Menu

Assalamualaikum dan selamat tengahari!

Siapa suka pizza?

Siapa suka pizza banyak cheese?

Meh nak rekemen Authentic Italian Pizza by Yus Bianco. Kedai ni da lama da bukak kat Pekan Francais, Taman Pulai Perdana. Tapi baru beberapa hari lepas je kawan saya ajak makan kat sini. Serius tak pernah tahu pun ade pizza sesedap ni. Kitorang pergi tu da petang, dalam kul 4 kot? Kat Profile FB Yus Bianco, katanya opening hours adalah 2.30 petang hingga 11.30 malam.


Kat sini ada macam-macam menu pizza, harga dalam range RM 11 - RM 15, 1 pan ade 8 slices. Kalau nak extra cheese dan topping, boleh tambah RM 2 masing-masing. Masa tu, kami pilih Hawaiian Chicken Pizza. Subhanallah, sedap sangat! Roti pizzanya lembut dan cheese dia melimpah-limpah ke ladang gandum!! Hahaha! Over kan! Tapi serius, sedap!


Kalau korang teringin, boleh la berkunjung ke kedai diorang kat Taman Pulai Perdana:

Cawangan Pulai Perdana
Gazebo Pekan Francais
Tmn Pulai Perdana
81300 JB
014-6164951

Eh, diorang ade cawangan lain jugak tau! Ni cawangan baru diorang yang hipster gituuu:

Cawangan Skudai
No15, Jalan Suasa 1,
Tmn Sri Skudai
81300 JB
013-7070615

Diorang ade buat delivery jugak! Boleh la call nombor tertera ya!

Ermmm...kalau nak tengok pizza yang lebih bergetah gituu, gi kat FB Page Yus Bianco!
0

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats