Tilapia Masak Lemak Cili Padi

Subhanallah. Masya Allah.

Sedap sangat, ok?!

Masalahnya kenapa la tak amek gambar yang cantik-cantik. Punya tak sabar nak makan sampai takde ape dah nak diambil gambar. Tinggal gambar ni sekeping je yang upload kat Instagram hari tu. Haha! Tak apa lah, nak share jugak resepi ni walaupun boleh google sendirik!

Sebenarnya ikan tilapia ni encik suami dapat masa pergi memancing dengan kawan dia beberapa minggu lepas. Sebelum dia pergi ke Kuala Lumpur, saya buatkan masak lemak cili padi ikan ni, itu pun beberapa minggu lepas ye. Maksudnya ni masakan berkurun dah tapi baru sekarang nak update. Kui kui kui.

Ok, bila saya google, saya belek satu-satu resepi kat top page google tu. Jumpa lah satu resepi yang berkenan di hati dan agak simple cara buatnya. Blog Ayunalisa. Dia tak tumis bahan-bahannya, just reneh macam tu aje semua. Lebih kurang cara saya buat ayam masak lemak cili padi selalunya. Cuma saya ubah sikit, saya goreng dulu ikan tu baru saya masukkan dalam kuah yang mendidih.

Jom belek resepi!

Bahan-bahan:

2 ekor ikan tilapia (belah dua, kelar sedikit, gaul dengan garam, kunyit dan sedikit asam jawa)
seinci kunyit hidup*
3 ulas bawang merah*
7 tangkai cili padi*(* ditumbuk/dikisar halus)
2 batang serai dititik
2 tangkai daun kesom
1 keping asam keping
1/2 - 1 cawan santan pekat (ikut suka nak lemak macam mana)
garam dan gula secukup rasa
lobak merah (optional - potong panjang-panjang)

Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng ikan sampai garing. Ketepikan.
  2. Dalam sebiji periuk, satukan santan dengan semua bahan tumbuk tadi bersama dengan serai dan daun kesom. Masak sehingga kuah mendidih. Jangan lupa masukkan asam keping. Kacau kuah santan supaya tidak pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan ikan tilapia, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan kuah meresap ke dalam isi ikan lebih kurang 5-10 minit dengan api kecil.
  4. Rasa, jika ok, boleh tutup api dan hidangkan panas-panas.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

2 Comments

Previous Post Next Post