Tuesday, December 02, 2014

Oreo Cheesecake... Heaven-nya!!!


Assalamualaikum dan selamat petang Selasa!

Ada sesiapa terliur tak tengok gambar Oreo Cheesecake kat atas tu? Hihihi. Sedap gila! Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat di hati nak buat kek keju oreo ni, setelah berbulan-bulan lamanya duk tengok kak Ummi Zaihadi post kat FB, lepas tu telan air liur tengok Oreo Cheesecake dalam blog Home Sweet Home beliau. T_T

Malam tadi saya beroperasi 'mengecheese' lepas borak-borak dengan salah seorang sahabat rapat kat FB. Borak-borak dan bertukar-tukar gambar kek keju, terus teringat kek keju oreo kak Ummi Zaihadi ni! Alahai...apa lagi, kebetulan pula hari ni kejap lagi insya'Allah ada tetamu nak datang ke rumah, rezeki tetamu tu lah dapat makan Oreo Cheesecake. Hihi.

Baking kek ni lebih kurang sama dengan buat kek karamel. Agak lama juga saya membakar, lebih dari masa yang disebut dalam resepi, sebab oven dah lama tak panas agaknya. Tapi berbaloi-baloi menunggu depan oven sampai pukul 1 pagi sebab hasilnya nyummmmmmmm nyummmmmm!! Makin dipam-pam lah badan yang dah sedia gemok ni! Haha!

Ok! Jom tengok resepi!


By: Sunah Sakura

Loyang: Springform saiz 8"

Bahan Dasar:-
300gm biskut oreo - di buang krimnya
75gm mentega cair

Bahan Filing:-
500 gm keju krim Tatura
110 gm gula kaster
1/2 tbsp esen vanila
2 biji telur gred A
150ml whipping krim
1 tbsp lemon juice
20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Water-bath: Loyang springform yang dibalut dengan aluminium foil (menghalang air masuk ke dalam loyang) dimasukkan ke dalam loyang yang lebih besar berisi air panas. Jika menggunakan loyang biasa, tak perlu balut dengan aluminium foil.

Cara-cara membuatnya:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform. Bakar selama 15 minit pada suhu 160 C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan adunan cheese ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150 - 175 C (ikut kepanasan oven masing-masing) secara water bath menggunakan api bawah selama 45 - 50 minit. Kemudian tukar api atas dan bawah selama 10 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka (saya letak lebihan biskut oreo tanpa krim atas kek sebelum kek dibakar).




Friday, October 10, 2014

Congo Bars...Sumpahan Yang Menjadi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hari ni saya nak kongsikan resepi Congo Bars yang mudah dan sedap sangat ni! Sebenarnya kalau google, dah banyak dah yang share resepi Congo Bars ni. Bahan-bahan dan cara membuatnya pun lebih kurang aje semuanya. Tinggal kita je nak alter sesikit ikut kesesuaian anak tekak. Hihi.


Congo Bars ni saya buat untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Buat sekali dengan Kek Pisang untuk suami. Saya pulak bawak Congo Bars ni ke Perak, untuk bekal dalam perjalanan dengan adik-adik ke program Kem Geng Anak Sarawak Super (GESPER'14) sempena raya haji. Pertama kali buat, terus berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Untuk resepi Congo Bars ni, saya guna resepi yang Kak Oeya bagi, sama dengan resepi yang Kak Azlita kongsi dekat blog dia. Kak Oeya ni penjual Congo Bars yang meletup-letup dalam friend list FB saya. Haaa. Kalau musim dia tu, duk pandang Congo Bars dia je kat newsfeed. Kita yang tengok aje ni pun boleh terliur tau! Dah macam kena sumpahan gitu duk terbayang-bayang congo bars dia pagi petang siang malam. Sebab tu sampai tak malu pergi mintak resepi. Kikiki.


Bila google-google kat internet, ramai yang kata ikut resepi asal, Congo Bars sangat-sangat manis. Jadi, saya kurangkan gulanya untuk resepi yang saya kongsikan ni ya. Dan untuk mereka yang belum pernah buat Congo Bars, adunan dia agak keras dan berat untuk digaul. Jadi jangan bimbang kot-kot tak jadi & takut bars nya keras, memang adunan dia cenggitu haa. Ok?

Jom tengok resepi!

Resepi: Kak Oeya & Kak Azlita Masam Manis
By: Sunah Sakura

Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Hai, saya ada resepi Congo Bars yang lain juga di SINI. Jemput cuba ya!




Thursday, October 02, 2014

Pizza Pastry Mudah dan Enak


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar semua? Adakah sedang runsing memikirkan harga minyak yang naik? Saya pasti suri-suri masak semua pun turut terjejas sedikit dengan pengurangan 20 sen subsidi minyak oleh kerajaan pada hari ini. Bila harga minyak naik, harga-harga barang mentah pun akan naik juga. Kena berjimat-cermat kalau nak sediakan masakan untuk diri sendiri dan keluarga. Mula lah mengatur perbelanjaan dengan bijak ya!

Hari ni, saya nak share resepi pizza pastry. Sangat-sangat senang nak buat. Untuk suri-suri rumah bekerjaya yang tak sempat nak menguli doh pizza, boleh guna puff pastry bagi menggantikan doh pizza anda ya. Untuk pizza pastry ni saya guna puff pastry jenama KAWAN. Boleh didapati di supermarket pada harga RM 4.50 hingga RM 5++. Puff pastry ni boleh buat macam-macam selain daripada pizza, mana yang baru nak try guna, boleh google ya! :)


Topping cheese yang saya guna ni adalah parutan Cheddar Cheese. Macam biasa, saya guna apa yang ada kat rumah sahaja. Lebih elok kalau anda gunakan Mozarella Cheese, nanti ia akan mencair dengan lebih cantik dalam oven.

Ok, jom tengok resepi!

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Saiz: 4

Bahan-bahan:

4 keping puff pastry jenama KAWAN
sedikit Sos Cili Life dan Sos Tomato Life (dicampurkan)
3 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sedikit capsicum hijau dan kuning (dipotong panjang-panjang)
sedikit cherry tomatoes (dibelah enam)
bawang besar (dihiris)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
sedikit Cheese Cheddar (diparut)

Cara-cara membuatnya:

  1. Keluarkan puff pastry daripada peti sejuk beku, asingkan satu-satu atas dulang atau apa-apa sahaja alas yang bersih.
  2. Sapukan sos rata-rata pada permukaan puff pastry.
  3. Susun sosej, capsicum, cherry tomatoes dan bawang besar.
  4. Taburkan serbuk lada hitam, oregano dan cheddar cheese.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175 - 200 C selama 20 - 30 minit atau sehingga puff perang keemasan.




Wednesday, October 01, 2014

Penkek Oat Mudah


Assalamualaikum dan selamat pagi!

Menu sihat yang ini pun menu lama. Baru nak update kat blog. Sebenarnya, saya suka tengok gambar-gambar penkek omputih. Cantik aje diorang susun penkek tu. Kalau yang letak cream lagi lah hai. Menggoyah keimanan betul bila tengok. Rasa menjejes aje air liur ni. Haha!

Saya dah banyak kali buat penkek ikut resepi yang ni. Ubahsuai resepi asal dari blog Fiza Ismail. Dia pun amek dari myResepi. Bahan-bahan dia sangat mudah dan ringkas. Hasilnya penkek yang gebu dan lembut. Saya pernah google, kalau nak lagi gebu, boleh tambah cuka makan atau perahan lemon ke dalam susu untuk jadikan dia buttermilk. Ha, lain kali boleh cuba yang tu pula.

Resepi penkek ni adalah yang basic, boleh tambah apa-apa yang kita nak untuk pelbagaikan rasa dia. Jom tengok resepi!

Resepi: Fiza Ismail
By: Sunah Sakura

Saiz: 7-9 keping

Bahan-bahan:

3/4 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* (*ayak besama)
1/4 cawan oat/multigrain cereal
1 biji telur
2 sudu besar gula (saya letak 1 sudu besar je)
1 cawan susu segar/susu rendah lemak/susu sejat

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dengan api kecil atau sederhana.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan penkek, biar seketika hingga nampak buih-buih pada permukaan penkek.
  4. Terbalikkan penkek dan biar 1 minit sampai masak. Ulang sampai adunan habis.
  5. Boleh dihidangkan bersama madu, maple syrup, jem, peanut butter, hirisan buah-buahan bersama cream, sri kaya dan lain-lain.




Tuesday, September 30, 2014

Menu Sihat: Juicy Chicken Kabobs


Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ni nak share menu sihat Juicy Chicken Kabobs lak. Lebih kurang macam satay lah untuk kita orang Malaysia ni, cuma dalam cucuk kebab tu ada diselitkan sayur-sayuran dan bawang. Hidangan ayam yang dalam kategori panggang macam ni lebih juicy dan tak terlalu kering. Mungkin disebabkan ada selitan sayur-sayuran di antara potongan ayam, menyebabkan air daripada sayur-sayuran tu meresap ke dalam isi ayam atau daging. Hasilnya bila diratah, subhanallah! Enak sekali!

Saya buat kebab ayam ni dah lama dulu, jadi kalau ada yang komen nak mintak sikit, memang dah tak ada. Dah lama jadi ehem-ehem dan menjadi darah daging kat badan ni dah. Haha! Sejak encik suami perlu mengamalkan pemakanan sihat dan tidak bergoreng, saya mula rajin membelek gambar-gambar makanan kat Instagram budak-budak yang join gym. Biasanya, Instagram minah-minah saleh lebih banyak mempamerkan makanan yang diorang makan seharian. Dari situ lah, saya boleh mendapat banyak idea baru untuk mempelbagaikan menu sihat encik suami.

Untuk Juicy Chicken Kabobs ni, saya tak ada ikut mana-mana resepi sangat. Just buat perapan ayam macam biasa dan gaulkan sayur-sayuran dalam minyak zaitun dan sedikit herba campuran sebelum dicucuk dan dipanggang menggunakan pemanggang ajaib.

Ok, jom tengok resepi menu penuh.

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Saiz: 2 orang.

Bahan-bahan:

4 - 6 pencucuk satay

Kebab
Dada ayam (dipotong kecil dan disesuaikan dengan kuantiti ikut citarasa)
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* (* ditumbuk)
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh mixed herbs
1 sudu teh serbuk lada hitam (lebih elok tumbuk 1 sudu teh lada hitam biji)
Sedikit perahan lemon
1 sudu teh Extra Virgin Olive Oil (optional)
1 biji terung ungu (dipotong bulat-bulat, kuantiti ikut citarasa)
1/4 capsicum kuning (dipotong ikut saiz ayam, kuantiti ikut citarasa)
1/4 capsicum hijau (dipotong ikut saiz ayam, kuantiti ikut citarasa)
sedikit lobak merah (dipotong bulat-bulat dan dibelah dua)
1/4 bawang besar/Holland (dipotong ikut saiz ayam dan dicerai-ceraikan ulasan)

Sayur
Sedikit brokoli
Sedikit baby carrots
Sedikit sweet peas
Sedikit cherry tomatoes
Air

Kentang
Air
1 biji kentang
1 sudu teh Extra Virgin Olive Oil
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit perahan lemon

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan bahan-bahan untuk kebab dalam satu bekas kecuali terung, capsicum kuning & hijau, lobak merah dan bawang besar. Perap dalam peti ais 2-8 jam. Setelah cukup masa perapan, keluarkan dari peti ais dan mula mencucuk kebab. Cara saya, mulakan dengan bawang, kemudian capsicum kuning, ayam, capsicum hijau, ayam, terung, ayam, capsicum hijau, ayam, capsicum kuning, ayam, kemudian akhir sekali lobak merah. Ikut citarasa anda ya! Panaskan pemanggang (saya guna pemanggang ajaib) dan panggang kebab sehingga air kering. Balik-balikkan kebab semasa memanggang supaya ia masak sekata. Jangan risau kerana kebab anda masih lagi juicy walaupun air dah kering dalam pemanggang.

2. Untuk sayur, didihkan air dalam periuk. Kemudian stimkan semua sayur selama 3 minit. Matikan api.

3. Untuk kentang, rebus kentang bersama kulit hingga sedikit lembut (selalunya saya mula merebus serentak dengan memanggang kebab), matikan api. Tuskan dan biar sejuk sedikit. Kemudian potong kentang leper-leper (hati-hati sebab panas), masukkan dalam bekas dan campurkan dengan olive oil, serbuk lada hitam serta perahan lemon. Panggang guna pemanggang ajaib selepas kebab ayam anda masak. Jangan lupa balik-balikkan kentang, panggang hingga sedikit keperangan.

4. Boleh hidangkan panas-panas, kalau suka sos boleh makan bersama sos atau Thousand Island Dressing.




Monday, September 29, 2014

Nasi Ayam Hainan versi Terlebih Sihat


Alhamdulillah.

Tetiba terdetik nak buat nasi ayam jenis ni. Siap google-google resepi sebab tekak teringin nak makan NASInye ayam...lebih nakkan nasi dari ayamnye...boleh? Hahaha. So, buat aje lah guna apa yang ada kat rumah disamping mempertahankan menu sihat. Oh, dah lama tak update kat blog ni, sejak dua menjak ni asyik masak menu sihat aje, tak share lak kat sini. Ada juga permintaan untuk saya share resepi menu-menu sihat yang saya post gambarnya kat Instagram tu, tapi belum terbuka hati lagi untuk merajinkan diri mengedit gambar dan menaip pepanjang. Hahaha! Adohai...insya'Allah nanti ada masa saya update menu sihat ye!

Disebabkan kat rumah ada isi ayam aje, takde ayam seekor, maka kita pakai isi ayam aje buat air rebusan. Pada saya, kalau nak nasi ayam yang betul-betul ummphhh, eloklah guna ayam seekor atau ayam dengan bahagian tulang dicampur sekali. Baru sedappppp! Kat rumah ni, ayam takde kulit, minyak bijan, daun sup, salad, daun pandan semua takde. So, pepandai la kita menukar selagi rasa dia tak lari banyak. Minyak bijan, saya tukar kepada minyak zaitun ekstra dara. Ha nkoo! Dalam bahasa omputihnye, Extra Virgin Olive Oil. Hihi.

Ada banyak versi untuk memasak Nasi Ayam Hainan ni. Ada yang kena kukus, ada yang hanya rebus saja. Tapi yang penting, ayam untuk Nasi Ayam Hainan tak perlu digoreng atau dibakar. Sebab tu ia sejenis menu sihat. Untuk resepi pertama kali buat Nasi Ayam Hainan yang sihat dan menyihatkan ni, saya ubahsuai resepi dari Kak Ros Jintan Manis.

Jom tengok resepi!

By: Sunah Sakura

Bahan-bahannya:

Bahan A (ayam)
5 keping isi ayam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dipotong nipis)
1/2 kiub pati ayam Knorr
sedikit garam

Bahan B (sambal lada)
1 1/2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil Extra Virgin Olive Oil
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Life
1 sudu besar cuka makan

Bahan C (nasi)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine (kuantiti beras ikut isi rumah)
1 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil

Bahan D (sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
sedikit lobak dan brokoli

hidangan sampingan
timun

Cara membuatnya:
1. Mula-mula letak isi ayam dalam periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila nak makan nanti letakkan sedikit kicap cair, renjis sedikit minyak zaitun.

2. Buat sambal lada - blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3. Untuk nasi pula, panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bagi Bahan C iaitu bawang putih dan halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu dicurah ke dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti. Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit Extra Virgin Olive Oil.

4. Di dalam periuk lain, masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula lobak dan brokoli, tutup api. Kalau ada daun sup, letak la daun sup ye.

Ok dah siap, hidang bersama hirisan timun. Kalau ada tomato, letak la tomato (adohai). Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun. Selamat Mencuba.




Friday, August 08, 2014

Kek Lapis Ombak Rindu


Assalamualaikum dan salam penghulu hari~

Ok, ni kek lapis terakhir yang dibuat untuk hari raya yang lepas. Kek Lapis Ombak Rindu. Released masa movie Ombak Rindu meletopss dulu. Selalunya Kek Lapis Sarawak memang macam tu, ada je kek lapis yang baru akan keluar based on drama, filem atau fenomena tertentu. Jangan terkejut kalau saya kata ada yang nama Kek Lapis El Nino, Kek Lapis Osama Laden, Kek Lapis Empangan Bakun. Memang ada. Hihi.

Kek Lapis Ombak Rindu ni, first time saya makan masa raya tahun lepas kat rumah sepupu. Sepupu tu cakap, dia beli dengan seorang kakak senior saya masa sekolah menengah dulu. Kakak yang sama buatkan kek hantaran saya masa nikah tahun lepas juga. Raya kali ni, teringat-ingat kek lapis tu, teringin nak buat juga. So, tanpa segan silu saya contact kakak tu minta resepi. Hihi. Alhamdulillah, kakak tu sudi share resepinya. Resepi asal, saya tak tahu lah daripada siapa, jadi saya letak nama kakak tu je lah ye.



Untuk buat kek ni, kena ada acuan penekan zig zag. Penekan ni boleh didapati di kedai-kedai bahan kek. Ada juga yang menjual penekan ni secara online, boleh try google ya! Saya pula, mak yang pos dari Bintulu. Hahaha! Sebab cari kat sini dah habis atau takde. Maka anak dia ni pergi merayu-rayu dalam telefon mintak poskan dari rumah kalau tak guna. Baiknya mak memenuhi kehendak hati anak dia ni. Hihihi. Mekasih mak!

Ok, jom kita tengok resepi!

Loyang: 8" x 8"

Resepi: Zarina Bakeri
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

500 gram mentega
10 biji telur gred A
200 gram gula kastor
250 gram cream cheese (dipukul sedikit hingga lembut sebelum digunakan)
250 gram tepung gandum
1 tin kecil serikaya
1 tin susu pekat manis
1 paket santan (50 gram)
1 sudu makan ovallete
pewarna kuning, hijau, biru, ungu
Acuan penekan zig zag

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper atau kertas minyak.
  2. Pukul mentega, gula dan ovallete dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Perlahankan mixer, masukkan susu, seri kaya dan cream cheese. Pukul lagi sehingga sebati, baru masukkan tepung dan gaul rata-rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, berikan warna kuning, hijau, biru dan ungu.
  6. Bakar lapisan kuning sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas dan bawah hingga masak. Kemudian tekan dengan penekan zig zag. Bakar pula lapisan hijau sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas sahaja hingga masak dan keperangan. Tekan lagi dengan penekan zig zag. Ulang cara yang sama untuk lapisan biru dan ungu, buat hingga habis.




Thursday, August 07, 2014

Kek Lapis Tembikai


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kali ni share resepi Kek Lapis Tembikai pulak. Kek lapis ni dah lama teringin nak buat, tapi raya tahun ni je baruuuu tertunai hasrat di hati. Itu pun setelah siap semua tempahan, buat last minit dalam kemalasan yang semakin membuak-buak bersama kepenatan. Boleh lah dijadikan juadah kuih-muih raya untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang.

Resepi yang ni saya ambil dari Asmah Wani Nur Amni. Tengok Kek Lapis Tembikai dia comel sangat, menyelerakan bila dipotong segitiga-segitiga macam tu. Dah bebetul nampak macam tembikai dah. Cuma rasa je takde tembikai. Haha. Hari tu terfikir juga, mungkin boleh bubuh perisa tembikai lain kali kalau nak bebetul ikut nama dia. Kan kan kan...

Ok, jom tengok resepi!

By: Sunah Sakura

Loyang: 8" x 8"

Bahan-bahannya:

10 biji telur
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm tepung hong kong
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil susu manis
1 paket serbuk santan (50gm)
1 botol chocolate chips (untuk dijadikan biji tembikai)
1 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau, kuning & merah

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Perlahankan mixer, masukkan susu, sekaya dan serbuk santan, pukul lagi hingga adunan bergaul rata.
  5. Masukkan tepung, sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 Bahagian.
  7. Bahagian 1 : Beri warna hijau. Warna hijau ini ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 15 sudu makan untuk warna hijau.
  8. Bahagian 2 : Beri warna kuning. Warna kuning ada 2 lapisan dan setiap lapisan juga disukat dengan 5 sudu makan. Bermakna semuanya ada 10 sudu makan untuk warna kuning.
  9. Bahagian 3 : Beri warna merah. Setiap lapisan ada 2 senduk nasi dan untuk warna merah ini adunan dilapis sebanyak 5 sudu makan sehingga warna merah habis dilapis.
  10. Cara2 melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 5 sudu makan menggunakan api atas dan bawah. Bila masak, keluarkan dari oven dan tukar kepada api atas sahaja untuk lapisan seterusnya hingga habis. Tekan sedikit lapisan kek tadi dengan penekan kuih. Kemudian lapiskan lagi adunan hijau sebanyak 5 sudu makan lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  11. Kemudian sambungkan pula dengan melapis adunan kuning. Buat sama macam adunan warna hijau sebanyak 2 lapisan.
  12. Akhir sekali, lapiskan adunan warna merah sebanyak 5 sudu makan, bakar berlapis-lapis. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buatlah begitu sehingga habis.




Wednesday, August 06, 2014

Kek Karamel Alunan Kasih

Alahai gambar kabur nau!

Hurmm.

Nak share resepi kek karamel yang ni pulak. Macam kek karamel biasa juga, cuma ada kelainan sedikit semasa menuang adunan berwarna-warni tu. Alkisahnya, saya mula-mula ternampak gambar kek ni kat google, masa tu tengah cari apa ntah, tak ingat dah. Teruja tengok kek yang cantik beralun-alun macam blogger Ida D Dapur dengan E-Na Lovely Kitchen, cuma saya punya tak berapa nak beralun. Haha! Kek ni dah berkurun dah orang lain buat, saya je baru nak eksaited mencuba. -_-"

Ok, yang dah potong clear sikit

Bila tengok resepi dia, cara-cara nak menuang adunan kek tu, ok...senang je insya'Allah. Cuma kena tunggu masa sesuai nak buat. Iaitu masa tetamu datang rumah. Kalau tak ada tetamu nak datang, memang tak lah nak buat. Konfirmmmm tak habis kek! Membazir aje. Jadi masa bulan puasa hari tu, ada kawan-kawan encik suami datang berbuka kat rumah. Boleh lah kita rasmikan loyang kek hadiah dari kak Ayu Citarasa Rinduan untuk buat kek ni. Loyang tu jenis tak melekat pulak haaa~ Memang seksa lah masa meratakan gula hangus...T.T Buat ala kadar aje lah.

Jom tengok resepi~ Resepi asal dari Kek Karamel Pic Honeydew versi tebal Selera Sakura.

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Loyang:
Bulat saiz 8"

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.

BAHAGIAN ATAS (karamel)
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
5 biji kuning telur
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.

LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.

MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
  • Pewarna biru + perisa blueberry
  • Pewarna ungu + perisa keladi
  • Pewarna merah jambu + perisa strawberry

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Tuang adunan biru dan ratakan, boleh usahakan guna sudu agar nanti nampak alunan dia, kemudian ayak serbuk koko atas lapisan tu. Lepas tu tuang pula adunan merah jambu, ratakan dan ayak lagi serbuk koko sebelum menuang adunan ungu.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler (loyang diletakkan dalam loyang/dulang lain berisi air) dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.




Tuesday, August 05, 2014

Kek Lapis Koko Mint Pandan


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Dah lebih seminggu berhari raya, baru lah bersemangat nak update blog. Sepatutnya sebelum raya lagi kita share resepi kek lapis ni, tapi tak berkesempatan. Dalam empat hari sebelum raya, dah bergerak pulang ke kampung halaman encik suami. Indahnya beraya di desa. Cewah.

Ni nak kongsi satu resepi kek lapis. Sejarahnya, saya nak buat Kek Lapis Peppermint Chocolate. Tapi terjadi satu insiden semasa mencampurkan perisa dan pewarna. Disebabkan masa tu buat serentak dengan Kek Lapis Oreo yang guna perisa pandan, boleh pulak tersasul masukkan perisa pandan tu jugak ke dalam adunan hijau Kek Lapis Peppermint Chocolate-to-be. Maka...tak apa lahhh~ Nak buat makan-makan aje, so jadi nya, perisa mint pun masuk ke dalam pewarna hijau tu jugak. Jadi la dua perisa dalam adunan hijau. Cumanya, perisa mint tu tak berapa nak rasa sangat. Ciput-ciput je hujung lidah. Haaa, pengajaran dia, lain kali fokussssss! Walopun da penat melapis, kena fokusssssss jugak! Huhuhu...

Resepi kek lapis ni, saya ambil original resepinya dari Bro Rozzan, Kek Lapis Peppermint Choc Andes. Tapi saya tak bubuh pun coklat Andes tu. Sebab nakkan rasa kek lapis peppermint coklat je, yang guna 10 biji telur. Kebanyakan kek lapis coklat pudina ni saya tengok telur yang digunakan tak sampai 10 biji, tu yang jadi teragak-agak nak ikut. Takut terendah pulak kek nya. Huhu. So, saya just guna resepi Bro Rozzan saje, ubah sikit-sikit dan eliminate coklat Andes. Resepi yang saya share ni untuk Kek Lapis Peppermint Coklat ya, kalo rasa-rasa nak tersilap bubuh pandan, jadi la nama Kek Lapis Koko Mint Pandan. :D

Jom tengok resepi!

Resepi: Bro Rozzan
By: Sunah Sakura

Loyang: 8" x 8"

Bahan-Bahan:

500 gm mentega
1 sudu teh ovalette
180 gm gula kastor
10 biji telur gred A
120 gm serikaya
1 tin susu pekat manis
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau
2 sudu besar chocolate paste/emulco

Cara membuatnya:


  1. Pukul mentega, ovalette dan gula dengan high speed sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati.
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
  4. Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung hong kong. Pukul sebentar setakat adunan dah rata.


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian;

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi dimasukkan chocolate paste/emulco.

Cara membakar:


  1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C pada api atas dan bawah.
  2. Bakar 5 sudu makan lapisan coklat sehingga masak, kemudian lapis lagi warna coklat menjadi dua lapisan. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, guna api ATAS sahaja.
  3. Setelah lapisan coklat yang kedua masak, lapis pula adunan hijau sebanyak dua lapisan seperti tadi.
  4. Buat selang-seli 2 lapisan coklat, 2 lapisan hijau hingga habis. Setelah lapisan terakhir bewarna sedikit keperangan, tukar api atas dan bawah semula pada suhu yang lebih rendah (100-150 C) selama 10 minit.
  5. Selamat mencuba.




Tuesday, June 03, 2014

Pulut Mangga... Pulut Durian...


Menggoda tak gambar tu?

Alhamdulillah, dah lama sangat buat tapi baru hari ni sempat nak update. Pulut mangga atau pulut durian ni kegemaran encik suami. Pertama kali saya belajar membuat pulut, siap telefon mak lagi, nak tahu cara mak buat pulut. Kemudian bandingkan dengan resepi-resepi kat internet. Ada yang berbeza. Tak semua pulut cara buatnya sama.


Untuk Pulut Mangga dan Pulut Durian ni, saya guna resepi Khao Niaow Ma Muang @ Pulut Mangga kak Ros Jintan Manis. Tergoda tengok gambar pulut mangga dia. Kemasss dan comellll ajeee~ Hihi. Saya ikut resepi kak Ros, tapi ubah sikit part kuah santan. Saya suka kuah putih aje, jadi saya pakai gula biasa yang warna putih, tak pakai gula perang.

Jom tengok resepi!

Resepi: Jintan Manis
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut (pulut susu siam SAKURA) - rendam 1-2jam @ semalaman
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
3-4 sudu makan gula halus/kasar/perang
1 sudu makan tepung jagung
daun pandan
mangga dan durian

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.
  2. Masukkan 1/4 cawan santan yang telah digaul dengan garam. Masukkan sekali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.
  3. Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula halus/kasar/perang (kemanisan ikut selera masing-masing). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung untuk kuah yang agak pekat.
  4. Untuk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga atau durian.
  5. Siap untuk dinikmati.




Thursday, May 08, 2014

Kek Lapis Cadbury...Kek Lapis India


Kek Lapis India...mesti ramai yang tak kenal. Tapi kalau sebut Kek Lapis Cadbury, ramai yang tahu. Sebenarnya, kedua-dua kek ini adalah kek yang sama. Nama asalnya Kek Lapis India, tetapi telah dimodenkan jadi Kek Lapis Cadbury, yang mana lebih melambangkan kek lapis tersebut sendiri. Lagi senang nak gambarkan kepada orang lain, dengar nama je dah tahu tu kek lapis yang ada coklat Cadbury. Hihihi.

Kek Lapis Cadbury ni dah banyak kali dah saya buat, antara kek lapis yang paling banyak menerima tempahan di Selera Sakura. Cuma resepi sahaja yang belum pernah masuk blog. Sebab? Setiap kali buat, mesti habis. Buat lagi, mesti habis. Tak sempat langsung nak ambil gambar yang cantik-cantik untuk masukkan dalam blog. Sampaikan kawan-kawan yang nak try buat pun tanya, mana resepi kek ni, tak ada pun dalam blog? Maka, saya pun copy & paste link dari blog kak Dayang Jack untuk diorang rujuk.

Sememangnya selama ni, saya pakai resepi kak Dayang Jack untuk buat Kek Lapis Cadbury. Cuma saya kurangkan gula sebab kawan-kawan dan customer cakap manis sangat. Coklat Cadbury tu dah manis, kalau kek pun manis, boleh kencing manis nanti. Hihihi. Maka, saya ubah sikit dari resepi asal tu. Jom tengok resepi!

By: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

500 gram mentega berkualiti tinggi
120 gram tepung gandum
200 gram gula halus
10 biji telur ayam gred A
100 gram tepung biskut marie
65 gram serbuk horlicks
50 gram serbuk santan (1 peket)
300 gram susu pekat manis
3 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170-190 'C.
  2. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  3. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  6. Ambil 5 sudu makan adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  7. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong.




Kek Lapis Red Velvet...Menawan dan Mempesonakan


Kek Lapis Red Velvet?

Belum ramai yang mencuba, tapi ada juga yang sudah melopori. Yang biasa dan selalu orang dengar, Kek Red Velvet. Saya pun, ternampak kek ni secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Masa tu tengah survey kek lapis baru untuk dijadikan menu dalam senarai kek lapis Selera Sakura. Belek-belek gambar kek lapis kat google, nampak kek lapis yang sis Sury Abil buat tahun lepas ni. Alhamdulillah, terus tergoda dan nak mencuba.

Kek lapis ni unik bagi saya sebab guna yogurt dalam bahan-bahan dia. Mungkin nak bagi rasa yang hampir-hampir menyamai rasa kek red velvet yang sebenar. Bila kek da sejuk sikit, saya keluarkan dari loyang. Cantik warna merah yang terhasil, memang macam kek red velvet dah. Bila potong, boleh nampak dah betapa moistnya kek ni. Dan terbukti bila dah masuk mulut. Perghhhh! Rasa cheese dan masam-manis yogurt diaaaa!

Menawan dan mempesonakan.

Tu saja boleh kata. Haha. Bahaya ni, boleh naik saiz lilitan pinggang dan paha kalau macam ni. Cepat-cepat lah kita jual! Hahaha~

Ok, ok! Jom tengok resepi!

Resepi: Sury Abil
By: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah

250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan Cheese

500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

Cara-cara membuatnya:

  1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
  2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
  3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.


Selamat mencuba!





Wednesday, April 30, 2014

Snow Cheese Cake...Meleleh!


Fuh!

Dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat teringin nak buat kek yang famous amous dan menjadi kegilaan ramai ni. Sebelum-sebelum ni saya beli je dari penjual kek cheese leleh homemade. Dan lokasinya pula agak jauh dari rumah kat Skudai dulu. Tapi sebab dah suka sangat dengan kek dia je, dah tak jumpa yang lagi sedap dari dia, jauh-jauh pun pergi jugak lah membeli. Ada dalam empat kali juga saya makan kek cheese leleh kak Nuraniza Noni, orang Bandar Baru Uda mungkin kenal kak Noni yang mahir mendeco kek macam kak Azlita juga. Kalau sesiapa berminat nak order kek dari kak Noni, boleh jenguk Facebook dia ok?

Untuk Snow Cheese Cake yang saya buat ni, saya gabungkan resepi dari kek span vanilla Pak Cik Mat Gebu dan topping cream cheese dari kak Siti Delima. Dah lama nak buat kek span PCM tu, sebab tengok bahan-bahan dia senang sangat nak buat. Bila tanya PCM, boleh tak nak guna kek ni buat cheese cake leleh? Ha, boleh katanya!!! Apa lagi! Baru-baru ni, pergilah mencari cream cheese dan cheddar cheese kat Tesco Kepong dan memulakan operasi. Hew hew hew.


Maaf sebab letak dalam pinggan leper yang bulat. Sebab buat last minit, tak beli cake board pun, pinggan segiempat leper pun tak adeee. So, kita pakai apa yang ada dan terleper, ok? Haha! Kek ni sangat enak dimakan sejuk-sejuk! Suami pun suka sebab kurang manis. Saya oter juga bahan dari kek span PCM sebab buat separuh adunan sahaja untuk loyang segiempat 7x7 inci. Resepi yang saya kongsi nanti untuk satu adunan ya, kalau nak buat separuh boleh bahagikan kepada dua bahan-bahan tersebut. Jom tengok resepi!

By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

Vanilla Sponge Cake
160 gram gula halus
15 gram ovallate
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (saya guna minyak jagung)

Cara-cara membuatnya:
  1. Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu.
  2. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  3. Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit atau hingga masak.
  4. Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.


Krim Cheese
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara menghias kek:
  1. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian letakkan bahagian kek yang kedua di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.




Tuesday, April 22, 2014

Makaroni Bakar Style Mat Gebu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar? Makan ape dinner malam ni?

Petang tadi, dalam pukul 6 macam tu saya mula beroperasi di dapur. Dah beberapa hari terbayang-bayang dalam kepala nak buat makaroni bakar. Asyik tertangguh sebab masa tak berapa sesuai untuk baking bila suami tak ada kat rumah. Ye lah, nanti siapa nak habiskan? Heh!

Makaroni bakar gaya ni Pak Cik Mat Gebu pernah buat bersama encik suami suatu ketika dulu. Dah pernah masuk dalam entri blog PCM kat SINI. Jadi, senang sikit lah kita nak buat sambil tanya encik suami, suhu oven berapa? Bakar berapa minit? Padahal dah baca sambil menggoreng makaroninya tadi. Haish, lupa lah. :p

Untuk resepi ni, saya derhaka sikit-sikit ya, sebab tak ada rempah beriani. Saya tukar guna rempah rendang terus! Haha~ Makaroni bakar guna muffin pan ni saya dapat dalam 12 biji. Tu pun ade lebih lagi, saya makan begitu saje~ Dah boleh makan tau yang siap goreng sebelum dibakar tu! Hehe...jom kita tengok resepi!


Resepi: Mat Gebu
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:
1 cawan makaroni yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej, didadu kecil
1 keping daging burger (RAMLY)
1 cawan baked beans (TESCO punya je)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1 biji tomato masak, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah rendang (ADABI)
1/2 camca besar rempah kari daging (ADABI)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak masak
4 biji telur gred A
100 ml susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya (saya guna kepingan Cheesedale)
Serbuk daun Parsley
Sedikit serbuk oregano (optional)
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah rendang, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  2. Masukkan sosej dan daging burger, gaul rata, biar sampai daging masak. Tuang baked beans, dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili hijau dan tomato yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180 C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu sejat, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju, serbuk oregano dan daun parsley atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.




Sunday, April 13, 2014

Quiche Berinti Sosej... Mudah dan Enak!


Assalamualaikum dan selamat hari Ahad!

Alhamdulillah, pagi ni terbuat satu benda yang sangat best. Memandangkan roti dah nak expired, dan tinggal 6 keping, maka saya pun memulakan operasi di dapur. Beberapa hari lepas ternampak kak Aida Abdullah share satu resepi kat Facebook. Encik suami ada komen dan like kat post tu, kata nak buat. Tapi kejut-kejut nak buat sesama, tak bangun. Bila da siap buat, tunjuk kat dia, terus dia bangun.

"Tak aci...abang nak buat dulu!"

Sape suruh tak bangun. :p


Resepi ni sangat mudah, sesuai untuk orang bujang mahupun yang tak bujang. Lelaki pun boleh buat, asalkan ade oven dan muffin pan. Saya olah sikit juga resepi asal untuk pelbagaikan inti. 

Ok, jom tengok resepi!


Resepi: LirikLagu.Net
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:
6 keping roti (saya guna Gardenia)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair/susu segar/susu penuh krim
2 batang sosej (dibelah dua dan dihiris bulat-bulat)
1/2 biji tomato (didadu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk oregano
Garam secukup rasa
Cheese untuk topping
Serbuk daun parsley untuk hiasan


Cara-cara membuatnya:
  1. Letakkan roti ke dalam muffin pan.
  2. Bancuh susu dan telur.
  3. Masukkan inti sosej dan tomato.
  4. Tuang bancuhan susu dan telur ke dalam roti dan tabur cheese.
  5. Taburkan juga serbuk daun parsley dan serbuk lada hitam.
  6. Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 170 C selama 20 hingga 30 minit atau sampai masak.




Monday, March 31, 2014

Ayam Panggang Ajaib


Ajaib la sangat kan.

Hihi.

Sebenarnya malam tadi ade buat sikit makan-makan kat rumah baru bersama kawan-kawan encik suami. Awal-awal dah listkan menu dan cari resepi yang agak-agak boleh dihidangkan kepada tetamu. Siap tanya pandangan Pak Cik Mat Gebu lagi. Resepi ayam panggang ajaib ni pun hasil sesi soal jawab bersama beliau lah ni.

Malam sebelumnya, encik suami kata tak jadi buat makan-makan. Teruslah memuncung secara automatik mulut ni sebab da excited nak masak-masak. Dah tak jadi, nak buat macam mana kan. Pasrah aje lah. Terbayang-bayang carbonara, bihun goreng, kek kukus coklat lapis cheese, puding gembira, ayam panggang etc etc etc.

Tup-tup petang semalam encik suami kata "petang ni masak la jugak ek, kawan datang." Erkkkk! Dahhhhh tak sempat nak buat macam-macam. Buat mana yang ada aje lah dulu bahannya kat rumah. Bihun goreng + ayam panggang + puding gembira. Encik suami pergi belikan bahan-bahan semua tu dengan kawan dia. Saya prepare ape yang boleh disediakan awal.

Untuk ayam panggang ajaib ni, senang ajeeee. Paling mudah resepi ni kalau nak guna pemanggang ajaib. Ha, pemanggang ajaib tau! Dari situ la dapat nama Ayam Panggang Ajaib. Hahaha. Pemanggang ajaib tu hadiah kahwin beberapa bulan lepas. Boleh lah guna, ayam panggang kan sihat dan menyihatkan berbanding kalau goreng. Ayam yang dipanggang guna pemanggang ni pun rasa dia enak ajeee~ Juicy bak kata encik suami, tak terlampau kering, masa memanggang pun tak terlalu lama macam kita panggang secara tradisional.

Ok, jom kita tengok resepi!

Resepi: Mat Gebu
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

3 ketul kepak ayam
3 ketul peha ayam
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1.5 cm halia (ditumbuk halus)
1 sudu besar madu
sedikit kicap pekat Jalen
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak

Cara-cara memanggang:
  1. Semua bahan-bahan digaul bersama dan diperap dalam satu bekas semalaman (4 - 5 jam pun okay, saya perap sejam je sebab nak ekspress)
  2. Panaskan pemanggang ajaib, oleskan dengan sedikit minyak (beberapa titik, sikit je tau!) Gunakan api perlahan sahaja.
  3. Susun bahagian ayam yang telah diperap dalam pemanggang ajaib, kemudian tutup rapat pemanggang.
  4. Balik-balikkan ayam setiap 2-4 minit (selalu tengok tau, sebab ayam sangat cepat masak bila guna pemanggang ajaib ni)
  5. Bila ayam da masak, boleh sapu sedikit madu sebelum dihidangkan.




Monday, March 24, 2014

Selera Sakura Kini di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Dah lama saya tutup kedai, sekarang baru nak bukak balik. Tapi kali ni bukan di Skudai atau Johor Bahru lagi.

Untuk makluman semua, saya telah berpindah ke Damansara Damai, Petaling Jaya. Oleh itu, segala tempahan kek sekarang adalah di sekitar sini sahaja. Melainkan tempahan Kek Lapis Sarawak yang Malaysian wide. Sebab kek lapis kan boleh pos ke seluruh Malaysia~ ;)

Saya baru sahaja berpindah tak sampai seminggu lagi. Sekarang dah duduk bersama encik suami. Cuma, tempahan kena ambil sikit-sikit dan hold sementara menunggu ketibaan peti ais dari rumah sewa lama encik suami. Dalam bisnes kek, peti ais memang sangat penting! Kalau tak, macam mana nak simpan mentega, ovallate, susu-susu yang dah dibuka, kek yang dah siap untuk disimpan, dan lain-lain.

Sebab tu, terima kasih sangat-sangat kepada pelanggan yang memahami dan sanggup menunggu hingga saya bersedia untuk menerima tempahan. Alhamdulillah. Bagi yang berminat untuk menempah, boleh tengok update kepada maklumat tempahan saya di SINI dan SINI.

Akhir sekali, doakan saya di sini. Moga dipermudahkan semuanya disamping encik suami tercinta.




Thursday, March 13, 2014

Happy 25th Birthday Izzah Hazirah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, masa send gambar ni kat encik suami, beliau bertanya, "Siapa Izzah?"

Amboi, mana saya tahu siapa dia. Hihi.

Sebenarnya kek karamel ni tempahan customer dari fanpage Selera Sakura di Facebook. Dia tempah awal seminggu, untuk sambut birthday kawan dia. Budak UTM je rupanya. Dia nak perisa coklat, pandan dan vanilla.

Maka, balik dari lab petang semalam, terus menggigihkan diri buat kek karamel permintaannya, terhasillah kaler macam askar gitu. Sebab hijau, coklat dengan putih kan. Hihi.

Bila kek dah sejuk, saya pun terus cepat-cepat hias atas kek dengan fondant. Ni pun masih bertatih lagi guna fondant, tak berapa nak mahir tapi ada niat dalam hati satu hari nanti nak belajar betul-betul cara hias kek guna fondant, insya'Allah.

Terima kasih Alia dan kawan-kawan! :)




Wednesday, February 26, 2014

Kek Pisang Lembut dan Sedap!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama kek pisang ni saya buat. Tapi baru hari ni teringat nak masukkan entri. Saya buat kek ni untuk suami saya masa dia datang ke Johor beberapa bulan lepas. Masa tu, masih title tunang lagi, datang untuk bincang progress kenduri kahwin. Encik suami request kek pisang, jadi saya pun cari resepi, kebetulan seorang rakan blogger buat kek pisang, terus mintak resepi kat dia.


Kek pisang ni serius sedap. Lembut dan moist aje. Saya guna resepi dari Kakakecik Shida dan kak Ayu Citarasa Rinduan. Belek dedua untuk dapatkan yang terbaik. Jom tengok resepi kek pisang lembut dan sedap ni!

By: Sunah Sakura

Saiz: 8" × 8"

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
  2. Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper.
  3. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  4. 7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  5. Pukul telur bersama gula dan esen pisang sampai putih kembang, masukkan mentega cair/minyak jagung. Gaul sampai rata.
  6. Masukkan pisang yang telah dilecek, pukul lagi sampai sebati.
  7. Kemudian masukkan tepung, gaul rata dengan kelajuan sederhana dan tuangkan ke dalam loyang.
  8. Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
  9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.




Tuesday, February 11, 2014

Kek Lapis Perigi Biru...MeleTOP Habis!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kek Lapis Perigi Biru? Unik kan nama kek lapis ni? Tapi memang dah namanya macam tu, resepi asal bawak dari Sarawak memang guna nama tu. Hihi.

Kek lapis yang ni, adik saya buat raya tahun lepas. Serius sedap gila. Terlaris!!! Sampai kan masa majlis perkahwinan saya dua bulan lepas, saya buat kek lapis ni untuk doorgift. Tapi masa tu, saya tukar warnanya kepada merah jambu dan plain, ikut tema majlis. Hihi.

Bila dah ramai suka, dan makin ramai yang mintak saya buka tempahan untuk kek lapis yang ni, saya pun penuhilah hajat mereka-mereka itu. Insya'Allah Kek Lapis Perigi Biru ni jadi pilihan terbaru Selera Sakura untuk tempahan lepas ni, K13 ok?

Jom tengok resepi dia kalau rasa nak buat sendiri. :)

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Loyang: 8" x 8" x 3"

Bahan-bahan:
16 oz mentega (454 gram - saya guna 2 buku mentega Anchor)
10 biji telur gred A
250 gram gula halus
1 tin kecil susu manis (300 gram)
1 tin kecil seri kaya (170 - 180 gram)
1 sudu makan ovallate
310 gram tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * (*campurkan dan ayak)
1 botol kecil horlicks (200 gram)
pewarna kuning dan biru


Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C api atas dan bawah.
  2. Gris loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
  3. Pukul mentega dengan gula hingga putih, baru masukkan ovallate. Gaul lagi.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  5. Perlahankan mixer, masukkan susu manis dan serikaya. Gaul hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan horlicks, gaul dengan kelajuan paling rendah hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna biru dan kuning.
  8. Bakar 5 sudu makan lapisan kuning pada suhu 175 C menggunakan api atas dan bawah hingga permukaan lapisan keperangan.
  9. Tukar api atas. Lapis lagi warna kuning hingga 6 lapisan, biru 6 lapisan, kemudian kuning 6 lapisan, akhir sekali biru 6 lapisan.
  10. Untuk lapisan terakhir, bila permukaan kek telah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 C selama 10 minit.
  11. Bila kek dah masak, biarkan sejuk di atas relai, sebelum dibalut dengan aluminium foil untuk disimpan dalam peti ais.




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.