Resepi ni pernah saya kongsikan dulu-dulu kat SINI. Kali ni try buat pulak, jadilah macam kat atas ni. Tapi bahan-bahan sebenarnya kurang kat rumah, ade yang saya tak guna pun dari resepi asal tu. Chocolate Emulco takde, saya guna perisa coklat je. Jem strawberry tak guna, guna Strawberry Emulco je. Banyak gak la yang diderhakakan. Hasilnya kaler tak berapa nampak sangat. Hehehe... So, jom kita tengok resepi ye~
Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellette
10 biji telur saiz besar
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)
1 sudu teh pewarna coklat (tak guna ni, sebab takde kat rumah)
50 gm jem strawberry (guna Strawberry Emulco je)
1 sudu teh pewarna merah (takde gak..hahaha)
50 gm seri kaya
1/2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau
Cara-cara Membuatnya:
- Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
- Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
- Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna coklat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yang akhir dibubuh seri kaya, pes pandan & pewarna hijau.
- Dengan menggunakan loyang 7" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama -plain, kedua -merah, ketiga -coklat dan yang akhir hijau. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
Nota:
Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jangan digunakan.
kak..rajinnya...sy tak pernah wat kek lapis...setakat kek coklat, marble tu pandailah.....tapi suka makan kek...cheese cake smlm pun cam senang nak buat....
ReplyDelete@FasiHaH SupiaN
ReplyDeletehehehe...try la wat ciskek semalam yee... memang senang~ :)
cantiknyer.. rajin sunah
ReplyDeletewahhhhhhhh rajinnya ko sunah...huhuhuh
ReplyDeletePstt apakata hntr sini bukit indah sikit..huhuhuhu
jumpa kat jusco jek..hahahahahahaha :p
rajinnya..patutlah pakcik mat kata dia tercium bau kek..hehehe
ReplyDelete@Isteri Encek Bard
ReplyDeleteerr..tak rajin sangat pun kak.. sebab tu jadi derhaka2 tu... :p
@Sis-Lin
ReplyDeleteahahahahah~ tak sempatttttttttt!
@Cik Eka
ReplyDeletehehehe...semalam lagi tu dia asek YM, melapis lagi ke???
errr....dik sunah, cik sue nak tempah utk raya boleh tak???suka sgt kek lapis tpi tak pandai buat
ReplyDeletebru tau kewujudan blog ni... Boleh bukak kedai kek ni..hehe
ReplyDeletekomen sambil kagum ni Sunah..k.zla nak order utk raya bleh?
ReplyDeletejust discovered diz blog from ur fb kak sunah....nmpk sedap....pndai baking jgk ye... :)
ReplyDeleteKalau tunjuk resepi time puasa nih,memang menitik air liur....hehehehe
ReplyDeletesedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap nak lagi....msam2 manis...akak booking siap2 utk raya nie
ReplyDeletesunah,telor guna smua or kuning je?
ReplyDelete@Nur Hatiku.....
ReplyDeletesemua... :)