Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Dah lama tak bersiaran di sini. Cuti panjang sungguh. Jadi, sekembalinya saya ke sini, teringin sangat nak kongsi satu resepi kek lapis yang baru. Kek Lapis Hidayah. Sebenarnya nama ni dapat dari drama TV3, HidayahMu Ramadhan masa bulan puasa yang lepas. Ok je kan nama tu, nak letak nama Kek Lapis Zara Zya kang macam over sangat. Hahaha!
Kek Lapis Hidayah ni lebih kurang sama rasanya macam Kek Lapis India, cuma ada kurang lebih sikit-sikit dari segi bahan-bahan dan cara membakarnya. Kalau Kek Lapis India guna coklat Cadbury yang disusun-susun, kek ni guna butang coklat susu yang dicampak-campak aje. Haha. Boleh gitu? Ok, jom tengok resepi!
Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura
Loyang: 8" x 8"
Bahan-bahan:
500 g mentega (SS guna Anchor)
10 biji telur ayam gred A
300 g susu pekat manis
200 g gula halus
1 st esen vanilla
1 sb ovallate
100 g horlicks
100 g tpg biskut marie
50 g santan paket
200 g tpg gandum
500 g milk chocolate coins (dipatah-patahkan)
Cara-cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Sediakan loyang & griskan dasarnya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
Pukul mentega, gula, esen vanilla dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga sebati.
Perlahankan mixer, masukkan susu dan seri kaya pukul lagi hingga adunan bergaul rata.
Masukkan horlicks, tepung biskut marie, santan dan tepung gandum, sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 Bahagian.
- Bahagian 1 : Warna Biru.
- Bahagian 2 : Warna Merah Jambu.
Cara2 melapis: Lapiskan adunan biru terlebih dahulu sebanyak 5 sudu makan menggunakan api atas dan bawah. Bila masak, keluarkan dari oven dan tukar kepada api atas sahaja untuk lapisan seterusnya hingga habis. Tekan sedikit lapisan kek tadi dengan penekan kuih (SS guna sudu aje). Kemudian lapiskan adunan biru sebanyak 5 sudu makan lagi. Taburkan kepingan coklat coins sebelum dibakar.
Bila sudah masak lapisan tersebut, lapiskan pula dengan adunan merah jambu. Buat sama macam adunan warna biru sebanyak 2 lapisan kemudian ditaburkan kepingan coklat coins. Ulang semula sehingga habis.
Wahhhh.. mesti sedap kan..
ReplyDelete