Kek Karamel Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul!

Alhamdulillah, pada hari mulia ni saya mendapat tempahan untuk kek karamel. Pelbagai citarasa dari pelanggan saya cuba penuhi. Ada pelanggan yang memang da pernah tempah sebelum ni, ada juga pelanggan baru. Yang saya cukup terharu, ada juga pelanggan dari jauh yang sanggup datang untuk mengambil kek karamel pilihan hati mereka.


Salah seorang pelanggan dari Taman Pulai Jaya, baru sahaja pagi ini tadi saya menghantar kek kepadanya. Dia datang ke Taman Sri Pulai untuk mengambil kek di atas, kek karamel berperisa Honeydew + Coklat + Vanilla. Dia nak karamel tebal, maka saya penuhi juga bahagian tu. Kaler dia agak menarik, macam kaler baju askar. Hihihi.


Yang ini pula, tempahan sahabat satu makmal. Student PhD UTM. Dia memang selalu order kek daripada saya. Kek ni dia tempah separuh sahaja, nak bawa balik kampung pada hari ni. Pagi tadi jam 9.30 dia sampai depan rumah untuk mengambil kek berperisa Honeydew + Pic + Blueberry ni. Lagi separuh? Ada dalam peti ais, jap lagi nak hidangkan kepada tetamu dari jauh.


Yang ini pula, baru siap pagi ni tadi. Kek karamel untuk kakak tersayang di Felda Sungai Sayong. Haa... Kak Ayu Citarasa Rinduan tetiba mengidam pulak nak makan kek ni padahal dia pandai je baking. Hehehe. Yang ini saya buat dua perisa aje, supaya tak ada perisa yang tenggelam. Kadang-kadang terlalu banyak perisa pun tak ok, boleh tenggelam perisa-perisa yang lembut sikit oleh kerana ada perisa yang tajam sikit. Ni tips untuk anda yang nak menempah tu, ok? Hihi. Untuk Kak Ayu, saya buat perisa Strawberry + Nenas. Nenas sifatnya tajam, strawberry pula lembut. Maka, insya'Allah sedap!

Nampaknya semakin ramai yang sukakan karamel tebal. :)

Terima kasih untuk semua yang menempah kek karamel dari saya. Oh ya, tentang tetamu dari jauh tu, dalam sedikit masa lagi mereka akan sampai. Nanti saya ceritakan pula kisah perjalanan kami!

Salam Maulidur Rasul sekali lagi buat semua. Sollu 'ala Muhammad!
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

2 Comments

  1. pandai nye buat kek...cantik dan nampak sedap....

    ReplyDelete
  2. Memang tak sabar nak makannn.
    Hahahahah..
    Thanks dik.. Susah2 shj

    ReplyDelete
Previous Post Next Post