Friday, October 10, 2014

Congo Bars...Sumpahan Yang Menjadi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hari ni saya nak kongsikan resepi Congo Bars yang mudah dan sedap sangat ni! Sebenarnya kalau google, dah banyak dah yang share resepi Congo Bars ni. Bahan-bahan dan cara membuatnya pun lebih kurang aje semuanya. Tinggal kita je nak alter sesikit ikut kesesuaian anak tekak. Hihi.


Congo Bars ni saya buat untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Buat sekali dengan Kek Pisang untuk suami. Saya pulak bawak Congo Bars ni ke Perak, untuk bekal dalam perjalanan dengan adik-adik ke program Kem Geng Anak Sarawak Super (GESPER'14) sempena raya haji. Pertama kali buat, terus berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Untuk resepi Congo Bars ni, saya guna resepi yang Kak Oeya bagi, sama dengan resepi yang Kak Azlita kongsi dekat blog dia. Kak Oeya ni penjual Congo Bars yang meletup-letup dalam friend list FB saya. Haaa. Kalau musim dia tu, duk pandang Congo Bars dia je kat newsfeed. Kita yang tengok aje ni pun boleh terliur tau! Dah macam kena sumpahan gitu duk terbayang-bayang congo bars dia pagi petang siang malam. Sebab tu sampai tak malu pergi mintak resepi. Kikiki.


Bila google-google kat internet, ramai yang kata ikut resepi asal, Congo Bars sangat-sangat manis. Jadi, saya kurangkan gulanya untuk resepi yang saya kongsikan ni ya. Dan untuk mereka yang belum pernah buat Congo Bars, adunan dia agak keras dan berat untuk digaul. Jadi jangan bimbang kot-kot tak jadi & takut bars nya keras, memang adunan dia cenggitu haa. Ok?

Jom tengok resepi!

Resepi: Kak Oeya & Kak Azlita Masam Manis
By: Sunah Sakura

Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Hai, saya ada resepi Congo Bars yang lain juga di SINI. Jemput cuba ya!




54 comments:

ummi aqilah (LM) said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Nmpk sedap. Nnt akak nk cuba. Tpg gandum je rupanya. Pecan xde walnut je ada umah ni. Hantam je lah ..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@ummi aqilah (LM)

pecan pun boleh akak...saya tak letak pun...choc chips semata..hihi...atas je ade kepingan badam ha..

asnida said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

memang dah try 2 resipi yang berlainan sebelum ni. Lepas ni nak try yang ni pulak. Mmg tak rugi buat berkali2 pun....gerenti sekejap jelesap. Anak2 semua berkenan

Mek Onie said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

paling penting senang je kan nak buat,hehe

Norzuryati Mohamad Basir said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

Jemput ke blog saya

http://norzuryati.blogspot.com

~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam,

awak guna butter ape yea?
SCS or buttercup?
Saya dah pernah try gna resepi awak ni...tp adunan keras..lepas bakar tak kuning keemasan pun...

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

wa'alaikumussalam..

saya guna buttercup je...adunan memang keras...saya ada mention kat atas tu adunan agak keras dan berat untuk digaul...congo bars awak kaler ape? kalau keperangan tu dah ok la...tapi congo bars awak boleh makan tak? saya dah buat dua kali pakai resepi ni, dedua memang menjadi dan memuaskan hati..

Administrator said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

guna api atas bawah ker

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Administrator

aha, api atas bawah

Marjorie Sylventer said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

If guna api atas jer boleh ke? Sbb oven sy yg ada api atas je..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Marjorie Sylventer

kalo boleh guna api atas dan bawah sebab kalau atas sahaja, takut nanti hangit sebab nak bagi masak sampai ke bawah..

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Assalamualaikum ukhti ;)

Buat congobars ni guna mixer @ fully kacau guna spatula je dgn kaedah kaup balik?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

Untuk cara 1 - 4 saya pakai mixer, then 5 ke atas saya pakai spatula...bila awak buat nanti awak boleh rasa memang kena pakai spatula start bubuh tepung..

Azurah said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Assalammualaikum sis..Alhamdulillah saya berjaya buat congo bars ni..1st time buat..sedap n xmanis sgt...anak2 n suami suka..sekejapje dah licin...terima kasih share resepi ni.mmg terbaik...

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

If saya guna soft brown sugar boleh ke?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Azurah

alhamdulillah... :)

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

boleh, saya pakai soft brown sugar

pisangbanana appleepal said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau tunggu sehingga sejuk dahulu?

pisangbanana appleepal said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau perlu tunggu sejuk dahulu?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@pisangbanana appleepal

saya pernah potong dalam kedua-dua keadaan...dua-dua ok.. :)

Azyan Adli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam.sis,sy bru buat congo bar guna rsepi diatas.struktur congo bar cmne ye asalnye? Rsenye cmne? 1st time buat n mkn... Sy punye tu,mse potong jdi hncur... Lembut sgt...

Azyan Adli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam sis

Azyan Adli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam sis...cmne struktur n rse congo bar ni ye? 1st time sy buat n rse tdi guna rsepi kt ats...mse potong tu hncur sikit sbb lembut sgt...

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Azyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Azyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..

Unknown said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Ade beze tak antara tepung diayak dgn kalau tak ayak??

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

mcm mne xnk bg die hancur bila dipotong... adebtips x

hidayah sazli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Klu pakai tepung jek bole x?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Unknown

kalau diayak, tepung akan jadi lebih halus dan tak berketul, bercampur sama rata sebati dengan baking powder..selalunya saya tak ayak pun tepung..terus gaul aje dengan baking powder..then masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

hancur yang macam mana ya...sejukkan dulu before potong..jangan potong panas2 ya..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@hidayah sazli

pakai tepung saja maksudnya takde coklat cip dan walnuts ke atau tak nak pakai baking powder?

Zahidah Yusoff said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Kenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Kenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Saya baru try resepi Congo bars sis....rasenyer sgt superb! Husband saya suka! Terima kasih share resepi!

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sis klau gna tepung naik sendiri blh ke?

Marshidah Mj said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam sis. Saya dah try resepi sis ni. Memang ternyata sedap. Terima kasih sis atas keikhlasan berkongsi resepi sedap ni. :-)

Zuza Friends Ent said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Same lh sy bt 3 kli sume lmbik tgh.. knpe ye?

nur alias said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Saya tak ada loyang 13x9. Kalau saya nak guna loyang saiz 7x7 boleh tak.

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

as salam
congo bar n brownies ni sedap dimakan bila sejuk ke.kalau msk peti ais pn boleh ek..mcm cheese tart

Nadiah Yaya said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Mungkin kena biar congo bar dlm oven dulu dlm beberapa minit then bukak pintu oven sebelum keluarkan. InshaAllah struktur dia akan ok.

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Zuza Friends Ent

kena tambah lagi masa membakar...tapi kalo saya, saya suka yang chewy dan tak terlalu kering

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@nur alias

boleh juga guna acuan 10 x 10 atau bahagi adunan kepada dua kalau guna acuan 8 x 8..7 x 7 bole tapi nanti jadi tebal sikit congo bars nye

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

makan suam2 atau sejuk, dedua boleh..ikut citarasa..ada orang suka panaskan brownies semula dan makan bersama aiskrim..kalau congo bars jangan tambah aiskrim dah, manissss!

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Nadiah Yaya

saya biasanya keluarkan je terus..alhamdulillah ok je..

Nora said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Salam puan, luar ia nmpk cantik tp dlm x msk..klau mcm tu sbb salah suhu ke mcm mana ehh.. atau mmg kene guna loyang 13 x 9 tu? Tkasih ats jwpan

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Nora

kena tambahkan masa membakar dan kurangkan suhu kalo macam tu..contohnya 150 C, 50 minit..kalo belum masak juga, tambah lagi jadi 60 minit

Norzita Samsudin said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Saya dh cuba..tp mendap kat tgh, kenapabya sis. Tp rasa mmg superb..tq

Norzita Samsudin said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Saya dah buat...menang superb rasanya.
Cuma nak tanya kenapa dia mendap kat tengah bila keluarkan dr oven.

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Norzita Samsudin

kena rendahkan sikit suhu dan panjangkan sikit masa membakar..bila da masak, biar sekejap dalam oven sambil pintu oven dibuka sedikit..supaya congo bars tak terkejut dengan perubahan suhu..

Sabrina Amran said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Kalau brown sugar tak cukup nk campur gula biasa boleh?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Sabrina Amran

boleh..pastikan nisbahnya kurang daripada gula perang..

Syazza Qella said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sy nak tanya.. Kalau guna tepung naik sendiri je camne yea?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Syazza Qella

susah jugak nak jawab soalan tu..haha..sebab biasanya kalo ganti 110 gram tepung naik sendiri, guna 100 gram tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder..kalo yang ni baking powdernye 2 1/2 sudu kecil..mungkin sis boleh cuba pakai tepung naik sendiri tapi jadikan 365 gram..boleh cuba dulu..kalo tak jadi, ubah lagi sampai jadi..

sherasan90 said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

waahhh, saya nak try la. :D

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.