Thursday, November 15, 2012

Kek Lapis Asam Manis - First Try


Alhamdulillah.

Diberikan Allah lagi kesempatan untuk buat kek lapis bagi kesekian kalinya. Kek Lapis Asam Manis yang femes kat tanah Semenanjung Malaysia ni. First time saya buat, padahal kek ni da lama da tercipta. Entah, kali ni baru terdetik hati nak buat. Untuk kali pertama, ni saja la yang mampu saya sediakan.

Hasilnya, agak kurang memuaskan hati saya. So-so aje la. Ikut resepi asal dari blog kak Dayang Jack. Mungkin lepas ni, kalau nak bagi lapisan dia lebih jelas, kena kurangkan bilangan sudu makan masa melapis kek. Daripada 7 sudu kepada 5 sudu macam yang biasa saya buat.

Ok, meh tengok resepi dia ye~


Resepi: Dayang Jack
By: Sunah Sakura


Loyang: 8" x 8" x 3"

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
500g mentega berkualiti/pure creamy butter
1 sudu besar ovallete
75ml air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
300g susu pekat manis
haw slice/ hawflakes secukupnya
sedikit pewarna ungu dan merah jambu (saya punya dalam gambar nampak oren)


Cara-cara membuat:

  1. Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan ungu dan merah jambu.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200 C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
  6. Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan merah jambu ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. Sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan merah jambu dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata).
  7. Buat lagi untuk lapisan merah jambu hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflakes secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang (tak perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan ungu dan ulangi proses hingga habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)
  8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140 C-160 C)
  9. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.




1 comments:

Miss Lexus said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

TERLIUR TGK....huhuhuuh..... nk buat tp x der mase plk... nnt cuti sem lah nk try..:)

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.