Congo Bars...Sumpahan Yang Menjadi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hari ni saya nak kongsikan resepi Congo Bars yang mudah dan sedap sangat ni! Sebenarnya kalau google, dah banyak dah yang share resepi Congo Bars ni. Bahan-bahan dan cara membuatnya pun lebih kurang aje semuanya. Tinggal kita je nak alter sesikit ikut kesesuaian anak tekak. Hihi.


Congo Bars ni saya buat untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Buat sekali dengan Kek Pisang untuk suami. Saya pulak bawak Congo Bars ni ke Perak, untuk bekal dalam perjalanan dengan adik-adik ke program Kem Geng Anak Sarawak Super (GESPER'14) sempena raya haji. Pertama kali buat, terus berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Untuk resepi Congo Bars ni, saya guna resepi yang Kak Oeya bagi, sama dengan resepi yang Kak Azlita kongsi dekat blog dia. Kak Oeya ni penjual Congo Bars yang meletup-letup dalam friend list FB saya. Haaa. Kalau musim dia tu, duk pandang Congo Bars dia je kat newsfeed. Kita yang tengok aje ni pun boleh terliur tau! Dah macam kena sumpahan gitu duk terbayang-bayang congo bars dia pagi petang siang malam. Sebab tu sampai tak malu pergi mintak resepi. Kikiki.


Bila google-google kat internet, ramai yang kata ikut resepi asal, Congo Bars sangat-sangat manis. Jadi, saya kurangkan gulanya untuk resepi yang saya kongsikan ni ya. Dan untuk mereka yang belum pernah buat Congo Bars, adunan dia agak keras dan berat untuk digaul. Jadi jangan bimbang kot-kot tak jadi & takut bars nya keras, memang adunan dia cenggitu haa. Ok?

Jom tengok resepi!

Resepi: Kak Oeya & Kak Azlita Masam Manis
By: Sunah Sakura

Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Hai, saya ada resepi Congo Bars yang lain juga di SINI. Jemput cuba ya!
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

57 Comments

  1. Nmpk sedap. Nnt akak nk cuba. Tpg gandum je rupanya. Pecan xde walnut je ada umah ni. Hantam je lah ..

    ReplyDelete
  2. @ummi aqilah (LM)

    pecan pun boleh akak...saya tak letak pun...choc chips semata..hihi...atas je ade kepingan badam ha..

    ReplyDelete
  3. memang dah try 2 resipi yang berlainan sebelum ni. Lepas ni nak try yang ni pulak. Mmg tak rugi buat berkali2 pun....gerenti sekejap jelesap. Anak2 semua berkenan

    ReplyDelete
  4. paling penting senang je kan nak buat,hehe

    ReplyDelete
  5. Salam,

    awak guna butter ape yea?
    SCS or buttercup?
    Saya dah pernah try gna resepi awak ni...tp adunan keras..lepas bakar tak kuning keemasan pun...

    ReplyDelete
  6. @Anonymous

    wa'alaikumussalam..

    saya guna buttercup je...adunan memang keras...saya ada mention kat atas tu adunan agak keras dan berat untuk digaul...congo bars awak kaler ape? kalau keperangan tu dah ok la...tapi congo bars awak boleh makan tak? saya dah buat dua kali pakai resepi ni, dedua memang menjadi dan memuaskan hati..

    ReplyDelete
  7. If guna api atas jer boleh ke? Sbb oven sy yg ada api atas je..

    ReplyDelete
  8. @Marjorie Sylventer

    kalo boleh guna api atas dan bawah sebab kalau atas sahaja, takut nanti hangit sebab nak bagi masak sampai ke bawah..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ukhti ;)

    Buat congobars ni guna mixer @ fully kacau guna spatula je dgn kaedah kaup balik?

    ReplyDelete
  10. @Anonymous

    Untuk cara 1 - 4 saya pakai mixer, then 5 ke atas saya pakai spatula...bila awak buat nanti awak boleh rasa memang kena pakai spatula start bubuh tepung..

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum sis..Alhamdulillah saya berjaya buat congo bars ni..1st time buat..sedap n xmanis sgt...anak2 n suami suka..sekejapje dah licin...terima kasih share resepi ni.mmg terbaik...

    ReplyDelete
  12. If saya guna soft brown sugar boleh ke?

    ReplyDelete
  13. Salam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau tunggu sehingga sejuk dahulu?

    ReplyDelete
  14. Salam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau perlu tunggu sejuk dahulu?

    ReplyDelete
  15. @pisangbanana appleepal

    saya pernah potong dalam kedua-dua keadaan...dua-dua ok.. :)

    ReplyDelete
  16. Salam.sis,sy bru buat congo bar guna rsepi diatas.struktur congo bar cmne ye asalnye? Rsenye cmne? 1st time buat n mkn... Sy punye tu,mse potong jdi hncur... Lembut sgt...

    ReplyDelete
  17. Salam sis...cmne struktur n rse congo bar ni ye? 1st time sy buat n rse tdi guna rsepi kt ats...mse potong tu hncur sikit sbb lembut sgt...

    ReplyDelete
  18. Azyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..

    ReplyDelete
  19. Azyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mne xnk bg die hancur bila dipotong... adebtips x

      Delete
    2. Saya tak ada loyang 13x9. Kalau saya nak guna loyang saiz 7x7 boleh tak.

      Delete
  20. Ade beze tak antara tepung diayak dgn kalau tak ayak??

    ReplyDelete
  21. @Unknown

    kalau diayak, tepung akan jadi lebih halus dan tak berketul, bercampur sama rata sebati dengan baking powder..selalunya saya tak ayak pun tepung..terus gaul aje dengan baking powder..then masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan..

    ReplyDelete
  22. @Anonymous

    hancur yang macam mana ya...sejukkan dulu before potong..jangan potong panas2 ya..

    ReplyDelete
  23. @hidayah sazli

    pakai tepung saja maksudnya takde coklat cip dan walnuts ke atau tak nak pakai baking powder?

    ReplyDelete
  24. Kenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same lh sy bt 3 kli sume lmbik tgh.. knpe ye?

      Delete
  25. Kenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?

    ReplyDelete
  26. Saya baru try resepi Congo bars sis....rasenyer sgt superb! Husband saya suka! Terima kasih share resepi!

    ReplyDelete
  27. Sis klau gna tepung naik sendiri blh ke?

    ReplyDelete
  28. Salam sis. Saya dah try resepi sis ni. Memang ternyata sedap. Terima kasih sis atas keikhlasan berkongsi resepi sedap ni. :-)

    ReplyDelete
  29. as salam
    congo bar n brownies ni sedap dimakan bila sejuk ke.kalau msk peti ais pn boleh ek..mcm cheese tart

    ReplyDelete
  30. Mungkin kena biar congo bar dlm oven dulu dlm beberapa minit then bukak pintu oven sebelum keluarkan. InshaAllah struktur dia akan ok.

    ReplyDelete
  31. @Zuza Friends Ent

    kena tambah lagi masa membakar...tapi kalo saya, saya suka yang chewy dan tak terlalu kering

    ReplyDelete
  32. @nur alias

    boleh juga guna acuan 10 x 10 atau bahagi adunan kepada dua kalau guna acuan 8 x 8..7 x 7 bole tapi nanti jadi tebal sikit congo bars nye

    ReplyDelete
  33. @Anonymous

    makan suam2 atau sejuk, dedua boleh..ikut citarasa..ada orang suka panaskan brownies semula dan makan bersama aiskrim..kalau congo bars jangan tambah aiskrim dah, manissss!

    ReplyDelete
  34. @Nadiah Yaya

    saya biasanya keluarkan je terus..alhamdulillah ok je..

    ReplyDelete
  35. Salam puan, luar ia nmpk cantik tp dlm x msk..klau mcm tu sbb salah suhu ke mcm mana ehh.. atau mmg kene guna loyang 13 x 9 tu? Tkasih ats jwpan

    ReplyDelete
  36. @Nora

    kena tambahkan masa membakar dan kurangkan suhu kalo macam tu..contohnya 150 C, 50 minit..kalo belum masak juga, tambah lagi jadi 60 minit

    ReplyDelete
  37. Saya dh cuba..tp mendap kat tgh, kenapabya sis. Tp rasa mmg superb..tq

    ReplyDelete
  38. Saya dah buat...menang superb rasanya.
    Cuma nak tanya kenapa dia mendap kat tengah bila keluarkan dr oven.

    ReplyDelete
  39. @Norzita Samsudin

    kena rendahkan sikit suhu dan panjangkan sikit masa membakar..bila da masak, biar sekejap dalam oven sambil pintu oven dibuka sedikit..supaya congo bars tak terkejut dengan perubahan suhu..

    ReplyDelete
  40. Kalau brown sugar tak cukup nk campur gula biasa boleh?

    ReplyDelete
  41. @Sabrina Amran

    boleh..pastikan nisbahnya kurang daripada gula perang..

    ReplyDelete
  42. Sy nak tanya.. Kalau guna tepung naik sendiri je camne yea?

    ReplyDelete
  43. @Syazza Qella

    susah jugak nak jawab soalan tu..haha..sebab biasanya kalo ganti 110 gram tepung naik sendiri, guna 100 gram tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder..kalo yang ni baking powdernye 2 1/2 sudu kecil..mungkin sis boleh cuba pakai tepung naik sendiri tapi jadikan 365 gram..boleh cuba dulu..kalo tak jadi, ubah lagi sampai jadi..

    ReplyDelete
  44. waahhh, saya nak try la. :D

    ReplyDelete
  45. Assalammualaikum terima kasih tunjuk resepi..sya dah cuba dan hasilnya 100% sucess sedap di makan dgn kopi panas..sampai reseki saya ramai yg nak oder kek ne..terima kasih byk2

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum. Trima kasih share resepi. Saya baru nak try buat stelah sekian lamanya viral. Hehe. Sya nk tnya sis tepung gandum sis pakai tu jenama apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 jenama pun boleh, saya guna blue key, kadang2 guna cap lili, kadang2 MFM, kadang2 cap sauh

      Delete
  47. Alhamdulillah aya dah try resipi ni mmg tersangat sedap!Saya bakar 25 minit, ni nak try bakar 20 minit pulak. Makan panas sedap, sejukpun sedap sangat simpan dlm fridge
    ��

    ReplyDelete
Previous Post Next Post