Tuesday, July 31, 2012

Menu 11 Ramadhan... Selamat Hari Lahir Sunah Sakura


Alhamdulillah.

Menu 11 Ramadhan hari ini agak istimewa sedikit. Moist Chocolate Cake tertera nama Sunah Sakura dan angka 25. Buat ni sempena hari lahir sendiri. Err...tak pelik kan kalau birthday girl buat kek sendiri? Da tu, sape nak buatkan? =.=

Sebenarnya saja-saja je buat ni, plan dari semalam. Nak raikan dengan housemates masa berbuka. Balik dari lab tengahari, cari bahan-bahan kejap sebelum pulang ke rumah dan start membaking.

Kek ni sama macam Moist Chocolate Cake yang pernah saya buat dulu kat SINI. Cuma, saya tambah butter cream untuk hias kek. Ganache pun letak jugak, tu yang mengalir-ngalir tepi kek tu. Cuma berlaku sedikit insiden masa nak alihkan kek dari tempat sapu butter cream ke atas papan kek. =.=


Sebelum berbuka buat operasi ambik gambar sikit-sikit. Err..rasa kekok pulak bila da ada kamera semula. Macam tak pandai pulak nak ambik gambar. Ambik banyak-banyak kali pun tak lawa. Dahhhh...malas la nak ambik lawa-lawa, jadi la tuuuu. Dah nak dekat waktu buka gamaknye. So, potong-potong la untuk housemate terus.


Buka je lepas azan, ngap masuk mulut.

Gulpppp.

Sedapnyeeeeeee....T_____T

Moh ler tengok resepi ulang tayang ni k~

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 gm mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :
100 gm coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

BAHAN BUTTER CREAM:
200 gm butter
150 gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (ceq guna springform 8"). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
  6. UNTUK BUTTER CREAM:- Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.




Wednesday, July 25, 2012

Juadah Berbuka 5 Ramadhan - Onde-onde Comel

Gambar ihsan: Housemate *kamera da takdeeee...apetah lagi kamera henfon*

Comel tak eks? Bagi saya, comel aje, colourful gituuu~ Kanak-kanak mesti suka makan benda warna-warni camni. Sebab orang dewasa macam housemates saya pun da suka tengok kaler dia...*ni pun buat atas permintaan* =.=

Ehehe... Dulu kan pernah buat sekali kaler ijau, yang ni ade kaler lain-lain pulak. Siap kol mak tanya resepi, tapi bapak pulak yang jawab, dia main belasah je cerita resepi sebab mak kat bawah rumah. =.=

Maka, untuk keselamatan dan keyakinan, saya gi google "buah melaka mat gebu". Haaa...keluar nkoo~~~ Ni haaaa kalo tak percaya~~~ --> Dapur Tanpa Sempadan...: BUAH MELAKA.

Moh ler kita tengok resepi ye~

Bahan-Bahannya :

250 gram tepung pulut
Air secukupnya
1 camca teh perisa pandan
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam
Pewarna hijau, merah jambu, kuning dan ungu

Cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah perisa pandan dan uli hingga rata.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan berikan warna hijau, merah jambu, kuning dan ungu. Uli rata-rata.
  3. Ambil lebih kurang 1 camca kecil doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat-bulatkan seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  4. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan.

Selamat berbuka~ :)




Saturday, July 07, 2012

Tempahan Kek Karamel


Alhamdulillah.

Hari ni, 5 biji kek karamel berjaya dijual. Macam-macam perisa yang pelanggan mintak, macam-macam kaler jugak yang kita kena renovate. Kena la berusaha untuk puaskan hati pelanggan kan? Hehehe...

Kek ni saya jual RM25 sebiji. Tempahan untuk sekitar Skudai dan Johor Bahru aje. Sebab tak sesuai nak pos. Kena bukak cawangan lain kalo gitu. Hehe~

Bila da berniaga kecil-kecilan ni, rasa macam nak bukak bisnes betul-betul lak bila habis belajar kang. =.=




Thursday, July 05, 2012

Laksa Utara... Pengubat Rindu...


Erm... Da lama sangat nak buat sejak balik dari Kedah bulan lepas. Tapi baru hari ni tertunai hasrat di hati nak membuat sendiri laksa utara ni. Resepi laksa ni saya ambil dari blog Cida de' Nuanza. Ternampak kat Kongsi Resepi beberapa minggu lepas, terdetik nak buat sebab macam senang aje. Alhamdulillah hari ni puasa, maka petang tadi balik dari lab terus cari bahan-bahan untuk buat laksa ni. Bila da siap tu, dengan aroma dan kaler dia, ya Allah....rindunyaaaa saya pada Kedah dan orang-orangnya yang baik hati membawa saya merasa laksa utara di merata tempat sepanjang kat sana. Hehehe... Ehem, kat belakang laksa tu nampak tak, ada kek lapis? Ehehe... Tu lebihan tempahan kawan pagi tadi, so boleh buat juadah berbuka sekali. Kek Lapis Coklat Warna tu resepi dia ada kat SINI. Untuk laksa utara, meh kita tengok resepi dia ek~

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan kembong
3 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1-2 sudu makan cili kisar (agak-agak sampai kuah jadi kemerahan)
3 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
5-6 keping asam keping
1 bungkus laksa jenama Eka (rendam dan rebus hingga lembut)

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya (air rebusan tapis dan simpan dalam periuk).
  2. Kisar isi ikan dan masukkan dalam periuk air rebusan yang sudah ditapis tadi.
  3. Ambil tulang ikan tadi, kisar juga sampai halus (saya tak ambil sebab malas =.=).
  4. Tapis dan ambil airnya, masukkan ke dalam periuk tadi.
  5. Ambil 1 tangkai bunga kantan, buang bahagian luar. Ambil bahagian tengah yang lembut (bahagian luar jangan buang), masukkan ke dalam pengisar. Kisar bersama bawang besar dan belacan.
  6. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yang sama.
  7. Tambah air dalam periuk tadi sampai sesuai dengan kepekatannya.
  8. Masukkan asam keping. Lebihan bunga kantan tadi dibelah 4 setiap satu termasuk bahagian luar tadi, dan dimasukkan ke dalam periuk.
  9. Masukkan jugak daun kesum, masak hingga mendidih.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Bahan hiasan:

Hirisan timun
Telur rebus
Limau
Cili padi
Bawang (saya tak letak sebab housemate semua tak makan)




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.