Thursday, March 31, 2011

Lempeng Telur Cicah Asam Pedas

بسم الله الرحمن الرحيم


Semalam masak asam pedas, tapi tak up lak entrinya. Nak tengok resepi asam pedas tu leh klik kat Pak Cik Mat ni. Kuah dia ada lagi sikit tadi yang tinggal, jadi ape lagi, ceq pun buatlah lempeng kan untuk sarapan pagi ni...


Tergoda tak? Mesti tak, kan? Huhuhuhu... Okie, jom tengok resepi.

Saiz: 4 orang

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur ayam
air secukupnya
minyak masak

Cara-cara melempeng:

Tepung gandum, gula, garam disatukan dalam blender. Wahahaha~ dahsat tak? Pakai blender ni...nape pakai blender? Nak bagi tekstur dia lagi halus...dan lebih sebati dengan mudah, ok?
Then masukkan air sikit-sikit. Jangan pekat sangat ye...Bagi sedang-sedang cair je.
Lepas tu masukkan telur. Kisar lagi.
Dah tu panaskan satu sudu besar minyak dalam kuali. Tuang adunan lempeng membentuk bulatan ye...ratakan guna senduk.
Bila da kekuningan bahagian bawah tu, balikkan pulak...
Lepas tu, da ok kedua-dua belah, boleh angkat. Ulang balik buat lempeng dalam kuali sampai habis adunan.

Tadi ceq buat tak sukat pun 1 lempeng berapa ml..tapi tadi dapat dalam 6 keping yang tak sama saiz semua. Hahahaha~ Ade yang last tu paling besar...:p Tapi sedap, ok? Kalo ampa semua suka, boleh sukat ye. Terpulang. :)

Ceq kata: Rasa macam makan roti canai pulak.





Sunday, March 20, 2011

Gara-gara Mereka...Ceq Pun Mendonat!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Siapa mereka? Kak Shida, Kak LM, Abang Ady, Pak Cik Mat...Hahaha~ adohhhhhh...setelah bertanya tips tentang yis kat Pak Cik Mat pagi tadi, maka ceq pun cuba la buat kan...sebelum ni memang payah benar ceq nak aktifkan yis tu, last-last mati sendirik...kesian dia...T_T


Okie, jom tengok bahan-bahan dia ye...ceq amek dari Pak Cik Mat kat SINI~~~ ubah sikit je tang lemak sayur tu...

BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar marjerin
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Gula halus untuk salut donat

CARA MEMBUATNYA:

Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Hah, ayat cara membuatnya tu sume Pak Cik Mat punya. Hahaha~ Ekceli, ceq tak canai pun doh ni...ceq amek sejemput-sejemput, then bulat-bulatkan. Lepas tu penyekkan sikit sambil lobangkan. Baru tutup dengan kitchen towel bersih tadi. Sebab tu tak cantik macam ampa punya!!! T_T

Takpe, janji gebu! Hahaha~

Pak Cik Mat bagi tips, untuk aktifkan yis tu dengan lebih cepat, campur sikit gula, setengah camca teh pun boleh. Okie~ Alhamdulillah~

Ceq kata: Terima kasih semua!!!





Sunday, March 13, 2011

Sup Ayam Kunyit...Untuk Ibu Berpantang

بسم الله الرحمن الرحيم



Kesian ibu berpantang (dulu dia ibu mengandung), demam pulak. Dah la berpantang, kena pulak demam, mesti susah nak makan apa-apa barang sesuka hati kan? Jadi...tadi pikiq punya pikiq, hurm...bek masak ni je lah...dia takleh makan benda berminyak sangat dan bertumis-tumis. Sayur? Lobak je boleh...meh nak kongsi resepi. Kot-kot ade yang sama situasi cam dia kan?

Saiz: 2 orang

Bahan-bahan:

Ayam
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/4 batang lobak (dihiris)
1 cm kunyit (ditumbuk)
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
air untuk merebus ayam

Cara-cara membuatnya:

Ayam direbus. Bila da mendidih, masukkan bawang putih dan bawang merah.
Bila ayam da empuk masukkan pulak lobaknye.
Kemudian masukkan kunyit, serbuk kunyit, lada hitam, dan garam secukupnya.
Reneh 20 minit.
Siap untuk dimakan.

Senang je kan, main campak je semua. Suke-suki ceq ja! Hahaha~


Ceq kata: Gerun tengok ibu berpantang...huhuhu.








Monday, March 07, 2011

Jemput-jemput Daun Kunyit? Terkejut Ceq!

بسم الله الرحمن الرحيم


Petang tadi, ceq dengan osmet sorang ni bercucuk tanam kat depan rumah, eh! Bukan, bukan... Kitorang just membersihkan kawasan depan rumah tu, semak sangat pasu-pasu bunga yang tuan rumah tinggalkan untuk dijaga. Sambil-sambil beriadah petang bersama Cuteh yang comel, segala pokok bendi pon dicabut~~~ Lepas ni nak tanam apa pulak, tak tau la ceq. Cili kot, ampa suma ada cadangan nak tanam apa? Kalau ada, sila tinggalkan komen di bawah. Hehehe...

Masa tengah khusyuk tengok osmet potong pokok bunga ros, osmet yang lagi sorang lak baru balik dari kampus. Sampai jek, dia tengok apa kitorang buat. Ayat yang keluar dari mulut dia bila nampak salah satu pohon kat dalam pasu..."eh, boleh buat jemput-jemput ni..."

Erk! Terkejut gak ceq, benda tu boleh buat jemput-jemput rupanya. Muahahaha~ tak pernah buat sebelum ni. Maka...ceq pon tanya la macam mana nak buat, dia cakap buat macam jemput-jemput biasa tu. Ceq pi koyak sikit daun tu dan hidu...sedapnye bauuuuuu~~~ Adessss! Memang la sedap! Daun kunyit la...jom tengok jemput-jemput daun kunyit~


Saiz: 3 orang

Bahan-bahan:

1 helai daun kunyit
1 biji bawang merah
1 genggam ikan bilis
1 biji kentang
tepung gandum
air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Daun kunyit dihiris nipis. Bawang ditumbuk bersama ikan bilis.
Kentang dihiris nipis dan panjang-panjang.
Bancuh tepung gandum dengan air, macam buat jemput-jemput biasa.
Kemudian, gaulkan dengan daun kunyit, bawang, ikan bilis dan kentang.
Campur sekali garam dan gula secukup rasa ye~
Lepas tu goreng sejemput-sejemput~

Bau daun kunyit tu naik masa dikunyah~ Fuhhhh...rugi tak cuba! Hohoho~

Ceq kata: Ibu berpantang (dulu ibu mengandung) dapat makan sebijik je..






Friday, March 04, 2011

Labu Air Bersos Carbonara dan...

بسم الله الرحمن الرحيم


Dinner tadi, mula-mula nak makan luar sebab tinggal berdua je, osmets yang lain suma da takde da. Eh, maksud ceq depa semua ada yang da balik kampung, ada yang tak balik sini lagi, ada yang berprogram...bla, bla, bla...

Tapi kensel sebab kat rumah ada lauk...macam sayang pulak kalau nak keluar makan. Memang da petang sangat tadi, Aunty Jenny pulak kurang sihat, maka ceq pun memulakan aktiviti memasak...muahahah~ Tak buat ayam hari ni sebab da lambat sangat, nak tunggu ayam keluar dari freezer tu kang kebulur la pulak...(hiperbola saje~ :p)

Bila potong-potong sayur, kacau-kacau telur, tiba-tiba...erk! Bawang merah takda ma...-_-" Maka ceq pun pikiq-pikiq...*plink*


Okie...ape yang menyelerakan ni? Hurm...labu air bersos carbonara dengan telur goreng berkentang...tak special sangat, ye...makanan orang bujang katakan...eh, orang dara...:p Jom tengok resepi...

Saiz: 2 orang

Labu Air Bersos Carbonara ni, erm...rasanya tak pernah dibuat orang...saya derhakakan kuah sos carbonara untuk dijadikan resepi ni. Hahaha~

Bahan-bahan:

1/4 sayur labu air (dipotong ikut suka ye...)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu makan susu pekat manis (dicampur sedikit air)
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan mentega (Buttercup)
1 keping keju (KRAFT)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
sedikit air

Cara-cara membuatnya:

Panaskan periuk, dan masukkan mentega.
Bila da cair, masukkan bawang putih.
Bila da naik bau, masukkan sayur labu air. Gaul-gaul, then masukkan sedikit air. Tak perlu banyak sangat air tu...cukup-cukup hampir tenggelam je...
Lepas tu bagi mendidih, masukkan lak susu yang da dicampur air.
Jangan lupa masukkan gak sos cili tu~ (kalau nak letak sos tomato pun boleh~)
Then masukkan keju ye~
Gaul rata-rata sampai semua sebati baru masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
Agak-agak sayur labu da masak, tutup api.


Telur Goreng Berkentang ni pulak hasil derhaka daripada resepi Pizza Telur Berkeju. Hehehe...

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam (dikacau dengan sudu)
1 biji kentang (dipotong dadu dan direbus hingga empuk)
1 keping keju (KRAFT)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
sedikit minyak masak

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan telur yang dikacau tadi.
Then bila bahagian dasar telur macam da bercantum, taburkan kentang ye~
Lepas tu bagi semua kentang lekat dengan telur baru kaup balikkan telur tu dengan berhati-hati.
Agak-agak da masak bahagian berkentang tu, balikkan semula.
Taburkan keju kat atas bahagian berkentang.
Tabur jugak serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
Dah siap~

Erm...biasa jek...tak hebat macam Abang Ady...dia anak murid baru Che Mat! :p

Ceq kata: Aunty Jenny makan bertambah-tambah. :D





Thursday, March 03, 2011

Apa itu Halia?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ade orang tu kan, dia tak tahu rupa halia...maka, kat sini ceq nak kongsi kat semua ek..mana la tau ade jugak yang tak kenal halia macam orang tu jugak...hehehe.

Gambor curik kat google

Pak Cik Wiki kate..."Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean."

Kalau kita masukkan halia dalam makanan, makanan akan rasa cam pedas-pedas berangin gitu~ betul tak ni Che Mat? Kang salah pulak...-_-"

Ceq kata: Sedap kalau wat masak kicap halia...:D





Wednesday, March 02, 2011

Ayam Masak Lemak BerCHEESE


Amek ang! Memang derhaka betul! Dalam masak lemak pun nak letak cheese! Hahaha~ Okie, okie... Jom kita usha bahan-bahan dan cara-cara menderhaka...:p


Saiz: 2 orang makan

Bahan-bahan:
Ayam

Untuk Dikisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji tomato
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis

3 biji cili padi dititik
1-2 keping cheese (KRAFT)
sedikit santan kelapa (saya guna yang kotak)
sedikit garam dan gula

Cara-cara menderhaka:

Tumiskan bahan kisar sekali dengan cili padi.
Bila da naik bau, masukkan ayam.
Bagi empuk-empuk ayam tu, baru masukkan santan.
Bagi 30 minit, masukkan lak cheese, gula dan garam secukup rasa.
Gaul-gaul rata...dah siap untuk dimakan.

Asalnya try nak hasilkan masakan yang kaler kuahnya macam pucat-pucat, jadi la gini... Erm...rasanya memang likat-likat keju gitu~ :)

Ceq kata: Aunty Jenny sangat suka makan ini. :D






Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.