh letak pic x?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

comel je nama...hehe.dik sebuku brp ek? nk beli yg besar la tuk umah akak sendiri nnt pm eh

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats