Saturday, December 29, 2012

Kek Karamel Pic Honeydew... Versi Tebal


Alhamdulillah.

Akhirnya mengaramel jugak. Kali ni untuk santapan sendiri. Nak bagi anak tekak sendiri pulak merasa setelah sekian lama buat untuk orang lain aje. Hehe. Disebabkan ada beli perisa baru beberapa hari lepas, tu yang jadi teringin nak try. Perisa baru tu pic dengan honeydew. Sedap jugak. Err...semua sedap kot kalo kek karamel ni. =.="

Kali ni disebabkan untuk santapan anak tekak, maka kita buat doubleeeeeeee karamel yeee~ So, karamelnye jadi teballlll gituuuuuuu. Hiks! Kalo labmate saya tengok ni, jeles-meles dia sebab dia sukaaaa sangat dengan karamel ni haaaa. Meh kita tengok resepi dia kayy~ Lebih kurang je macam yang sebelum ni, cuma ada sikit ubah kat adunan karamel.



Loyang:
Bulat saiz 8"

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS (karamel)
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
5 biji kuning telur
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.


MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Pewarna hijau + perisa honeydew
  • Pewarna oren + perisa pic

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan hijau, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan oren, tuang pula ke atas adunan hijau tadi. Ulang sampai adunan habis. Rujuk gambar setelah habis dituang ke dalam loyang di SINI.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler (loyang diletakkan dalam loyang/dulang lain berisi air) dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.




Thursday, December 27, 2012

Jemput.... Jemput-jemput Mentega Kismis


Lagi sekali kita buat benda lain dari selalu. Err...

Sebab da rasa bosan duk makan jemput-jemput mentega aje, maka try la jugak derhakakan dengan mencampurkan lebihan mix fruit yang masih banyak berbaki. Alhamdulillah, elok aje rasanya, kena pulak dengan tekak ni. Rasa macam makan kek buah-buahan pun hadooo. Erk!

Sebenarnya da lama da buat ni, tapi tak menyempat nak masukkan dalam blog. Ye la, benda masak-masak ni macam-macam kerenah dia kalo nak masuk dalam blog. Kena amek gambar, kalo rajin dan ada masa baru boleh transfer gambar masuk laptop. Then, kalo rajin dan ada masa lagi, baru boleh edit sikit letak watermark bagai. Lepas tu kena tambah lagi rajin nak menaip resepi dia. Haaa...mana tak mengamuk orang kalo kome duk copy paste entri masak-masak siap crop gambar bagaiiii buang watermark then claim tu resepi kome~ Huk alohhhh!

Dah, dah! Meh kita tengok resepi ek~ (da lupa sebab da lama buat, so tak detail)

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan mentega
sedikit garam dan gula
sedikit mix fruit (ikut suka, kalo nak banyak leh letak bebanyakkkk)
sedikit air untuk membancuh
minyak untuk memasak

Cara-cara menjempuuutttt:
  1. Gaulkan tepung, mentega, garam, dan gula dalam satu bekas.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan jemput-jemput. Jangan terlalu cair.
  3. Masukkan pula mix fruit dan gaul rata-rata.
  4. Panaskan minyak. Masukkan adunan sejemput-sejemput dan goreng hingga kekuningan.
  5. Hidang panas-panas.


#Kelebihan jemput-jemput yang guna mentega adalah, bila da sejuk pun still enak dimakan. Rangup di luar, lembut di dalam~ Hewhew~




Friday, December 07, 2012

Kek Lapis M&M versi Selera Sakura


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lama saya tak update resepi terbaru. Atas faktor kekangan masa, selain dari da tak banyak menderhakakan resepi, menyebabkan Selera Sakura ni bersawang berlapis-lapis gamaknye. Tapi tak la banyak sangat lapisnya sampai jadi macam kek lapis kan? =.=" 

Sebut pasal kek lapis, pagi tadi saya sempat menjalankan operasi membakar kek lapis untuk tempahan rakan lab. Kek ni da pernah buat sebelum ni, cuma yang sebelum ni, keknya agak nipis bagi saya, jadi saya derhakakan resepi asal kek ni, jadi la versi Selera Sakura pulak. Meh tengok resepi Kek Lapis M&M versi saya kayyy~

Resepi: Sunah Sakura
Oleh: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" X 8" X 3"

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred A
500 gram mentega
200 gram gula halus/kastor
300 gram susu pekat manis
1 sudu besar ovallate
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
coklat M&M secukupnya


Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.
  3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.


Cara-cara membakar:
  1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
  3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Untuk lapisan ketiga, susun coklat M&M di atas lapisan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar hingga keperangan. Ulang sampai habis.
  4. Untuk lapisan terakhir, bila da keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C dan bakar lagi selama 10 minit.


Cara-cara penyimpanan:
  1. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang dan balut dengan aluminium foil.
  2. Masukkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipotong serta dihidang bila perlu.


Untuk tempahan, boleh rujuk SINI.





Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.