Hari ni saya nak kongsikan resepi Congo Bars yang mudah dan sedap sangat ni! Sebenarnya kalau google, dah banyak dah yang share resepi Congo Bars ni. Bahan-bahan dan cara membuatnya pun lebih kurang aje semuanya. Tinggal kita je nak alter sesikit ikut kesesuaian anak tekak. Hihi.
Congo Bars ni saya buat untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Buat sekali dengan Kek Pisang untuk suami. Saya pulak bawak Congo Bars ni ke Perak, untuk bekal dalam perjalanan dengan adik-adik ke program Kem Geng Anak Sarawak Super (GESPER'14) sempena raya haji. Pertama kali buat, terus berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah.
Untuk resepi Congo Bars ni, saya guna resepi yang Kak Oeya bagi, sama dengan resepi yang Kak Azlita kongsi dekat blog dia. Kak Oeya ni penjual Congo Bars yang meletup-letup dalam friend list FB saya. Haaa. Kalau musim dia tu, duk pandang Congo Bars dia je kat newsfeed. Kita yang tengok aje ni pun boleh terliur tau! Dah macam kena sumpahan gitu duk terbayang-bayang congo bars dia pagi petang siang malam. Sebab tu sampai tak malu pergi mintak resepi. Kikiki.
Bila google-google kat internet, ramai yang kata ikut resepi asal, Congo Bars sangat-sangat manis. Jadi, saya kurangkan gulanya untuk resepi yang saya kongsikan ni ya. Dan untuk mereka yang belum pernah buat Congo Bars, adunan dia agak keras dan berat untuk digaul. Jadi jangan bimbang kot-kot tak jadi & takut bars nya keras, memang adunan dia cenggitu haa. Ok?
Jom tengok resepi!
Resepi: Kak Oeya & Kak Azlita Masam Manis
By: Sunah Sakura
Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-cara membuatnya:
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
- Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
- Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Hai, saya ada resepi Congo Bars yang lain juga di SINI. Jemput cuba ya!
Nmpk sedap. Nnt akak nk cuba. Tpg gandum je rupanya. Pecan xde walnut je ada umah ni. Hantam je lah ..
ReplyDelete@ummi aqilah (LM)
ReplyDeletepecan pun boleh akak...saya tak letak pun...choc chips semata..hihi...atas je ade kepingan badam ha..
memang dah try 2 resipi yang berlainan sebelum ni. Lepas ni nak try yang ni pulak. Mmg tak rugi buat berkali2 pun....gerenti sekejap jelesap. Anak2 semua berkenan
ReplyDeletepaling penting senang je kan nak buat,hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteawak guna butter ape yea?
SCS or buttercup?
Saya dah pernah try gna resepi awak ni...tp adunan keras..lepas bakar tak kuning keemasan pun...
@Anonymous
ReplyDeletewa'alaikumussalam..
saya guna buttercup je...adunan memang keras...saya ada mention kat atas tu adunan agak keras dan berat untuk digaul...congo bars awak kaler ape? kalau keperangan tu dah ok la...tapi congo bars awak boleh makan tak? saya dah buat dua kali pakai resepi ni, dedua memang menjadi dan memuaskan hati..
guna api atas bawah ker
ReplyDelete@Administrator
ReplyDeleteaha, api atas bawah
If guna api atas jer boleh ke? Sbb oven sy yg ada api atas je..
ReplyDelete@Marjorie Sylventer
ReplyDeletekalo boleh guna api atas dan bawah sebab kalau atas sahaja, takut nanti hangit sebab nak bagi masak sampai ke bawah..
Assalamualaikum ukhti ;)
ReplyDeleteBuat congobars ni guna mixer @ fully kacau guna spatula je dgn kaedah kaup balik?
@Anonymous
ReplyDeleteUntuk cara 1 - 4 saya pakai mixer, then 5 ke atas saya pakai spatula...bila awak buat nanti awak boleh rasa memang kena pakai spatula start bubuh tepung..
Assalammualaikum sis..Alhamdulillah saya berjaya buat congo bars ni..1st time buat..sedap n xmanis sgt...anak2 n suami suka..sekejapje dah licin...terima kasih share resepi ni.mmg terbaik...
ReplyDeleteIf saya guna soft brown sugar boleh ke?
ReplyDelete@Azurah
ReplyDeletealhamdulillah... :)
@Anonymous
ReplyDeleteboleh, saya pakai soft brown sugar
Salam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau tunggu sehingga sejuk dahulu?
ReplyDeleteSalam sis.. congo bars sesuai dipotong ketika panas atau perlu tunggu sejuk dahulu?
ReplyDelete@pisangbanana appleepal
ReplyDeletesaya pernah potong dalam kedua-dua keadaan...dua-dua ok.. :)
Salam.sis,sy bru buat congo bar guna rsepi diatas.struktur congo bar cmne ye asalnye? Rsenye cmne? 1st time buat n mkn... Sy punye tu,mse potong jdi hncur... Lembut sgt...
ReplyDeleteSalam sis
ReplyDeleteSalam sis...cmne struktur n rse congo bar ni ye? 1st time sy buat n rse tdi guna rsepi kt ats...mse potong tu hncur sikit sbb lembut sgt...
ReplyDeleteAzyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..
ReplyDeleteAzyan Adli..wassalam..congo bars tak sepatutnya hancur bila potong..struktur congo bars ni antara brownies dan kek..tak lembut macam kek dan tak terlalu padat macam brownies..
ReplyDeletemcm mne xnk bg die hancur bila dipotong... adebtips x
DeleteSaya tak ada loyang 13x9. Kalau saya nak guna loyang saiz 7x7 boleh tak.
DeleteAde beze tak antara tepung diayak dgn kalau tak ayak??
ReplyDeleteKlu pakai tepung jek bole x?
ReplyDelete@Unknown
ReplyDeletekalau diayak, tepung akan jadi lebih halus dan tak berketul, bercampur sama rata sebati dengan baking powder..selalunya saya tak ayak pun tepung..terus gaul aje dengan baking powder..then masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan..
@Anonymous
ReplyDeletehancur yang macam mana ya...sejukkan dulu before potong..jangan potong panas2 ya..
@hidayah sazli
ReplyDeletepakai tepung saja maksudnya takde coklat cip dan walnuts ke atau tak nak pakai baking powder?
Kenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?
ReplyDeleteSame lh sy bt 3 kli sume lmbik tgh.. knpe ye?
DeleteKenapa congo bars saya lembik kat tengah ya?
ReplyDeleteSaya baru try resepi Congo bars sis....rasenyer sgt superb! Husband saya suka! Terima kasih share resepi!
ReplyDeleteSis klau gna tepung naik sendiri blh ke?
ReplyDeleteSalam sis. Saya dah try resepi sis ni. Memang ternyata sedap. Terima kasih sis atas keikhlasan berkongsi resepi sedap ni. :-)
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletecongo bar n brownies ni sedap dimakan bila sejuk ke.kalau msk peti ais pn boleh ek..mcm cheese tart
Mungkin kena biar congo bar dlm oven dulu dlm beberapa minit then bukak pintu oven sebelum keluarkan. InshaAllah struktur dia akan ok.
ReplyDelete@Zuza Friends Ent
ReplyDeletekena tambah lagi masa membakar...tapi kalo saya, saya suka yang chewy dan tak terlalu kering
@nur alias
ReplyDeleteboleh juga guna acuan 10 x 10 atau bahagi adunan kepada dua kalau guna acuan 8 x 8..7 x 7 bole tapi nanti jadi tebal sikit congo bars nye
@Anonymous
ReplyDeletemakan suam2 atau sejuk, dedua boleh..ikut citarasa..ada orang suka panaskan brownies semula dan makan bersama aiskrim..kalau congo bars jangan tambah aiskrim dah, manissss!
@Nadiah Yaya
ReplyDeletesaya biasanya keluarkan je terus..alhamdulillah ok je..
Salam puan, luar ia nmpk cantik tp dlm x msk..klau mcm tu sbb salah suhu ke mcm mana ehh.. atau mmg kene guna loyang 13 x 9 tu? Tkasih ats jwpan
ReplyDelete@Nora
ReplyDeletekena tambahkan masa membakar dan kurangkan suhu kalo macam tu..contohnya 150 C, 50 minit..kalo belum masak juga, tambah lagi jadi 60 minit
Saya dh cuba..tp mendap kat tgh, kenapabya sis. Tp rasa mmg superb..tq
ReplyDeleteSaya dah buat...menang superb rasanya.
ReplyDeleteCuma nak tanya kenapa dia mendap kat tengah bila keluarkan dr oven.
@Norzita Samsudin
ReplyDeletekena rendahkan sikit suhu dan panjangkan sikit masa membakar..bila da masak, biar sekejap dalam oven sambil pintu oven dibuka sedikit..supaya congo bars tak terkejut dengan perubahan suhu..
Kalau brown sugar tak cukup nk campur gula biasa boleh?
ReplyDelete@Sabrina Amran
ReplyDeleteboleh..pastikan nisbahnya kurang daripada gula perang..
Sy nak tanya.. Kalau guna tepung naik sendiri je camne yea?
ReplyDelete@Syazza Qella
ReplyDeletesusah jugak nak jawab soalan tu..haha..sebab biasanya kalo ganti 110 gram tepung naik sendiri, guna 100 gram tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder..kalo yang ni baking powdernye 2 1/2 sudu kecil..mungkin sis boleh cuba pakai tepung naik sendiri tapi jadikan 365 gram..boleh cuba dulu..kalo tak jadi, ubah lagi sampai jadi..
waahhh, saya nak try la. :D
ReplyDeleteAssalammualaikum terima kasih tunjuk resepi..sya dah cuba dan hasilnya 100% sucess sedap di makan dgn kopi panas..sampai reseki saya ramai yg nak oder kek ne..terima kasih byk2
ReplyDeleteAssalamualaikum. Trima kasih share resepi. Saya baru nak try buat stelah sekian lamanya viral. Hehe. Sya nk tnya sis tepung gandum sis pakai tu jenama apa ya?
ReplyDeleteapa2 jenama pun boleh, saya guna blue key, kadang2 guna cap lili, kadang2 MFM, kadang2 cap sauh
DeleteAlhamdulillah aya dah try resipi ni mmg tersangat sedap!Saya bakar 25 minit, ni nak try bakar 20 minit pulak. Makan panas sedap, sejukpun sedap sangat simpan dlm fridge
ReplyDelete��