Menu

Sup Ayam Ringkas dengan Kacang Buncis


Sup ayam untuk orang demam.

Buat untuk layan anak tekak sendiri aje. Macam tak payah aje nak kongsi kat blog resepi dia kan, main campak-campak aje. Orang lain pun boleh buat sendiri juga. Tapi saja nak share juga kot-kot ada yang baru nak belajar memasak sup untuk orang tersayang yang tak berapa sihat.

Bahan-bahan:

5-6 potong ayam
1 kiub Pati Ayam Knorr
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
4 tangkai cili padi (diketuk)
Kacang buncis secukupnya (dipotong serong)
Sebiji tomato (dibelah 6)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air

Cara-cara membuatnya:
  1. Ayam direbus di dalam periuk dengan kuantiti air secukupnya.
  2. Bila air mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi.
  3. Masukkan juga 1 kiub Pati Ayam Knorr dan digaul rata.
  4. Biarkan sup mendidih selama 30 minit.
  5. Rasakan dengan gula, garam dan lada sulah. Masukkan pula sayur kacang buncis dan tomato. Biarkan lagi 5 minit.
  6. Rasa, jika ok, boleh tutupkan api. Hidangkan panas bersama nasi.



P/S: Saya kurang sihat, ia pun kurang sihat juga. Dari dulu, saya rasa macam saya dan ia ada something yang terikat. Moga sama-sama cepat sembuh.

3 comments:

aDisH.sHidA said...

take care ye...

sapa yang sakit jugak tu..

jgn lupa makan ubt tau

hafiz mohamed said...

taruk carrot pn sodap

hafiz mohamed said...

taruk carrot pn sodap

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats