Thursday, November 17, 2016

Chewy Congo Bars... Resepi Pilihan Saya

Assalamualaikum dan selamat tengahari!

Disebabkan ramai sangat komen kat entri Congo Bars... Sumpahan Yang Menjadi tu, saya terdetik nak share resepi versi yang lain untuk Congo Bars ni. Dan dengan resepi ini lah saya buat tempahan pelanggan. Resepi sebelum ni agak kering luar dan dalam kalau dah masak, tetapi resepi yang ini bars nya lebih terasa moist dan kenyal di dalam, sangat bercrust di atasnya. Semasa menguli pun boleh rasa kenyal dia tu. Fakta bahawa Congo Bars adalah half cake and half cookies tu lebih kena pada resepi yang ini.


Jika membakar Congo Bars, letakkan rak oven di tengah-tengah oven. Baru lah Congo Bars akan dibakar dengan sekata. Untuk pastikan Congo Bars dah betul-betul masak, tengok kepingan badam. Kalau kepingan badam dah nampak hampir keperang-perangan (ada sedikit warna coklat2, boleh keluarkan dari oven. Tapi kalau tak pakai kepingan badam, permukaan Congo Bars akan berwarna keperang-perangan apabila sudah masak (bukan terlalu coklat). Selepas masak, ia akan turun sedikit sebab dalam dia moist. Tunggu dah sejuk betul baru keluarkan dari loyang dan potong. Kalau panas-panas, Congo Bars masih terlalu lembik kerana kandungan gula masih cair, belum cukup kukuh 'mengikat' semua elemen bars.

Kalau anda inginkan kelainan, give it a try! Ok, jom semak bahan-bahan Chewy Congo Bars, resepi ni saya dapat dari blogger Ruzz Ezanie. Terima kasih Ruzz!

Bahan-bahannya:
340 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
1 lb gula perang - 450 gram (boleh kurangkan hingga 350 gram untuk hasil sama tapi kurang manis, kalau kurang dari ni, tekstur akan jadi lebih kering)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
200 gm chocolate chips
100 gm kacang walnut atau apa-apa jenis kacang - potong kecil dan bakar sekejap dalam oven (150 C, 5 minit)
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-caranya: (sepenuhnya menggunakan senduk kayu/spatula)

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, dengan menggunakan senduk kayu atau spatula, campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kaup balik rata-rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 10 x 10 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak (lebihkan kertas minyak hingga melebihi paras loyang - supaya senang nak keluarkan).
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 35-45 minit atau sehingga permukaan atasnyer keperang-perangan. Jangan terlebih bakar.




3 comments:

tiga lalat said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

wak sedapnyer., ;'p

wawa J said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Guna buttercup blh ke? Saya guna buttercuo nak buat brownies selalu tak jadi.

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@wawa J

cuba try..ade juga baca orang lain pakai buttercup je..saya guna twincows/farmcows

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.