Saturday, September 22, 2012

Kacang Pool @Selera Sakura


Alhamdulillah. Sekali lagi diberikan Allah usia untuk menikmati kurniaanNya. Hari ni, awal pagi berketuk-ketampi kat dapur buat makanan yang diidam-idamkan ni. Dah lama beli Kacang Pool yang dalam tin tu. Beli kat kedai yang menjual barangan Arab kat depan Giant Pulai Utama (U-Mall - satu aras dengan Giant, satu tin harga RM2.50). Bila da beli, tak tau nak buat pulak. Resepi kena google kat internet. Jumpa banyak resepi, ada tu guna 1kg bawang merah. Gulpp. Banyaknya. Cari, cari lagi akhirnya jumpa jugak yang ok sikit resepi dia. Hehehe. Meh kita tengok resepi Kacang Pool ni ek.

By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

Bahan kuah:
2 tin Kacang Pool (1 tin dikisar, 1 tin lagi dibiarkan sebiji-sebiji)
1 paket daging kisar Ramly
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar**
1 sudu besar jintan manis**(**disangai dan dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk memasak

Bahan sampingan:
1 buku roti Perancis (dipotong - guna roti keping biasa pun boleh juga)
5 biji telur ayam (digoreng mata kerbau)
1 biji tomato (didadu)
1 biji cili hijau besar (dihiris)
Limau kasturi (dibelah dua)
Bawang merah (dihiris - saya tak letak)

Kacang Pool dalam tin

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging masak.
  3. Masukkan Kacang Pool, gaul lagi rata-rata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila sudah pekat, rasa, jika ok boleh matikan api.
  6. Hidangkan bersama roti dan telur mata.




Sunday, September 16, 2012

Kek Lapis 16 September


Alhamdulillah.

Tertunai jugak hasrat di hati nak buat kek lapis ni. Mulanya, nak buat pada 31 Ogos yang lepas, tapi disebabkan kekangan masa dengan tempahan untuk rumah-rumah terbuka, maka terpaksa ditangguhkan dulu. Dengan izin Allah, pada Hari Malaysia ni, berhasil jugak kek lapis yang ada rupa-rupa bendera Malaysia ni. Hehehe. Nak letak nama Kek Lapis Jalur Gemilang, dah ada da sebelum ni kek lapis yang tu. Kalau Kek Lapis Merdeka tak sesuai pulak sebab bukan Hari Merdeka (Sarawak ye la merdeka hari ni). Kek Lapis Hari Malaysia tak best betul bunyinya. Err...actually ok je kan? Saja je mengada nak letak tarikh pulak aihhh. =.=

Meh la kita tengok resepi ni ye~

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellatte
10 biji telur gred A
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
50 gram jem blueberry
50 gram jem strawberry
1 sudu teh perisa blueberry
1 sudu teh perisa strawberry
1 sudu teh perisa pisang/mangga/nenas
1 suduh teh perisa vanilla
pewarna biru, merah, dan kuning


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (1) Biar warna plain dan dimasukkan perisa vanilla. (2) Letak pewarna merah, jem strawberry dan perisa strawberry. (3) Letak pewarna kuning dan perisa pisang/mangga/nenas. (4) Letak pewarna biru, jem blueberry dan perisa blueberry.
  5. Panaskan oven pada suhu antara 175-200 C (ikut kepanasan oven masing-masing).
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yang telah disapu mentega pada dasarnya sahaja dan dialas baking paper, mulakan proses membakar.
  7. Bakar adunan biru selapis-selapis hingga habis, diikuti dengan adunan kuning juga selapis-selapis hingga habis. Kemudian, bakar adunan merah berselang-seli dengan adunan plain selapis-selapis juga hingga habis.


Nota:

  • Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jangan digunakan.
  • Tekan-tekan setiap lapisan yang telah masak dengan sudu atau penekan kek untuk hilangkan ruang udara.
  • Pastikan hanya dasar loyang yang disapu dengan mentega (jangan sapu di sisi-sisi loyang) untuk mengelakkan pembentukan ruang udara yang menyebabkan kek beralun dan tidak sekata.
  • Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. Manakala lapisan seterusnya hingga lapisan terakhir guna api atas sahaja.
  • Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah dan bakar lagi selama 10 minit untuk memastikan kek benar-benar masak.

P/S: Pewarna biru saya tak berapa nak biru.



Saturday, September 15, 2012

Spaghetti Goreng Tomyam Lagi


Dah lamanya tak update blog Selera Sakura ni. Kebizian melanda + kemalasan memasak + keberadaan orang lain yang rajin memasak menyebabkan blog ni berdiam diri beberapa menjak. Kuikuikui. Disebabkan sekarang ni tengah hujung minggu, ada la jugak kerajinan datang setelah penat berjoging pagi-pagi, lalu terdetik di hati nak masak sesuatu untuk housemates yang masih belum bangun. =.=

Memula nak goreng roti canai ajeee. Tengok-tengok, ade dua keping aje tinggal. Jenguk meja barang dapur, oooo ade spaghetti~~~ Ape lagi, goreng je lerr. Jom tengok cane buat eks~ Padahal da banyak kali kot publish kat sini. =.=

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

Spaghetti (direbus dalam air mendidih bersama sedikit garam hingga boleh digigit dan ditoskan)
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 cm kunyit (kalo tak letak pun takpe)*
10 tangkai cili kering* (*dikisar halus)
sedikit sayur kobis dan kacang buncis (potong kecik-kecik)
1 sudu makan pes tomyam
1 biji telur (dipukul sedikit)
minyak untuk memasak
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan pes tomyam dan juga garam. Gaul rata dan tunggu hingga pekat.
  3. Masukkan spaghetti dan gaul rata-rata. Kemudian tolak spaghetti ke tepi kuali, masukkan telur. Tunggu hingga telur masak sedikit, baru gaulkan bersama spaghetti.
  4. Masukkan sayur kobis dan kacang buncis. Gaul lagi dan bila da masak, boleh hidang panas-panas.




Monday, September 03, 2012

Kacang Pool... Rupanya Ramai Yang Tak Tahu!


Kacang Pool???

Mesti ramai yang tak pernah dengar atau merasa menu ni. Saya pun baru pertama kali merasa di rumah seorang rakan Facebook, Kak Zainab, semasa datang beraya. Sebelum ni pernah tengok orang makan je, tapi tak tertarik pula untuk merasa. Oleh kerana juadah dah tersedia, maka WAJIBBBB lah untuk kita merasa kannn~ Hehehe.

Kacang Pool ni sebenarnya makanan Arab. Nama Kacang Pool tu diperoleh dari nama kacang tu sendiri. Kacang ni ada dijual dalam tin, kata Kak Zainab. Then, terpulang kepada tukang masak untuk sediakan dia macam mana. Kalau menu Kak Zainab ni, dia campurkan kuahnya dengan daging cincang. Dimakan bersama telur mata dan roti Perancis. Untuk hiasan, disediakan bawang merah yang didadu, hirisan cili merah dan hijau, juga tomato yang didadu. Kalau suka masam, boleh lah diperah air limau nipis.

Bila dimakan, nyummyyy~~~ Sedap jugakkkkk Kacang Pool ni rupanyaaaaa~

Untuk yang tak tahu nak masak sendiri (saya pun terlupa nak mintak resepi, tapi boleh google kayyy), sebenarnya kat area Larkin, Johor, ada satu gerai berdekatan dengan Balai Bomba Larkin yang jual menu Kacang Pool ni.

Sumber: SAJI

Gerai Kacang Pool Haji ni la yang housemate saya pernah ajak pergi dulu, tapi tak pernah makan pun, tengok dia makan aje. Hahaha~ Kat gerai ni, pak cik tu buat rotinya sendiri. Roti bakar segiempat yang sangat teballl~ Macam dalam gambar kat bawah ni ha~~

Sumber: SAJI

Kalau tak silap, harga dia RM5 satu set tu. Cuma, kuahnya takde daging cincang macam Kak Zainab. Kacang dia pun, pak cik tu blend halus. Kacang Pool Kak Zainab masih nampak sikit-sikit sifat fizikal dia.  Hehehe... Kalau nak merasa, boleh la berkunjung ke gerai Kacang Pool Haji ni ye~ Dengar kata, kat Arked Mara Kangkar Pulai pun ade, nanti nak pi cari la, dekat sikit! ^_^

P/S: Terima kasih Kak Zainab~ ^_^




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.