Menu


Indahnya Ramadhan tahun ini.

Rasa lain. Tak tahu kenapa. Walaupun dalam keseorangan berbuka, sebab semua housemate balik kampung, tetap rasa kelainan yang entah datang dari mana suasana dia sejak semalam lagi. Mulanya berdua, tapi housemate tiba-tiba kata nak balik rumah tengahari tadi, maka relakan saje.

Lepas Zohor tadi, setelah membuat tempahan kek karamel pelanggan, saya pun buat kek karamel idaman saya sejak dari dulu lagi. Baru hari ni berpeluang merasa kek karamel pelangi ni. Belum rasa lagi tau, tunggu waktu berbuka nanti! Kebetulan beli loyang baru segiempat, nak lah try kan? Sebab ada terlintas di fikiran ni nak jual saiz kecik-kecik RM10 saje, pun boleh kan? Hihi.


Malas dah nak kongsi resepi kek karamel ni, boleh tengok resepi sebelum-sebelum ni ye? Sebab sama aje bahannya, cuma tukar kaler dan perisa dengan loyang. Untuk yang ni, saya letak 6 warna pelangi, dengan 6 perisa buah-buahan menggunakan loyang segiempat sama 8 inci.

Bayangkan kalo kek selembut ni masuk anak tekak sejuk-sejuk time berbuka puasa. Perghhhhhhhhhh!

Ha! Makruh tauuuuu terliurrr! :p

Selamat mencuba ya!
4

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats