Menu

Kek Karamel Pandan Choco-Berry


Hari ini merajinkan diri buat kek karamel. Sebelum ni tengok kak Shida buat, kali ni nak buat sendiri pulak. Tengahari tadi, cek barang-barang yang ada kat rumah, susu sejat dengan gula kastor takde. So, gi kedai runcit depan rumah kejap, carik bebarang's tu. Alhamdulillah ade. Kul 12 da start buat, kul 2.30 start membaking. Punya lama kan tempoh masa. =.= Mana nak jaga anak lagi, tu yang jadi lambat tu. Anak kucing je tapi... :p Jom ler tengok resepi, sama macam sebelum ni, cuma kali ni ade tiga perisa.

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS (karamel)
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanilla
3 biji kuning telur
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.


MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
  • Pewarna coklat + perisa coklat
  • Pewarna hijau + perisa pandan
  • Pewarna merah jambu + perisa strawberry

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan coklat, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan hijau, tuang ke atas adunan coklat dan ambil satu senduk adunan merah jambu, tuang pula ke atas adunan hijau tadi. Ulang sampai adunan habis.
  3. Kek karamel sebelum dimasukkan ke dalam oven
  4. Panaskan oven selama 10 minit.
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  6. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  7. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  8. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.

8 comments:

Solihin Zubir said...

uiiiii.. kelihatan sgt sedappp.. nyam3..

FasiHaH SupiaN said...

sedap2 hari tu dah buat..hehe

Amie said...

Salam kenal Sunah Sakura, follower 267

aDisH.sHidA said...

alhamdulillah menjadi.....tebal cantik molek je
warna colorful hehee

leh amik tempahan dah nie

Anonymous said...

karemel tu nak bakar dulu ke atau bakar same2 dgn kek?

Sunah Sakura said...

@Anonymous

bakar sekali bersama2 dengan kek... :)

Anonymous said...

nak buh pewarna + perisa tu lepas campur putih atau sebelum campur putih telur?

Sunah Sakura said...

@Anonymous

ok saya da betulkan..terima kasih bertanya... :)

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats