Monday, January 28, 2013

Sup Ayam Ringkas dengan Kacang Buncis


Sup ayam untuk orang demam.

Buat untuk layan anak tekak sendiri aje. Macam tak payah aje nak kongsi kat blog resepi dia kan, main campak-campak aje. Orang lain pun boleh buat sendiri juga. Tapi saja nak share juga kot-kot ada yang baru nak belajar memasak sup untuk orang tersayang yang tak berapa sihat.

Bahan-bahan:

5-6 potong ayam
1 kiub Pati Ayam Knorr
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
4 tangkai cili padi (diketuk)
Kacang buncis secukupnya (dipotong serong)
Sebiji tomato (dibelah 6)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air

Cara-cara membuatnya:
  1. Ayam direbus di dalam periuk dengan kuantiti air secukupnya.
  2. Bila air mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi.
  3. Masukkan juga 1 kiub Pati Ayam Knorr dan digaul rata.
  4. Biarkan sup mendidih selama 30 minit.
  5. Rasakan dengan gula, garam dan lada sulah. Masukkan pula sayur kacang buncis dan tomato. Biarkan lagi 5 minit.
  6. Rasa, jika ok, boleh tutupkan api. Hidangkan panas bersama nasi.



P/S: Saya kurang sihat, ia pun kurang sihat juga. Dari dulu, saya rasa macam saya dan ia ada something yang terikat. Moga sama-sama cepat sembuh.




Saturday, January 26, 2013

Kek Karamel Aisyah


Mengaramel lagi???

Hehe. Alhamdulillah, ada lagi yang menempah kek karamel. Pelanggan dari Perling. Semasa dia menghubungi saya untuk menempah kek karamel pilihan hatinya, saya sedang berada di Felda Sungai Sayong. Lama juga berunding dengannya untuk memilih perisa. Sampai naik keliru dia nak memilih. Hehe.

Sebenarnya, dia nak tempah lagi dua jenis kek, tapi sebab saya berada di Kulai dan tak sempat nak beli bahan-bahan kek yang lain (saya bekerja sebelah malam), terpaksa dikurangkan tempahan kepada sebiji kek karamel aje. Huhu. Maka, jadilah Kek Karamel Aisyah ni.


Eh, Kek Karamel Aisyah? Ye, kek ni saya namakan Kek Karamel Aisyah, sejarahnya pertama kali saya cipta rasa kek ni adalah untuk program dengan penyanyi Aisyah satu masa dulu. Tak sangka pula rasanya sedap dan melekat di hati ramai pelanggan. Ramai yang sukakan rasa dia yang masuk.

Perisanya Blueberry + Strawberry + Keladi.

Cuba lah! Gerenti suka!

Terima kasih Aida! :)




Thursday, January 24, 2013

Kek Karamel Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul!

Alhamdulillah, pada hari mulia ni saya mendapat tempahan untuk kek karamel. Pelbagai citarasa dari pelanggan saya cuba penuhi. Ada pelanggan yang memang da pernah tempah sebelum ni, ada juga pelanggan baru. Yang saya cukup terharu, ada juga pelanggan dari jauh yang sanggup datang untuk mengambil kek karamel pilihan hati mereka.


Salah seorang pelanggan dari Taman Pulai Jaya, baru sahaja pagi ini tadi saya menghantar kek kepadanya. Dia datang ke Taman Sri Pulai untuk mengambil kek di atas, kek karamel berperisa Honeydew + Coklat + Vanilla. Dia nak karamel tebal, maka saya penuhi juga bahagian tu. Kaler dia agak menarik, macam kaler baju askar. Hihihi.


Yang ini pula, tempahan sahabat satu makmal. Student PhD UTM. Dia memang selalu order kek daripada saya. Kek ni dia tempah separuh sahaja, nak bawa balik kampung pada hari ni. Pagi tadi jam 9.30 dia sampai depan rumah untuk mengambil kek berperisa Honeydew + Pic + Blueberry ni. Lagi separuh? Ada dalam peti ais, jap lagi nak hidangkan kepada tetamu dari jauh.


Yang ini pula, baru siap pagi ni tadi. Kek karamel untuk kakak tersayang di Felda Sungai Sayong. Haa... Kak Ayu Citarasa Rinduan tetiba mengidam pulak nak makan kek ni padahal dia pandai je baking. Hehehe. Yang ini saya buat dua perisa aje, supaya tak ada perisa yang tenggelam. Kadang-kadang terlalu banyak perisa pun tak ok, boleh tenggelam perisa-perisa yang lembut sikit oleh kerana ada perisa yang tajam sikit. Ni tips untuk anda yang nak menempah tu, ok? Hihi. Untuk Kak Ayu, saya buat perisa Strawberry + Nenas. Nenas sifatnya tajam, strawberry pula lembut. Maka, insya'Allah sedap!

Nampaknya semakin ramai yang sukakan karamel tebal. :)

Terima kasih untuk semua yang menempah kek karamel dari saya. Oh ya, tentang tetamu dari jauh tu, dalam sedikit masa lagi mereka akan sampai. Nanti saya ceritakan pula kisah perjalanan kami!

Salam Maulidur Rasul sekali lagi buat semua. Sollu 'ala Muhammad!




Wednesday, January 23, 2013

Kek Karamel Bluehoneyam? Erk!


Nama kemain lagi kan.

Sebenarnya ni Kek Karamel perisa Blueberry, Honeydew & Yam.

Ade student UTM yang order untuk bawa balik ke kampung halaman. :)

Nak resepi, boleh jenguk-jenguk resepi sebelum ni ye!

Lebih kurang aje, cuma tukar perisa dan kaler~ ;)




Tuesday, January 01, 2013

Kek Karamel Awal Tahun 2013


Alhamdulillah.

Dapat tempahan semalam dari salah seorang pelanggan di UTM.

Kek Karamel Strawberry Vanilla Coklat, cantik juga gabungan warnanya. Permintaan Kak Noraini, karamel teballll. Maka, kita buat la tebal seperti yang dihajati. Hehe.

Terima kasih Kak Noraini!

Selamat Tahun Baru Masihi 2013~




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.