Monday, March 25, 2013

Dua Kek Karamel Jumaat Lepas


Sebenarnya, kek karamel yang ini saya siapkan hari Jumaat yang lepas.

Tapi baru hari ini berkesempatan untuk update. Sebab hujung minggu yang lepas saya ke Terengganu meraikan walimah sahabat kat Paka. Sempat snap gambar aje hari Jumaat, tapi tak sempat nak upload sebab sibuk dengan meeting bersama pensyarah dan bekerja pula di malam hari. Kek ni pun, saya siapkan dalam last minute, sebab tiba-tiba hari tu gas dapur habis! Dalam tengahari baru lah saya mula mengadun.

Kek karamel yang ini, pun jiran setaman yang order. Jiran depan rumah sewa saya yang sebelum ini. Tapi sebab selalu juga berjumpa masa aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, maka kenal lah sampai sekarang. Alhamdulillah. Hee.

Jiran tu, Ummi Rahmi, pesan dua biji kek. Dia nak bawak untuk jamuan kepada jemaah masjid taman kami yang nak gi umrah. Ummi tak kisah perisa apa, asalkan sedap. Jadi, saya buat aje lah kek karamel perisa honeydew coklat dengan strawberry mangga ni. Suka kaler ni, cantik kan? :)

Aha, lagi satu tips untuk yang nak buat kek karamel ni, guna acuan yang bersesuaian dengan saiz kek ye. Jangan kecik sangat, dan jangan terlalu besar sangat. Kalau kecik sangat, takut kek terkembang atau melimpah keluar masa baking process (tapi jarang la berlaku). Kalau besar sangat pulak, nanti kek nya jadi nipissss. Hehe.

Kalau nak tahu rupa kek tu bila baru keluar dari oven, boleh tengok gambar kat bawah ni.


Kembang kan? Bila dah sejuk nanti, dia akan jatuh balik ikut tinggi loyang tu atau lebih rendah dari tu, bergantung kepada adunan kamu sama ada dengan karamel tebal atau karamel biasa.

Untuk tempahan Ummi Rahmi ni, dia order kek karamel yang biasa, nipis.

Terima kasih Ummi!




6 comments:

Fasihah Supian said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

rindu sgt nk baking sbb dah lma x bake..oven rosak T__T

laskar pelangi said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

seronoknyaaa masak masak.teringin nak buat kek karamel. slurpppp terliur dah tengok gambar tu :D

cik chinta said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

balik tampoi nk oder la. mcm sedap btol tguknye

tenku butang said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

bestnya klu pandai masak.. sedap nihhh

tenku butang said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Lydia Miza said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sunah buat akak terliur nak kek karemel

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.