Thursday, September 12, 2013

Kek Lapis Sakura


Mungkin memang dah terlambat kalau saya nak share tentang kek lapis yang saya buat untuk hari raya yang lepas. Tapi orang kata, resepi available sepanjang zaman kan? Jadi, tak salah kalau saya kongsikan juga resepi ni walau dah masuk Zulkaedah pun. Mana tau kot-kot ada yang berminat nak mencuba?

Kek Lapis Sakura, nama yang saya berikan untuk kek lapis yang siap pukul 4 pagi 1 Syawal 1434H ni. Alkisahnya, saya terdetik nak mencuba bila ternampak strawberry chips yang Pak Cik Mat Gebu share kat Facebook dia pada bulan puasa yang lepas. Kalau strawberry chips tu ditabur pada plain layered cake, mesti sweet. Kalau tambah asam manis, boleh jadi reranting pokok bunga sakura. Ehhh, nak try lah!

Maka, kat Sarawak hari tu, saya pun gigih mencari strawberry chips, takut-takut tak ada. Alhamdulillah, kat pasaraya biasa pun ada, tak perlu ke kedai bahan kek. Akhirnya saya mulakan operasi membakar agak lewat malam sebab menyiapkan tempahan kawan-kawan sekolah dulu. Balik kampung pun agak lambat masa tu. Huhu. Tapi alhamdulillah, berhasil juga dan puas hati saya! Kek nya pun sedap dan lembut!

Jom tengok resepi!


Kek Lapis Sakura

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Saiz: Loyang 8" x 8"

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred A
500 gram mentega
200 gram gula halus/kastor
300 gram susu pekat manis
1 sudu besar ovallate
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
2 bungkus hawflakes
strawberry chips secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.
  3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.

Cara-cara membakar:
  1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
  3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Bakar hingga 4 lapisan, kemudian cucukkan asam hawflakes secara menyerong/menegak seperti sisik ikan pada satu arah sahaja (ingat arah cucukan asam hawflakes ini atau untuk lebih mudah, buatkan tanda pada loyang).
  4. Selepas habis mencucuk, lapiskan dengan 5 sudu makan adunan lagi dan masukkan ke dalam oven. Buat sampai 3 lapis dengan setiap lapisan ditabur strawberry chips.
  5. Selepas itu, cucukkan pula asam hawflakes ke arah yang bertentangan dengan yang asal, untuk membentuk ranting.
  6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai habis adunan.
  7. Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C dan bakar lagi selama 10 minit.

Cara-cara penyimpanan:
  1. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang dan balut dengan aluminium foil.
  2. Masukkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipotong serta dihidang bila perlu.





Wednesday, September 11, 2013

Kek Lapis Asam Manis III - Lagi?


Ya, lagi sekali.

Sebenarnya dah banyak kali buat. Dan kali ni, saya menerima tempahan daripada pelanggan UTM yang sama pernah menempah dulu. Kek yang sama juga. Cuma kali ni kaler dia lain sikit dan ada perubahan sikit pada bahan dia. Sebab apa? Sebab biskut marie ada 200 gram saja. Maka saya tambah tepung Hong Kong lagi 100 gram. Kek dia, alhamdulillah. Nice dan memuaskan hati saya.

Jom tengok resepi!

Kek Lapis Asam Manis

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Loyang: 8" x 8" x 3"

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
200g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
100g tepung Hong Kong
500g mentega berkualiti/pure creamy butter (saya guna SCS)
1 sudu besar ovallete
75ml air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
300g susu pekat manis
haw slice/ hawflakes secukupnya
sedikit pewarna ungu, oren dan hijau

Cara-cara membuat:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan ovallete. Pukul lagi biar rata baru masukkan susu dan pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  2. Masukkan pula telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung biskut marie dan tepung Hong Kong, gaul rata-rata sebelum memasukkan air sejuk. Putar sebati dengan kelajuan paling minima.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan ungu, oren dan hijau.
  4. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200 C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
  5. Masukkan 5 sudu besar adunan untuk lapisan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit) dengan api atas dan bawah. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan ungu dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata).
  6. Buat lagi untuk lapisan ungu hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflakes secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang (tak perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan ungu lagi dan ulangi proses hingga habis. Ulang untuk warna oren dan hijau juga hingga adunan habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140 C-160 C)
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.