Bukan pengantin punya??? Aha...bukan, bukan. Hahaha... Pak Cik Mat je yang selalu buat telur pengantin. Ni telur mata... Pecah punya... Jom tengok resepi~
Bahan-bahan:
4 biji telur (digoreng telur mata kerbau)
1/2 biji epal merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (dipotong dadu)
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
1 sudu gula
Bahan kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1/2 biji tomato
Cara-cara membuatnya:
- Tumis bunga cengkih dan bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan kentang, bagi kentang empuk sedikit, masukkan epal. Masukkan jugak sos cili dan gaul rata.
- Masukkan gula dan garam secukupnya.
- Masukkan pulak telur mata kerbau yang da siap digoreng tadi.
- Tak perlu lama, cukup sekadar bagi kuah dia meresap. Rasa, kalau ok boleh tutup api.
Suka buat macam ni, kesian Cik Epal, asyik kena masak ajeee.
Ceq kata: Kalo ade nenas, boleh gak bubuh nenas kannnn...
Tags:
telur
wah ade epal lagi
ReplyDeletenice