Thursday, June 01, 2017

Sambal Tempe Senang dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam 6 Ramadhan.

Tiba-tiba saya bersiaran, hairan tak? Hihi. Dah lama benar blog ni menyepi. Disebabkan saya lebih banyak menggunakan medium Instagram untuk @selerasakura, blog ni pun macam segan mati tak mau aje kan! Maka, alang-alang tadi untuk berbuka saya ada buat sambal tempe, terus terfikir nak masukkan dalam blog ni. Hilang lah sikit sawangnya kan? Haha!

Sambal Tempe Mabelesss! Hahaha!

Sambal tempe, mesti ramai yang suka makan, tambah-tambah kalau bulan puasa ni. Sahur makan sambal tempe dengan nasi panas pun dah cukup! Berbuka pulak, boleh dijadikan lauk sampingan. Buat banyak-banyak terus untuk seminggu dua, tak pun kalau rajin, buat sampai sebulan hahh, senang kerja, kan!

Pagi tadi nampak kak Ummi Zaihadi post gambar Sambal Sira Tempe dia kat Instagram @ummizaihadi, terus lahh menunaikan hajat sejak awal puasa. Sebenarnya semalam lagi dah beli bahan-bahan untuk buat sambal ni, tapi time nak prepare tu baru perasan minyak da habis! Haaa, nampak nau kan baru nak start memasak sejak 1 Ramadhan. Hahaha! So, disebabkan minyak tu cukup untuk buat gulai je semalam, saya pun tunda lah sambal tempe ke hari ini. Gitu lahhh kisahnya!

Ok, jom lah tengok resepi! Tapi takde gambar step by step lak. Gambar kentang yang dah digoreng je sempat snap sebab dia mengganggu iman orang berpuasa. Hahaha! Yang lain tu bayangkan lah ye! :p

Potato chips yang dah siap digoreng. Guna api besar, k!

Bahan-bahannya:
1 bungkus tempe (yang rega RM1.00-1.20) - belah tiga, dan hiris nipis
4 biji kentang saiz kecil (buang kulit, sagat nipis, rendam sekejap dan toskan airnya)*
1 cawan ikan bilis (basuh, rendam sekejap dan toskan airnya)
1/2 cawan kacang tanah (disangai tanpa minyak)
2 senduk cili kisar (kalau nak lagi pedas, boleh tambah lagi)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji bawang Holland (dihiris)
Gula dan garam secukup rasa**
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 biji bawang merah ros***

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana - besar, goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama, goreng pula hirisan kentang hingga sedikit kecoklatan. Ketepikan.
  3. Dengan minyak tadi juga, goreng ikan bilis hingga garing dan rangup krup krap. Haha! Ketepikan juga.
  4. Tambah minyak jika perlu untuk start menumis sambal. Bila minyak da panas, masukkan bawang merah yang dah dikisar. Tumis sampai terbit minyak, baru masukkan cili kisar. Gaul dan goreng sampai cili garing.
  5. Bila dah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Gaul dan goreng lagi sampai sambal kering dan terbit minyak, baru masukkan hirisan bawang holland. Gaul dan pastikan dah takde air dalam sambal.
  6. Rasa jika ok, boleh tutup api.
  7. Biar sambal suam sedikit, baru masukkan kacang yang dah disangai, tempe goreng, kentang goreng dan ikan bilis goreng tadi. Gaul semua sampai sambal sebati. Dah siapppp!! Sedapppp!

*Kak Ummi Zaihadi bagi tips, rendam bersama air kapur untuk memastikan kentang keras dan rangup semasa digoreng.
**Saya letak 1 1/2 sudu besar gula, dan 1/2 sudu kecil garam.
***Kak Ayu Citarasa Rinduan bagi tips, untuk sambal yang sedap, gunakan bawang ros sepenuhnya, tak perlu campur bawang putih.




0 comments:

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.