Friday, May 31, 2013

Kek Lapis Asam Manis II


Alhamdulillah. Memasam manis lagi~

Kali ni lebih berpuas hati berbanding hasil yang dulu. Nampaknya kena pandai main warna kalau dengan kek ni. Kalau salah pilih warna, nanti tak nampak asam manisnyeee~ Hukhuk!

Yang ini, saya buat sebab ada tempahan dari student UTM. Mulanya dia ingat saya tak jual kek ni. Bila saya gitau saya ada jual dan ada dalam senarai, lega dia. Rupanya memang tak nampak lah kek sebelum ni tu haaa~ So, lepas ni boleh tukar gambar dalam senarai tu yee~ Hihi!

Ok, untuk kek ni, bahan dan cara buatnya pun lebih kurang saje macam dulu~ Cuma ada sikit saya ubah cara membuatnya supaya menjadi lebih mudah. Jom tengok!

Resepi: Dayang Jack

By: Sunah Sakura


Loyang: 8" x 8" x 3"

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
500g mentega berkualiti/pure creamy butter (saya guna SCS)
1 sudu besar ovallete
75ml air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
300g susu pekat manis
haw slice/ hawflakes secukupnya
sedikit pewarna kuning, hijau dan merah jambu


Cara-cara membuat:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan ovallete. Pukul lagi biar rata baru masukkan susu dan pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  2. Masukkan pula telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung biskut marie, gaul rata-rata sebelum memasukkan air sejuk. Putar sebati dengan kelajuan paling minima.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan kuning, hijau dan merah jambu.
  4. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200 C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
  5. Masukkan 6 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit) dengan api atas dan bawah. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata).
  6. Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflakes secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang (tak perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan kuning lagi dan ulangi proses hingga habis. Ulang untuk warna hijau dan merah jambu juga hingga adunan habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140 C-160 C)
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.