Thursday, May 08, 2014

Kek Lapis Red Velvet...Menawan dan Mempesonakan


Kek Lapis Red Velvet?

Belum ramai yang mencuba, tapi ada juga yang sudah melopori. Yang biasa dan selalu orang dengar, Kek Red Velvet. Saya pun, ternampak kek ni secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Masa tu tengah survey kek lapis baru untuk dijadikan menu dalam senarai kek lapis Selera Sakura. Belek-belek gambar kek lapis kat google, nampak kek lapis yang sis Sury Abil buat tahun lepas ni. Alhamdulillah, terus tergoda dan nak mencuba.

Kek lapis ni unik bagi saya sebab guna yogurt dalam bahan-bahan dia. Mungkin nak bagi rasa yang hampir-hampir menyamai rasa kek red velvet yang sebenar. Bila kek da sejuk sikit, saya keluarkan dari loyang. Cantik warna merah yang terhasil, memang macam kek red velvet dah. Bila potong, boleh nampak dah betapa moistnya kek ni. Dan terbukti bila dah masuk mulut. Perghhhh! Rasa cheese dan masam-manis yogurt diaaaa!

Menawan dan mempesonakan.

Tu saja boleh kata. Haha. Bahaya ni, boleh naik saiz lilitan pinggang dan paha kalau macam ni. Cepat-cepat lah kita jual! Hahaha~

Ok, ok! Jom tengok resepi!

Resepi: Sury Abil
By: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah

250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan Cheese

500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

Cara-cara membuatnya:

  1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
  2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
  3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.


Selamat mencuba!





21 comments:

Syarifah Nornazrah Al Yahya said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

sunah, nak tanya.. lepas dah bakar 3 lapisan pertama adunan merah, masukkan adunan cheese kan? tu nk kena masak dulu ke? baru letak lapisan merah? ke macam mana?

Tina Othman said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Menariknya, klu guna yogurt plain boleh ke

Lydia Miza said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sexy!

Akak suka akak suka!!! Nk copy nnt nk buat. Ada cheese mmg syok. Setengah loyang akak leh mkn sorang

Linda said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam... cantiknya red velvet tuh jd kek lapis.. rasenys mesti sesedap gambar nya;-)

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Syarifah Nornazrah Al Yahya

aha, kena bakar dulu lapisan cheese, jangan sampai hangus tau....then baru masukkan lapisan merah pula...

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Tina Othman

boleh...tapi rasanya sedikit berbeza lah.. :)

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Lydia Miza

kak LM..hahaha...bolehhhhhhh...sila makan sorang kalo takmo diet!!! :p

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Linda

aha..sedap2..lagi2 bila lepas keluarkan dari loyang...masa tengah suam2...

Fadilah Mahli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Kalau pakai telur gred b,kna brapa biji?

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

salam. lapisan cheese tu nak bakar berapa minit n pakai api atas jgk ke or atas bwh? tqvm

ila

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

bakar guna api atas sahaja sampai keperangan..jangan sampai hangus...

Nurul said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Waa, ada kek lapis red velvet pula... mesti sedapp ni...
Ooo, adunan merah dan putih lain2 ye... :)

Sury Abil said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Asslm sunah...tqvm sudi mencuba..semalam pun sy buat gak kek ni utk open house.

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Sury Abil

wa'alaikumussalam sis...mekasih datang ke blog..hihi...alhamdulillah kek ni sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai customer...tapi kek ni tak berapa tahan lama kalau di luar peti ais kan...sebab adanya cheese dan yogurt dalam kek rasanya...

Eliza Nojin said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam..agak2 nya berapa lama kek ni boleh tahan ya? Sampai ke 3-4 minggu?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Eliza Nojin

wa'alaikumussalam...kalau sentiasa simpan dalam peti ais, boleh tahan lama...kalau tak simpan dalam peti ais, tak lebih seminggu...sebab ada kandungan cheese...

ros said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Assalam..mohon share sis

Alex Kong said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Hi kak..sedap kek..nk tanya, kalo telur gred b nak letak brp biji?

Alex Kong said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Hi kak, nak tanya kalo telur gred b nak letak brp bji yer? Tq

Aien Arianna said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Xpaham la bab bakar tuuuuu

Zainab Kassim said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

In shaa Allah..Raya ni cuba..tq for sharing..

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.